Tuesday 31 August 2010

- e n d i n g -

Ending.


Penutup cerita. Wayang. Drama. Bagi aku sangat penting dalam memastikan kepuasan hati dan perasaan apabila sudah membazirkan masa 1 jam atau 2 jam atau 3 jam atau ketiga-tiganya sekali setelah menonton wayang. Atau drama. Atau kedua-duanya sekali.


Ong bak 3.


Mungkin, bagi siapa pernah menonton, tahu macam mana ending cerita ini. Sia-sia sahaja aku rasa pahlawan gagah seperti encik Tony Jaa, berlakon lebih daripada setengah jam cerita cuba berlatih menjadi lebih kuat dan gagah perkasa.

Kesudahan ceritanya. Perlawanan yang aku rasa tidak sampai 10 minit. Orang jahat jatuh dari tempat tinggi dan tercucuk gading gajah yang patah di atas tanah.

Kesudahan aku. Aku melangkah keluar daripada panggung wayang dengan abang aku, sambil mencaci lembut cerita tersebut. Iye, aku tidak mencarut. Cuma mencaci lembut. Sebab, kita mana boleh mencarut. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk tidak mencarut. Kita kan Muslim. Bukan melayu. Kalau melayu, mungkin mencarut. Mungkin. Aku assume. Whatever.


1 jam setengah cerita, 10 minit lawan? Mungkin lebih baik aku tonton cerita Eclipse sahaja kan sambil layan menjerit-jerit melihat peminum darah yang pucat dan hensem? Kan awak?



Ok. Tidak boleh. Kedengaran lembut dan keji.



Tidak boleh.




------------------------------------------


Ramadhan.


Setahun datang sekali. Maksudnya dalam 12 bulan, ada 1 bulan sahaja. 30 hari. Kadang-kadang 29 hari. Hari ini sahaja sudah sampai 24 Ramadhan. Tinggal lagi 6 hari Ramadhan. Bukan 6 hari hendak Raya. Tetapi 6 hari akhir Ramadhan.


Jadi, aku sangat-sangat harap, Ramadhan ini bukan macam cerita Ong Bak 3. Sebab aku tidak mahu pula pada Hari Raya dan 'kemudian hari' aku mencaci lembut diri sendiri. Iye, aku tidak mencarut. Cuma mencaci lembut. Sebab, kita mana boleh mencarut. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk tidak mencarut. Kita kan Muslim. Bukan melayu. Kalau melayu, mungkin mencarut. Mungkin. Aku assume. Whatever.


Ini sebulan punya cerita. Kalau ending ini kamu dan saya garap macam ending cerita Ong Bak 3. Jangankan aku, bimbang kamu semua juga akan mencaci lembut diri sendiri.Iye, kamu tidak mencarut. Cuma mencaci lembut. Sebab, kita mana boleh mencarut. Sekurang-kurangnya kamu cuba untuk tidak mencarut. Kita kan Muslim. Bukan melayu. Kalau melayu, mungkin mencarut. Mungkin. Aku assume. Whatever.




Oh, iye. Senang juga aku rasa buat copy paste. Macam zaman-zaman student pulak.




*membuat bunyi*woot, woot* (sambil tangan ke udara)




Jadi, sila garap ending ramadhan yang baik sikit ye. Bagi nanti yang melihat puas hati.




Eh, oh ye.



Sebab bukan aku yang hendak judge dan tonton ending ramadhan kamu. Tapi Dia yang di sana nanti. Minta-minta diberkati.




InsyaAllah.






Friday 20 August 2010

- a k u m e n g h a r a p , b o l e h ? -

Ramadhan.


Aku cuma harap, aku bawa kereta atas jalan atau lebuhraya, tiada lagi pemandu yang kurang sabar tidak seperti Encik Sapar tauke kedai basikal. Lebih-lebih lagi, harapan kepada diri-sendiri supaya tidak kurang sabar dengan pemandu yang kurang sabar yang akan menyusahkan Encik Sapar, tauke kedai basikal tersebut kerana dikaitkan dengan beliau.


Ramadhan.


Aku cuma harap, aku jalan-jalan atas bumi Tuhan, yang penuh dengan bangunan yang cuba mencakar langit Tuhan, tidak lagi dipenuhi manusia bergelar Muslimah yang masih dengan fesyen ala-ala busana Muslimah, tetapi hanya pada penggayaan tudung berbagai bahasa tetapi bahasa tudung tersebut tidak mampu menutup hingga ke dada. Lebih-lebih lagi, harapan kepada diri sendiri supaya tidak kurang sabar sehingga terjeling dua tiga kali, dan terjeling dua tiga kali. Kan?


Ramadhan.


Aku cuma harap, saff-saff penuh dalam surau kerana solat tarawikh, akan sentiasa penuh setelah selesai bulan mulia ini. Kerana selesai Ramadhan, bulan-bulan seterusnya adalah bukti anda lulus tarbiyyah Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi, aku harap, aku yang akan terus memenuhkan saff-saff pada surau atau masjid tersebut. Dan aku lulus tarbiyyah Ramadhan.



Ramadhan.



Aku harap, akan kedengaran setiap tangisan pada setiap rumah pada sepertiga malam. Kerana bangunnya bertahajud, bermunajat kepada Tuhan. Kerana tangisnya akan dosa-dosa. Kerana tangisnya akan rindu pada Tuhan. Lebih-lebih lagi aku harap diri-sendiri akan lebih lembut hati mendengar ayat-ayat-Nya, mendengar hadith-hadith Rasul-Nya. Bukan lembut hati mendengar lagu meragut jiwa kerana cinta kepada gadis tidak kesampaian. Sebab aku harap, cinta aku pada gadis akan kesampaian. Eh?

Dan bantal aku supaya tidak lembut sangat sebab nanti susah hendak bangun. Serius lembut, dua lapis bantal lagi sehingga tengkuk sakit. Iya. Bantal lembut, kali 2. Sama dengan sakit tengkuk.



Ramadhan.



Aku cuma harap, kamu semua harap macam aku, kerana harapan aku dalam bentuk doa. Dan kamu semua punya doa, dan doa aku, aku mohon Tuhan akan makbulkan. Bukan suruh kamu pegi kedai mamak nama Restoran Makbul. Tetapi minta doa kita semua di penuhi. InsyaAllah.



Jadi, kamu harap sama kan?




Hendaknya? InsyaAllah.




Amin.