Monday, 15 April 2019

- s e j a k 2 0 1 4 -

Bismillah. Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sekadar mengetuk ruangan alam maya yang sudah lama dibiar bersawang sambil meniup debu-debu atas idea-idea di benak fikiran. Mungkin dalam umur yang mencecah 30-an terlampau banyak dalam alam realiti yang perlu difikirkan sehingga terlupa berkhayal dan menyatakan khayalan dalam penulisan.

Ini bukan dalam sengaja ingin menukilkan ayat-ayat yang acah-acah "bombastik", cuma sekadar cubaan "warm up" jari-jemari dan kepala otak.

Ini diari episod satu. Dalam tahun 2019. Diari makhluk Tuhan paling mediokre. Self-nominated.

Mungkin aku rasa, faktor usia menyedarkan aku bahawa hidup ini semakin meningkat semakin nampak mediocrity-nya. Hidup sudah baru, pekerjaan baru, rumah baru, kereta sedikit baru......baiki hari itu, tetapi masih rasa ditakuk yang sama. Setiap kali aku mula menawaitu kan cita-cita, aku sedar usaha aku tidak ke mana. Aku tidak pernah salahkan takdir, malah aku tidak pernah salahkan maksud mediokre itu sendiri.

Masyarakat memandang mediokre itu rendah. Tergantung kepada golongan mana tempat kau bergaul. Kalau kau bergaul dalam kumpulan high-achiever; mediocrity kau dan rasa rendah diri kau berjalan berpegang tangan sambil melihat matahari terbenam di tepi pantai. Kau akan terdetik walaupun cuma sekelumit, "Apa yang aku dah buat selama ni?".Kalau kau bergaul dengan golongan muda yang bersemangat tinggi; mediocrity kau masih lagi teman setia rasa rendah diri sambil berjalan menonton wayang cerita cinta.

Jadi, buruk benar ke kalau kau hidupnya mediokre. Bukan muka buruk. Kalau muka buruk, aku tidak boleh komen apa. Itu ciptaan Tuhan. Yang dimaksudkan adalah ketentuan meningkatnya umur mesti seiring dengan jawatan atau harta? Matematik generasi milenia.

Entah, aku cuba buka soalan ini tanpa penutup. Aku sendiri sentiasa cuba meyakinkan diri bahawa, setiap manusia rezekinya berbeza-beza. Cepat dan lambat tergantung pada usaha dan aturan Tuhan. Asalkan kamu jangan mengeluh dan terus berusaha. Jangan jemu-jemu, walaupun dari fizikal nampak seperti lambat.

Sebab biar mediokre pada mata manusia tapi bukan mediokre dihadapan Tuhan.



Ewah.



Sembang kencang, kadang-kadang kereta pun boleh terbang. Kereta buatan Malaysia. Kau jangan tidak percaya pula.


Ok, selamat malam!



Friday, 25 April 2014

- kesah catuan air untuk penduduk kawasan Selangor dan yang sewaktu denganya -

Assalamualaikum.

Isu air di Selangor masih berterusan saat baru pulang dari Melbourne. Dulu, sekadar membaca di media massa, bila merasai sendiri, barulah tahu graviti isu air yang semakin hangat dan melekit kerana tiada air untuk mandi. Eh?

Sudah pasti ada yang merungut, maki, dan mengomel samada dalam bentuk tulisan, lisan ataupun berguling-guling di hadapan pejabat Syabas, saya masih yakin ada yang masih bersabar dan bersyukur atas kekurangan atau musibah yang melanda kita. Justeru, saya cuba berkongsi sedikit koreksi diri kita yang saya mampu fikirkan akan musibah ini, supaya kita mampu bergelak ketawa bersama keluarga......

Eh, bukan! Supaya kita mampu mengambil pengajaran, kalau tidak banyak pun sedikit. Lepas itu, kita boleh semak semula aktiviti harian kita atau pun memaki saya secara dalam hati atas masa yang terbuang kerana membaca ini.

Wudhu'. Sudah sampai masa rakyat muslim-melayu-malaysia tahu bahawa berwudhu' bukan bermaksud memandikan anggota wudhu'. Kalau dalam gayung, 1/4 pun sudah cukup untuk wudhu' yang sempurna. Kalau masih ada orang muslim-melayu-malaysia di masjid yang berwudhu' seperti ingin mandi, sila lah memukul manja kepala mereka dan suruh mereka berwudhu' di rumah sahaja. Ingat, memukul manja sahaja, sambil tersenyum.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda ﷺ bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”  Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?”  Baginda ﷺ menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”
(Hadis Riwayat Ahmad r.a.)
Mandi. Inilah masanya kita menunjukkan kebolehan kita mandi sepantas kilat. Kalau-kalau dulu boleh duduk menyanyi lagu Anuar Zain - Ajari Aku dari awal sampai akhir dalam shower, mungkin kita boleh buat runut-runut bunyi intro sahaja, kita pun dah selesai mandi. Kalau menggunakan air dari kolah atau besen, cukup 3 gayung pun boleh bersabun badan dan bershampoo. Waktu ini baru saya terfikir kebaikan rumah teres tahun 1980an, rumah kampung dan surau-surau ada kolah dalam bilik air, sebab memang lebih berguna dari kepala shower yang hanya sekadar cantik dalam saat-saat seperti ini.

Basuh. Setakat ini, membasuh pinggan adalah kepentingan yang besar selain membasuh qubul dan dubur (istinja'). Tapi jangan membasuh pinggan sambil membasuh qubul atau dubur. Euw. Belilah penyiram tong penyiram pokok bunga (boleh didapati di kedai hardware harga dalam RM4-5), untuk beristinja' lebih efficient malah mampu membasuh pinggan dengan efficient.

Sekian sahaja. Sebab saya lapar.

WAllahua'lam.

Sunday, 12 May 2013

- garis waktu -

Memilih garis waktu,
Menjadi sempadan hidup,
Kamu pilih sekarang atau masa hadapan?

Sangka baik mungkin ada,
Sangka buruk sangat nyata,
Garis waktu sekarang yang baik?
Atau masa hadapan buruk yang dijangka?

Kata garis waktu dahulu,
"Bangkai gajah depan mata tidak nampak,"
"Kuman seberang laut juga yang nyata,"
Benar bicara orang dahulu,
Kerana kurang prasangka pada masa hadapan,

Biar mana-mana bendera kau kibar,
Biar mana-mana homosapien kau calon,
Jangan sampai buruk sangka ini,
Lenyapkan masa hadapan,

Sebab paksi masa pada Yang Esa,
Berbaik sangka pada-Nya,
Nescaya buruk sangka mu,
Akan jadi hilang kerana baik sangka,
Percayalah, InshaAllah

WAllahua'lam
(2013)

Tuesday, 7 May 2013

- racist, apa tu? -

Racist?

Apa tu? Adakah sejenis makanan tradisional Melayu sejak zaman-berzaman? Ataukah satu sajian rasmi tradisional bangsa Cina? Atau, kuih tradisional orang India?

Oh, bukan rupanya.

Racist itu adalah sejenis kuih tradisional yang diperam zaman-berzaman dan dikeluarkan hanya pada musim raya yang dipilih. Pilihanraya.

Sedap ke? Entah, kau tanya la siapa yang hidangkan kuih tu.


Buwekk...(sambil-sambil Gwiyomi)

Monday, 6 May 2013

- Menjadi manusia realist (yang Islamic)-

PRU13.

Bersengkang mata menonton skrin laptop kecil 13". Butang refresh ditekan macam butang lif yang ditekan laju-laju, dengan harapan lif akan tiba lebih laju. Ya, memang tidak membantu.

PR kalah. Perghhh. Sedih tidak terkata. Ada perubahan dan peningkatan di beberapa negeri, tetapi hilang Kedah. Tidak mengapa, peningkatan kerusi parlimen tahun ini. Malas taip panjang, kopi tengah sedap ni. Sila baca sendiri keputusan. Uwekk (sambil menjelir manja)

Dalam cubaan menjadi realist. Aku cuba menolak sebarang khabar akan pengundi hantu, dakwat yang tidak kekal mahupun fesyen "black-out" yang semakin hangat beberapa jam ini. Politik bukan bermaksud kepartian semata-mata. Sebab, rakyat masih tetap rakyat. Amanah pemimpin itu untuk cuba memenuhi hak-hak kita. Itu mutlak. Dengan menolak ketepi sebarang ketidak-puas hatian akan kepincangan atau rasuah atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan penyelewangan hak-hak dulu.

Ini sudah PRU 13. Rakyat nampak makin matang. Mahu pembangkang, mahupun penyokong kerajaan.

Yang nyata 2008, Pak Lah gagal melonjak cemerlang keputusan. (pembawaan Islamnya bagus, Hadhari, tapi cuma lontaran kata-kata dan tiada essence yang kuat. Makin, tertendang. Eh, bukan disarankan meletak jawatan. Pemimpin juga mesti performance based. Baru-lah realistik.

PRU 13, nah, makin merosot, walaupun menang Kedah kembali dari pembangkang.

Aku agak rasa kurang adil kalau Najib bakal kekal kuasa. Aku tidak tahu langsung selok-belok politik atau pemilihan dalam parti. Cuma, pendapat jujur bercampur sweet-sweet gitu, mengatakan; on performance based, Najib tidak berbeza berbanding Pak Lah.

Maka penyokong UMNO, saya rasa matang dan adil. Maka berlaku adil lah. Kita perlu pimpinan baru. Yang saya nampak, Muhyiddin yang paling dekat menjadi pengganti. Mengapa tidak? Tidak nampak dia ada wibawa? Belum cuba lagi. Sekurang-kurangnya dia tiada masalah skandal atau kaitan dengan cincin berjuta-juta, kapal selam mahupun mengebom orang.

Saya pinjam kata-kata ISMA, bukahkah ini nampak seperti "Calon Muslim Berwibawa" dalam konteks kemenangan yang sudah tertulis milik BN?

Pemimpin yang Muslim, tiada skandal yang sangat berat pertuduhan. Isterinya juga bertudung, sudah cukup menjadi contoh (bagi konteks realist).

Entah. Saya cuma pemerhati. Nak mengundi pun terlepas daftar undi pos.

Lagipun, mungkin cuma kaffein yang singgah dalam sistem darah menarik saya menulis kembali setelah setahun lebih.

WAllahua'lam.




Wednesday, 25 January 2012

- 3 h a r i s e b e l u m -

Rasulullah.

Siapa yang benar-benar tahu akan manusia yang digelar Al-Amin ini? Selain Rabb dan para sahabat yang dihadirkan kepada baginda.

Siapa yang benar-benar tahu akan amalan manusia yang bersifat Tabligh ini? Selain mereka yang dekat dengan ayat-ayat Tuhan dan hadith-hadith baginda.

Siapa yang benar-benar kenal akan manusia yang menyebut 'Umatku', 'Umatku' saat ajal di tenggorokan? Kalau bukan mereka yang patuh ajaran baginda dan meninggalkan apa yang ditegah baginda.

Siapa antara kita yang benar-benar mengaku sudah kenal akan penutup segala Rasul ini? Kalau masih lagi menghina mereka-mereka yang dekat dengan baginda? Yang memperkecilkan mereka yang menyampaikan butir-butir Hadith baginda.

Rabb.

Aku terasa kerdil saat Imam Malik menyebut di mana letaknya beliau berbanding para sahabat Rasul hanya seumpama debu-debu di kaki kuda mereka.

Aku terasa kerdil, saat Rasul merindu umatnya generasi kini, aku masih lagi terhuyung-hayang dengan nikmat dunia.

Allahurabbi.

Di mana letaknya kami sewaktu di Mahsyar? Di mana letaknya kami sewaktu dihisab? Di mana letaknya kami sewaktu meniti Sirat?

Di mana letaknya kami, saat Rasul mempelawa umatnya meneguk isi telaga Kauthar?

Di mana letaknya rindu kalau cuma pada komersialnya Maulud?

Di mana letaknya rindu kalau cuma pada panjang dan lamanya perarakan?

Di mana letaknya rindu kalau cuma yang dipandang hanya cuti Maulud, bukan pengertiannya?

Maka, ayuh. 

Capailah ilmu walau cuma seringkas mana tentang baginda. 

Ayuh, semoga kita dapat menggapai tangan baginda saat kita menuju syurga.


- dari papan kekunci -
     3 hari sebelum

Monday, 23 January 2012

- 5 h a r i s e b e l u m -

Jujurnya, semua orang lahir ke dunia sebagai fitrah. Tetapi apa yang membesarkan kita adalah ilmu, pengalaman dan didikan yang sebetulnya. Supaya yang dibesarkan, mampu menjadi tunjang pada agama dan negara.

Tetapi kurang atau pun jarang sekali, istilah dibesarkan dalam kehidupan akan lantas lebih mengecilkan apa yang ada dalam jiwa. Lebih mengambil resmi padi, makin berisi makin menunduk. Manusia lebih mudah disogok oleh rasa disanjung atas sekelumit harta dunia yang menjadi pinjaman Rabb.

Yang dibesarkan dan ditambah pencapaian atau harta, akan lebih membesarkan diri. Sampai ukuran bagi kejayaan juga pada harta. Aku pasti, yang digelar Al-Amin sama sekali tidak pernah menyampaikan yang demikian. Malahan, beliaulah yang memberi peringatan berkenaan hal demikian.

Jadi, atas dasar apa sebenarnya puak marhaen meletakkan kayu ukuran kejayaan pada harta?

Aku kadang-kadang terfikir, orang mampu menunduk dan takut pada yang banyak harta. Bukan, semua, tetapi rata-ratanya begitu. Puak marhaen, akan berbual soal kejayaan orang ini dan itu di kedai kopi, juga atas dasar jenis kereta, gaji sebulan, rumah yang besar.

Kemudian, puak marhaen ini juga yang mencanangkan bahawa kejayaan atau kebahagiaan bukan pada harta. Ironinya, mereka sendiri berasa inferior pada apa yang mereka ceritakan di kedai minum.


Mungkin.


Nukilan ini cuma ingin memperingatkan diri ini. Supaya rasa inferior diri ini cuma atas dasar perhambaan pada Allah. Bukan pada kurangnya harta, tetapi atas dasar kecilnya diri berbanding Yang Esa. Supaya golongan yang 'sedikit' yang disebut-sebut dalam al-Quran itu, mampu memberi ruang untuk aku menjadi ahlinya.


Supaya syukur itu menjadi teman no.1 ku.

Wednesday, 13 July 2011

- mohon maaf secara terbuka di atas keterlanjuran facebook, bukan saya, tapi facebook -

Kadang-kadang, mulut bercakap mahu pun menulis komen, rasa macam agak pedas barangkali. Kadang-kadang sebab itu aku lagi suka berdiam diri. Lebih suka elak komen-komen liar pada page orang dalam facebook. Macam hisap rokok. Cikgu kata berbahaya.

Mungkin aku kena lebih banyak mengunyah dan menghabiskan sisa-sisa jari pada tangan ini untuk menaip-naip bahan-bahan ilmiah seperti mengira keluasan lantai kasar bangunan termasuk tempat letak kereta berbumbung ataupun menulis surat cinta rasmi kepada pihak berkuasa tempatan.



Ok.



Sungguh bosan. Jari aku patut buat lebih lagi.


Oh, ah.


Mungkin, melakukan maintenance hidung sambil menaip komen-komen di facebook boleh mengurangkan bercakap perkara-perkara yang menyinggung perasaan orang lain.





Oh, iye, sila alas dengan tisu.





Kalau terlupa.....




Sila jangan pakai tetikus dan keyboard saya di office.





Oh, maaf, dah pakai ye?




Maaf lagi.

Saturday, 20 November 2010

- you read people's mind? Then, i prefer reading politic column in utusan -

Umpama kiambang bertaut tidak meluruh. Langsung tiada kena-mengena dengan situasi aku. Malah langsung tiada pula peribahasa tersebut wujud dalam sejarah peradaban bahasa melayu. Mungkin nanti ada orang akan ambil buat peribahasa, jadi nanti kamu cakap la yang kamu kenal penulis dia ye?


Psikik. Kuasa. Kuasa psikik.


Pernah kamu dengar pasal kuasa psikik? Yang boleh angkat barang tanpa guna tangan. Boleh baca fikiran orang lain. Iye. Baca fikiran orang lain. Macam kamu sibuk-sibuk tengok dalam cerita-cerita Hollywood tu. Kuasa psikik.


Kuasa ini. Aku rasa memang kepada orang yang berkebolehan. Talented. Macam door gift. Baru hendak masuk dan duduk makan lauk dah dapat hadiah. Sedangkan orang berebut-berebut nak gift, pergi kenduri, senang-senang terus dapat door gift. Tapi kuasa ini bukan bermaksud begitu. Maksudnya anugerah. Gifted. People with special ability.


Mungkin nanti yang tiada kuasa atau keupayaan seperti ini akan terasa. Terasa disisihkan. Mungkin. Siapa tahu.Bukan senang hendak dapat keupayaan membaca fikiran orang lain. Buat aku terasa sahaja. Aku mana pula reti baca fikiran orang lain. Sedangkan membaca tulisan bahasa Arab sahaja sudah susah. Tapi reti pula aku mengaji Al-Quran. Pelik benar. Tapi bukan pelik sangat. Sebab kebanyakan orang Malaysia dan Muslim pun macam tu kan? Kan?





Keupayaan membaca fikiran orang ini, aku banyak nampak pada orang Malaysia.





Lebih-lebih lagi atas jalanraya.



Sebab itu aku terasa. Sebab aku langsung tidak dapat membaca fikiran orang yang memandu kereta kemudian masuk simpang tidak nyalakan lampu signal daripada awal. Atau orang yang duduk lane kiri. Tiba-tiba masuk depan kereta kamu dalam jarak pembaris panjang 30cm harga 30 sen di koperasi Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Tanpa nyalakan lampu signal.



Mana lah aku tahu. Aku tiada kebolehan membaca fikiran orang



Cuma ada.





Kelebihan termaki comel dalam hati. Dan mungkin menarik muka masam dan manja.








Oleh itu, lain kali nyalakan signal. Nanti aku terasa dan merajuk.








Sebab, sumpah aku tak tahu baca fikiran kau orang!













Sunday, 14 November 2010

- p e n i n g -

Pening.



Aku tidaklah rajin menulis seperti dulu. Masa zaman muda-muda belajar. Mentelaah internet lebih daripada isipadu minima ilmu pengetahuan senibina yang aku sedut masuk dalam saraf otak ni. Mungkin aku rasa, mesti kecil sahaja sebenarnya bahagian akal aku yang menyimpan maklumat senibina.



Pening.




Memang pening bila belajar. Mungkin terkejar-kejar assignment hendak submit pada lecturer. Sambil buat email merayu simpati bila aku sudah ter-submit seminggu lewat. Sehingga sampai sekarang aku rasa bersalah kerana telah melakukan aktiviti conman terhadap lecturer yang baik hati tersebut.



Tapi. Aku rasa, lagi pening.



Kalau kamu tengah driving. Sebelah tangan pegang telefon bimbit tengah cakap dengan client penting. Sebelah tangan pegang stereng. Kemudian, terkentut. Tangan mana yang kamu akan
gunakan untuk menekan punat power window kereta anda.



Pening kan?




Bau. Telefon bimbit. Memandu.




Pening kan?




Bukan. Bukan berdasarkan kejadian sebenar. Aku cuma suka-suka imagine situasi pagi-pagi ahad ni.





Betul. Memang bukan aku.