Monday 28 April 2008

- t e g a k -


Tegak.




Aku perhati betul-betul. Memang tegak. Panjang. Hampir-hampir menjadi sangat straight.
Hampir-hampir menjadi 90 darjah.



*mata terkebil-kebil*



Aku leretkan pandangan, ke atas, ke bawah. Ke atas, ke bawah.



Kaget.



*Pandang sekeliling.*



*nasib baik tiada orang*



Sleeping bag
yang tersarung sehingga paras bahu aku lurutkan ke pinggang. Bagi sedikit ruang untuk mengeluarkan tangan. Sudah puas bersalut bagaikan kepompong. Udara sedikit pekat. Pointer tetikus pada skrin monitor perlahan-lahan digerakkan pada ramalan cuaca Yahoo Messenger.



Oh, aku berkerut sedikit di dahi.



*7 degree*



*Sejuk.*



Maka deria akal aku terus mudah mentafsirkan common sense di atas peristiwa "tegak" ini. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu. "Tegak" ini tidak boleh dibiarkan lama-lama.


*ding*


Bagaikan bunyi microwave bila sudah selesai menjalankan tugas pemanasan mahu pun sekadar bunyi loceng meja receptionist pra-sejarah di sekolah-sekolah awam Malaysia. Idea datang.


Perlahan-lahan aku letakkan telapak tangan sejuk aku ke atas "tegak". Memberi sedikit perasaan sejuk. Memberi sedikit rasa harapan. Aku usapkan tangan aku perlahan-lahan. Ke atas ke bawah. Ke atas ke bawah. Ke atas ke bawah.



Aku tidak sedar sudah kiraan berapa.



Tapi tangan aku sudah semakin laju. Aku mula merasakan nikmatnya. Sedikit kehangatan.



Yang "tegak" itu sudah semakin menurun. Dan turun. Aku lajukan lagi. Sehingga tangan aku sudah mula menunjukkan simptom-simptom lenguh.



"Tegak" sudah turun secara total. Flat.




Yang "tegak" itu sudah tumpas.




Yang "tegak" itu tidak "tegak" lagi.




Yang "tegak" itu sudah lega....





Bulu roma aku...




*sengih.*




Sleeping bag aku sarungkan kembali sehingga ke bahu.



**winter sudah hampir**



Friday 25 April 2008

A w e k , G a d i s , P e r e m p u a n & W a n i t a [ 3 ]



Sungai Yarra.


Kamu masih ingat lagi?


Moomba Festival. Sangat menarik. Bunga api, gadis. Gadis, bunga api.


Fantastic.


*Yang mana yang fantastic?*


"Bunga apinya fantastic. Sayang aku terlepas peluang untuk mengabadikan dalam memori kad kamera aku. Hanya ada sedikit. Tetapi agak...


"Kabur. Kurang jelas. Tidak sharp"




*Habis, yang gadis-gadis itu?*



"Oh, yang itu mungkin super-fantastic. Jelas. Sharp. Tapi maaf cuma jelingan pertama sahaja. Yang kedua atau ketiga definitely a no-no.



*senyap, garu sedikit kepala yang tidak gatal.*




"Atau mungkin sedikit. Kerlingan hujung mata."




Aku tidak tahu mengapa, kalau sebut bicara pasal perempuan ini kalau serahkan pada typical lelaki, mungkin boleh menjadi satu topik perbualan hangat di meja no.22 NZ, Wangsa Maju sehingga 1-2 jam lamanya.



Aku juga termasuk dalam golongan typical itu.




**Wajah-cantik-cun-rupawan-jelita-ayu tambah body-cantik-solid-mantap-gebu-montok dengan gaya manja-ranggi-stylo-mempersona-anggun-elegan**




*Nah, jangan lupa sebut dalam satu nafas. Baru nampak bergaya bila bicara soal wanita*


Perempuan, panahan syaitan.


Bukan sakit kalau dipanah tetapi nikmat. Yang nikmat itu yang bahaya.

Tapi bukan bermaksud perempuan itu syaitan. Jauh sekali daripada syaitan. Malah mungkin menyamai bidadari. Atau mungkin serupa Tamara Blezinsky dalam sinetron Hikmah. Cuma jelingan wanita itu umpama senjata bagi syaitan.



*dahsyat*



Sebab itu aku masih terdetik soalan yang sama. Masih belum selesai daripada entry yang dulu. Buat aku jadi stress sebentar.



*damn*



Oh ya, aku tahu. Aku ulang lagi sekali. *Damn* akan nampak lebih bergaya jika disebut ketika bukan stress.


Jadi kamu beritahu aku, apa yang kamu definisikan cantik pada wanita?

Adakah letaknya pada rupa paras? Adakah kamu letakkan pada bentuk tubuh badan? Adakah kamu letakkan pada sifat dan personaliti yang menawan? Atau pada gaya? Oh, ya...



**Kamu semua suka observasi?**



Jangan kata kamu tidak suka. Mungkin benar ada yang memang tidak suka, tetapi sama sekali bukan kamu yang pura-pura cool bila baca statement ini. Lelaki akan lebih bergaya kalau bercakap benar. Oberservasi-pandang-usha-lihat. Masyuk kan?


*angkat tangan. tabik*



Hanya pada yang jujur. Jujur.



Satu benda yang akan kornea kamu tangkap pasti lah pantulan cahaya. Sains ok? Pantulan cahaya dari rupa paras yang menawan. Potongan badan? Gaya? Personaliti? Itu kita letak dalam list menunggu dahulu.

Jadi kamu pasti cantik yang ini yang kamu cari? Kamu benar-benar pasti?



*tapi kalau wajah-wajah yang cantik-cantik itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan, bagaimana?*




"Kerepot, kalau yang prefer sebegitu."




*Dan jangan samakan dengan Tamara Belzinsky, ya. Dia masih awal 40-an*



Pasti yang kamu rasa cantik itu hilang sedikit demi sedikit. Semakin aging. Semakin menua. Tapi bagi kamu yang sudah memilih seperti itu. Jangan menyesal.




"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian cari lain."




Kalau boleh. Itu yang kita tidak mahu.



Tetapi, kamu juga bisa jadi bertekstur tua seperti itu. Jangan sampai kamu layan sangat peribahasa Melayu :



*Tua-tua keladi, makin tua makin menjadi*




Sebab kamu yang salah-faham. Itu mereka cipta untuk keladi. Belum tentu kamu suka makan keladi.

Daripada rupa turun ke bentuk tubuh badan.



*batuk-batuk kecil*



Tak perlu cerita panjang. Sila faham konsep seperti di atas.



*Antara Erra Fazira dan Zaiton Sameon. Lebih kurang begini.*




Aku juga pernah dengar-dengar ramai orang bicara, kecantikan wanita letaknya pada gaya dan personaliti.

Gaya sopan, anggun, ayu, cool, sporting , elegant dan sedikit homework, list-kan kata sifat yang kamu boleh fikir berkenaan gaya atau personaliti untuk gadis.



*tapi kalau gaya yang kamu suka itu berubah bagaimana?*



Yang sopan sudah kurang sopan. Yang ayu sudah sedikit garang. Yang cool sudah hilang secebis coolnya. Yang anggun sudah mula selekeh. Yang elegant sudah macam elephant.



Aku tidak tahu, kamu judge sendiri macam mana. Boleh?



Aku cuma sekadar meluahkan. Saja gatal-gatal tangan hendak menekan-nekan papan kekunci.




*gelak*




Ah, summary subjek Urban Perpectives minggu depan masih kosong helaian Microsoft Word-nya.




*Aiseh*





*blank*






*Maaf, encik Guenter. Hantar next week boleh?*






*Sengih*



Monday 21 April 2008

- t w o m i n u t e s t o r y -


Rutin harian.



Bujang, Melayu, umur 23 tahun. Iya, masih 23 tahun. Tarikh keramat 24 tahun itu masih jauh lagi.


*oh, ya, pelajar jurusan senibina. Masih lagi pelajar.*



Biasa dipanggil pelajar architecture. Yang kononnya ada mitos mereka ini kelawar. Burung hantu. Kupu-kupu malam. Jenis tidur siang, jaga malam.


*oh, buangkan yang kupu-kupu malam itu. Maaf. Itu panggilan benda lain*


Kenapa?


Kenapa orang cakap begitu. Kenapa sama-kan kami dengan nama-nama binatang. Padahal pelajar-pelajar architecture ini rupawan belaka. Tetapi sudah pasti bukan aku. Aku kurang sedikit istilah hensem itu, tapi mungkin ada sedikit cute.


*damn*


Maaf, sekadar obsesi satu baris kata ini. Jangan salah-faham.

Hidup aku simple. Bangun pagi, solat subuh.


*Ya, aku bangun solat subuh. Walaupun kadang-kadang persis subuh elephant.*


Selesai solat. Tekan suis pc aku. Berkelip-kelip butang on yang bulat itu. Warna biru. Cantik sangat casing komputer kecik aku ni.


*bising*


Tapi tidak mengapa. Aku sudah cukup lali bunyi seakan-akan mesin pengisar makanan ini. Lambat-laun akan aku senyapkan nanti. Malas.

Pergi ke dapur, menghadap makanan ruji. Sarapan pagi. Roti. Margerine. Gula. Toaster. Kadang-kadang sapuan coklat. Kalau terpaksa mungkin sapuan mentega kacang murah daripada pasaraya Coles.



Sedap.



*amaran, hanya sedap untuk lelaki bujang di oversea.*



Kalau di tanah tumpah, pasti sudah menjamah yang berlainan. Nasi lemak. Roti canai. Kadang-kadang bihun goreng. Mungkin roti tissue.


Jahanam.
Buat aku terliur sahaja.


*lantas menjilat jari sambil berjalan kembali ke hadapan PC*


Rutin kebiasaan. Menekan 2 kali malah kadang-kadang 3-4 kali ke icon Mozilla Firefox. Semak hotmail. Semak friendster. Semak flickr. Semak fotopages. Semak blog.

Bosan.
Tiada yang menarik.


Aku selak subject guideline. Jadual assignment dan kelas sepanjang semester ini. Aku tahu masih banyak assignment tertunggak.


*garu kepala.*


Banyak bangat. Aku tarik helaian article untuk subjek Urban Perspectives. Panjang. Atau sangat panjang. Tulisan kecil, rapat-rapat. Langsung tiada tanda-tanda kewujudan unsur grafik dalam setiap helaian. Langsung not my type.


Aku selak muka surat pertama. Perlahan-lahan bebola mata aku bergerak ke kiri ke kanan selari dengan barisan tulisan-tulisan halus atas helaian putih itu.


5 minit.


10 minit.


15 minit. Mata sudah mula terkebil-kebil. Diikuti sindrom-sindrom lain seperti menguap, menggeliat dan menguap lagi.


*mata berair sedikit*


Aku kesat mata yang berair. Aku gagahkan diri. Betulkan kedudukan punggung di kerusi. Tegakkan postur badan mengikut sudut yang betul. Aku lurutkan pointer tetikus ke jam Window. Baru jam 7.00 pagi. Aku bingkas bangun. Perlahan-lahan melangkah ke dapur.

Aku penuhkan cerek. Masak air. Mahu buat sedikit minum panas. Teh o. Kurang manis.


*cerek berbunyi perlahan*


Aku tunggu depan pc. Sambil menjeling-jeling sedikit helaian-helaian artikel atas meja. Masih banyak yang masih perlu dibaca. Encik Guenter masih mengharapkan janji-janji summary setiap minggu. Yang aku sendiri pun separuh terpaksa.


*sleeping beg*


Sejuk.


Aku capai sleeping beg atas tilam spring second hand aku. Sarung sampai ke pinggang. Aku loncat sedikit supaya terlurut sampai ke hujung kaki. Punggung aku labuhkan kembali atas kerusi kecil depan komputer.


Seminit.


Bukan, mungkin 2 minit.


Mata aku jadi samar-samar. Kepala aku semakin menunduk. Tunduk. Tunduk.



*bunyi dentuman perlahan atas meja*



Gelap. Pekat.


*bunyi cerek sayup-sayup di luar*




".............................."




**Betul rupanya mitos yang dikatakan itu.**



*damn*


Wednesday 16 April 2008

- o n e m i n u t e s t o r y -


Aku tengok jam. Aku perhati betul-betul tarikh tertera di bawah skrin monitor LG 22" Widescreen yang sepatutnya cukup besar untuk ditangkap oleh bebola mata aku.

*14 April 2008*


Masih ada lagi 1 hari. Aku cuba ingatkan diri aku. Aku kalau boleh tidak mahu terlupa tarikh penting ini. Kalau dulu aku sering terlupa. Kali ini aku tidak mahu lupa.


"Harap-harap aku ingat untuk esok dan lusa,"


Dengan malas, aku sarung sleeping bag sampai paras tengkuk. Hood? Biasa aku biarkan sahaja. Terlampau sempit, tak selesa.


**sunyi**


Jari-jemari aku masih tekun menekan-nekan papan kekunci komputer. Muka surat kosong dalam sistem pemprosesan word itu masih banyak perlu diisi.


*blank*



15 April 2008



Aku masih duduk depan pc. Masih setia menemani monitor paparan luas 22 inci ini. Walau dengan mata yang hampir separuh tertutup, tiada satu sudut pun atas monitor ini yang lari daripada putaran bebola mata aku.


*menguap*


Aku kesat mata berair sambil menutup mulut. Masih ada helaian-helaian kosong Microsoft Word yang perlu aku isi. Mana mungkin
Encik Guenter akan membiarkan laman-laman kosong aku diisi pengisian rightclick-copy-paste.


Plagiat.


Mereka benci itu. Lagipun aku pun mahu cuba benci benda itu.


*damn*


dan oh, ya...


**perlu diingatkan, *damn* akan nampak lebih bergaya jika disebut dalam keadaan tidak stress**


Pedulikan gaya, assignment ini perlu aku selesaikan. Aku senyap seketika. Bagai teringatkan sesuatu.

Pointer
tetikus aku turunkan pada jam Window.


*15 April 2008*


Pantas tangan aku menyeluk telefon bimbit dalam laci. Aku buka ruangan mesej kosong. Jari pantas menekan punat nombor.


*Message sent*


Lega, nasib baik aku ingat.




16 April 2008



Aku selak sleeping bag, lurutkan ke kaki.

Semalam message tak berbalas. Aku bingung. Sedikit kecewa.

"Mungkin sibuk kot?"

Aku sedapkan hati. Tekan punat on di komputer.


*bising*


Kipas pc depan ini perlu aku senyapkan suatu hari nanti. Bukan sekarang. Sekarang aku sudah cukup malas. Biarkan saja enjin kapal terbang ini berbunyi.


Aku capai telefon bimbit dalam laci. Hampa. Tiada tanda-tanda message baru langsung.


Aku duduk depan pc. Lakukan rutin harian. Semak email, semak friendster, semak flickr, semak fotopages, semak blog.


Bunyi ringtone.


*lagu Funeral for a Friend - Janeau*



Mesej masuk. Aku capai pantas handphone aku. Tekan pilihan untuk baca.



"Alhamdulillah, Mak rasa sangat berpuas hati kerana selama mak bekerja, mak telah buat yang terbaik. Jadi mak harapkan anak-anak mak pun begitu dalam pelajaran dan alam pekerjaan nanti."



Reply
daripada insan bergelar ibu. Reply daripada insan bergelar guru sehari selepas hari terakhir perkhidmatan beliau.


Aku terharu baca. Tiba-tiba, tanpa aku sedar. Mata aku bergenang sikit. Tapi, demi menjaga imej cool, aku tahan air mata tu. Aku teruskan tekan butang reply.



Pantas jari-jemari aku menekan punat-punat telefon itu.



"Selamat Hari Jadi emak, semoga Tuhan panjangkan umur dan berkati hidup emak."


*senyum*



Thursday 10 April 2008

E g o i s & E g o n y a [ 2 ]

Aku tahu kamu juga punya ego.

Bak aku kata sebelum ni, ego pemimpin. Jadi kali ini aku mahu turunkan sedikit.

Cuba masuk perihal instituisi kekeluargaan.


"Lelaki, suami dan bapa."


**Kamu namakan sendiri peranan lelaki dalam keluarga.**



*tetapi sudah tentu bukan kamu nyah...kamu duduk sahaja di lorong, ok...*


Ya, necessary ego seorang suami, aku suka. Kamu jaga kredibiliti sebagai seorang suami. Pemimpin wanita dan pemimpin keluarga. Penting ini, kamu perlu ingat.


"Buat kamu nampak hensem," komen cik Xeem.


*oh, terima kasih....I'm flattered*


Kamu mesti mahu jaga ego kamu, mahu tegur kalau salah. Mahu luruskan kalau bengkok. Mahu didik mana-mana yang kurang. Ikut segala macam mahu mu....

Tapi, kamu jangan pula salah-faham. Bukan bermaksud jaga ego, kamu tidak boleh ditegur kalau salah. Bukan semua perkara kena ikut mahu mu. Kalau ditegur salah, kamu tegur balik dengan sepak terajang. Kamu tunjukkan kamu seorang egois. Seorang masochist. Jangan sampai kamu layankan ego hingga jadi luar kawal.

Nanti bisa jadi headline suratkhabar mingguan.


*Tapi cuma suka selak Pancaindera ataupun Bintang Popular.*


Kamu selak sendiri headline itu ya? Aku dah habis baca tadi.


Bercerita perihal egois dan ego ini buat aku terkenang zaman dulu-dulu. Sebab aku juga pernah merasa tempias egois. Pengalaman aku sendiri. Zaman aku sekolah-sekolah asrama dulu. Kisah yang sangat benar. Tapi....


"Kamu tak perlu tanya sekolah apa,ok?"


Sebab bukan aku malu, tapi sekadar jaga ego aku sebagai manusia cool.


Sedangkan aku tahu dulu zaman sekolah, aku bukan lah daripada golongan-golongan pelajar kelas atasan kerana sifat ingin tahu aku mengkaji "Masalah Tidur kepada Pelajar-Pelajar". Aku jalankan ujian praktikal dalam kelas. Setiap hari, setiap subjek. Dan aku sangat peka dengan kesannya. Yang pasti kamu jangan mahu praktik ya?


It's addictive.
Hanya untuk lelaki cool sahaja.


Dahulu, aku cuma dalam pelajar kelas bawahan. Bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Paling bawah dalam kelas sains.


Oh, aku amik kelas sains tulen dulu. Kenapa ya?


Walaupun aku berkawan dengan budak-budak kelas atasan, tapi bukan semua yang betul-betul down to earth. Yang betul-betul merendah diri. Ada reasonnya. Ada satu cerita yang masih aku pendam dalam lubuk saraf otak aku ni. Macam kotoran degil...susah aku nak lupa.


"Kau tu dah la kelas last. Ingatlah sikit."


Statement pendek dan ringkas.


*deruan angin juga sayup-sayup kedengaran di luar*


Ya,
statement pendek dan ringkas yang disampaikan dengan wajah yang serius. Ada sedikit senyuman sinis.

Terguris sedikit organ terbesar dalam tubuh aku, nyaris-nyaris tidak dapat menghasilkan insulin untuk tubuh. Aku boleh rasa super-inferiority aku saat itu menderu masuk seperti deruaan ombak di lautan.

Egois yang aku pun tidak tahu apa perlukah dilampiaskan kepada aku, sedangkan aku tahu dan pasti yang masa itu, aku tak pernah buat salah apa-apa pada dia. Tiada sebab untuk di berkata begitu.


**Damn**


Bagi aku, egois dalam belajar dan seorang pelajar aku boleh terima. Tak kisahlah dari segi konteks apa-apa pun. Tapi yang penting, kamu jangan sama sekali underestimate orang lain. Simpan ego untuk diri kamu, jangan lampiaskan pada orang lain. Tak perlu pun. Sangat unnecessary.

Sangat tidak cool.


Tapi, jangan kamu terasa. Aku bukan tujukan pada siapa-siapa. Cuma sekadar beringat.


Aku ingatkan kamu, kamu ingatkan aku. Ok?


** Dan oh ya. Aku rindu teh tarik macha. Kurang manis yek**


Sunday 6 April 2008

E g o i s & E g o n y a

Aku dah lama pendam topik ni dalam salah-satu saraf otak aku, tunggu masa untuk dihantar terus ke tangan aku untuk menaip...


Anggap sahaja sekadar lintasan getaran dalam saraf neuron aku.



Tapi, biasalah, tak semua yang kita rancang akan berjalan seperti yang dirancang....

Aku biar dia terperam dulu dalam dasar akal dangkal aku ni...bagi masam sikit, bagi agak matang...


" Egois "


Oh, aku bukan tuju secara fokus ke golongan tertentu, aku nyatakan secara umum. Jadi jangan kamu terasa pulak.

Egois : manusia ego, penuh dengan diri sendiri (full of yourself)

*Kamu beri definisi kamu apa-apa pun.*


Full of yourself; bukan bermaksud kamu punya badan penuh berisi lebihan lemak-lemak tepu yang mereka panggil obesiti. Ataupun Siti yang semakin membesar semenjak berkahwin itu...


Tapi maksudnya terlalu bangga dengan diri sendiri...



Aku tahu bukan semua orang pernah berjumpa dengan encik Egois, tapi yang pernah berjumpa atau pernah menjadi encik Egois sendiri akan tahu apa rasanya tempias ego itu. Yang tempiasnya bisa kena pada orang lain...banyak dan lebat.

"........."


"Biasalah lelaki, ego sangat," cetus seseorang daripada kalangan gadis.


**dari mana pulak gadis ni datang?**(aku garu kepala yang tidak gatal)


Tapi, mungkin kamu juga familiar dengan statement ini. Aku juga familiar. Seringkali dengar kalau ada kisah-kisah cinta remaja yang sampai ke telinga aku. Kisah-kisah cinta yang biasa, sehingga sampai tahap tipikal.

Aku sedar ramai orang ada ego, mungkin bukan ramai, tapi mungkin juga semua orang. Ego yang tinggi melangit atau ego yang sekelumit. Aku tidak tahu, kamu ukur sendiri bagaimana...

Dan ya, aku faham.

Lelaki memang punya banyak ego. Tidak mahu mengalah dengan perempuan. Tidak mahu mengalah berbalah. Tidak mahu bertoleransi. Tidak mahu apa lagi yang kamu bisa list kan sendiri.


Aku bagi hierarki egois, aku reka sendiri. Kamu baca sekadar suka-suka sahaja ya.

Jangan nanti bilang aku penyebar teori.


Egois, kamu seorang pemimpin. Dabik dada, iye kamu menang jadi ketua negara, ketua negeri, ketua kawasan atau cuma ketua kumpulan kecil. Aku tahu ego kamu sangat necessary. Perlu untuk maintain kamu punya kredibiliti. Perlu untuk tunjuk kepimpinan kamu. Perlu untuk tundukkan orang-orang di bawah kamu. Bagi mereka respect.

Tapi bila ada aduan daripada rakyat. Bila ada teguran. Bila ada pendapat berlainan daripada orang bawahan, atau cuma idea atau cadangan daripada ahli kumpulan. Boleh pulak kamu melenting?

Kamu tahu itu yang benar? Kamu rasa diri tercabar ke? Kalau mungkin tidak benar pun, kamu marah.Kenapa?


"Oh, aku punya ego ketua aku perlu pertahankan," sambil dabik dada kamu.

"......." (aku termenung)


Yang pemimpin rakyat tolak cadangan rakyat. Kata macam-macam, ada yang cuba berontak. Kamu sumbat masuk penjara.

Yang pemimpin negeri, kamu sebar-sebar macam-macam dalam akhbar. Tuduh orang-orang sana-sini.

Yang pemimpin kumpulan kecil, kamu marah ahli kumpulan. Kata yang idea kamu paling bernas dan the only solution.


Pelik aku. Kamu pelik tak?
Aku faham kalau ego yang memadai. Ego yang kamu boleh toleransi lagi Ego pemimpin bagi aku masih perlu di maintain. Tapi jangan salah guna ego kamu.

Mereka bukan mahu pemimpin egois, tapi pemimpin yang sekadar maintain egonya.

dan...

Oh, aku langsung bukan fikir pasal politik. Aku cuma layankan perasaan blogging aku sahaja.

Aku punya ego aku juga.

Kamu pula?