Monday, 16 June 2008

- O b s e s i K e c i l -



Obsesi kecil aku dulu sudah semakin melarat...



Walaupun hati aku baru sudah merasa pahit peperiksaan selama 3 jam tadi....



Pahit yang tidak mungkin selazat air kopi...



Ya, maafkan aku...



Walaupun aku tidak pasti berapa ramai yang membaca, tapi aku ingin ucap terima kasih sama kamu...




Atas dasar kiraan meter di sebelah kanan page...



Lebih-lebih lagi yang lazimnya memenuhkan ruang komentar...atau pernah memenuhkan ruang komentar...



"Bz, Matley, Sofea Rush, Deney, BlueCrystalDude, NeemSuicidePark, FaisalAdmar, Fara, Hadie, Moon, Xeem, Mass, Cibil, Mks, Suboh, Gorie, Fakhri, Dalina, Shahril, Isminanie, F.e.r.z.l.y, (^^,), Shaz, MaisarahKhairi,
Crappwerke, labusayung, Afif, Nazida, PakcikLuarOtak, Pemuja Rahsia, Ariff, Penapistola, Tya Ilyana, Ibad, Blexilaiho, wnf wj, The King, Anonymous, Annenynomous, Hippopotamus..."



*ok, yang hippopotamus itu aku sengaja tambah...maaf*



*Maaf kalau ada nama yang tidak aku tuliskan*




Sebab penting untuk aku bodek kamu semua...



Untuk kamu sama-sama berkongsi obsesi kecil aku ini...





Hadiah untuk anda semua...





me&k10D@waterfront





Macam mana?




Best tak?







*tak best?*







*kalau tak best, pergi main jauh-jauh....*




Wednesday, 11 June 2008

s e k a d a r p e n d a p a t




"Hebat, hebat"



Aku anggukkan kepala tanda setuju. Mungkin aku lebih suka menerima pendapat daripada mengutarakannya. Mungkin aku lebih suka mengutarakan pendapat dan tidak suka menerimanya.



Kadang-kadang aku faham, setiap orang, setiap makhluk Tuhan, setiap manusia, setiap homosapien punya pendapat mereka. Sebab masing-masing punya akal. Masing-masing punya pemikiran.


Pendapat tambah fakta, jadi tepat. Mungkin 'pentepat'.



Pendapat tanpa fakta, hanya jadi pendapat. Opinion. Kosong. Yang kalau mahu diterima belum tentu benar dan belum tentu salah.


Kadang-kadang, pendapat jadi bercanggah. Tidak ngam. Tidak sehaluan. Normal.


Yang duduk dekat utara mengutarakan pendapat. Yang duduk kat selatan mengselatankan pendapat. Yang akhirannya jadi roti canai. Tapi sudah tentulah bukan. Akhirannya pasti-lah jadi perbalahan. Percanggahan pendapat.


Pendapat yang benar atau yang salah. Diri sendiri yang menilai. Kamu terima, tafsir, faham dan beri keputusan. Aku bagi satu cadangan. Tepis dulu ego. Aku ulang, tepis dulu e.g.o kamu. Sebab yang benar kamu tolak, pasti sebab tiga huruf yang dinyatakan. Yang salah kamu terima, juga sebab tiga huruf itu.



Atau kamu benar-benar tidak tahu. Jahil. Atau bodoh. Atau bengap.




*tapi itu cadangan aku sahaja. Belum tentu aku buat.*




Kenapa? Marah?



*mana-lah nak tahu kan?*


*pendapat aku sahaja.*


Pendapat yang pelbagai yang boleh memeningkan keadaan. Sebab itu kalau dalam sesebuah negara, kalau semua rakyat diberi peluang beri pendapat, satu rakyat satu pendapat. Kamu congak sendiri dengan mental arithmetic atau jari-jemari berapa banyak pendapat yang perlu diproses.



*Super-banyak-sangat.*




Jadi ada satu benda sahaja aku cuma mahu homosapien, manusia, orang, makhluk Tuhan berdarah daging ini faham.




Pendapat yang aku ceritakan ini sama sekali berlainan dengan pendapatan seseorang atau yang kita panggil 'gaji'.




Jadi jangan salah-faham.



Pendapat juga tidak ada cukai seperti cukai pendapatan.




Oh, ya...





*aku merepek*




*ya, maafkan saya*






*lalala (sambil berlalu pergi)*




Saturday, 7 June 2008

- i k l a n -






camera-house-poster@preston






Ini cuma sekadar sedutan obsesi kecil berpra-sangka..



*Tak faham?*



Sudah, pergi buat kerja.





- n a s i a y a m m a s y u k - s e d a p -


Petaling Jaya, Bandar Tua (Old Town)


Setahun yang lepas...
Selepas solat Jumaat. Di sebuah gerai nasi ayam-masyuk-sedap...


mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap : nak makan apa?

aku : nasi ayam satu, ayam paha dengan sirap limau ais..

mr.manager : nasi ayam, dada, dengan kopi ais...



*mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap menghafal ala-ala tahfiz, teknik-teknik lazim seorang macha*



mr.manager : bagi sup kaki ayam sekali ya? (dengan muka excited)

aku : (cuba berpura-pura membuat wajah yang tidak excited)

mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap : baik bos, sikit jam mari...



*mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap berlalu pergi dengan gaya yang tidak langsung masyuk-sedap seperti nasi ayam di sebelah kedainya*


15 minit kemudian...


akak nasi ayam-masyuk-sedap : nasi ayam dua, dada dengan paha..(dengan tidak memandang)

aku : terima kasih, kak. (nada ikhlas lelaki sejati)


*senyum*


mr.manager : terima kasih eh..


*aku sedar ada serba kekurangan dari hidangan tadi. nasi ada. ayam ada. sayur pun cukup.*


mr.manager : kak, sup kaki ayam ye kak...


*akak itu memandang dengan wajah yang boleh dideskripsikan sebagai wanita penghidap penyakit pra-menstrualisasi atau mungkin sekadar sembelit*



*kalau boleh aku nak kira kerut dahi dia masa tu, satu...dua...tiga...*



akak nasi ayam masyuk-sedap : DAH ORDER KAN TADI?




*terkedu*



*Akak nasi ayam-masyuk-sedap itu berlalu pergi dengan lenggokan badan yang langsung tidak sesedap nasi ayam dan sup kakinya itu.*




Kami mendapat feedback muka ketat-macam-cucuk-botox dengan kerutan di dahi dan suara yang ditinggikan ke irritating-pitching.



Malah tidak dapat pun sup kaki tersebut.





*sungguh jahanam*




*nasib baik sedap nasi ayamnya.*




*nyum...nyum...cis*



Wednesday, 4 June 2008

- A p a m a c a m ? -




Satu 3d model separa-cute, separa siap.


Satu research super-6000 patah perkataan suku kosong.


Satu essay Urban Perspective helaian kosong Microsoft Words.


Submission lagi 2 hari, hari yang sama.

.....................


" Murid-murid, kamu cakap dengan cikgu dan kepada satu kelas cita-cita kamu bila dah besar nanti."


Bergema suara gemersik buluh perindu cikgu muda wanita 20-an lepasan maktab perguruan berbaju kebaya dengan badan potongan gitar.



" Arkitek "



Ujar pelajar hingusan dengan kasut putih separa bersihnya.


Sambil mengesat hingus yang meleleh dengan lengan putihnya.



............



Adik, fikir cita-cita lain la tau?



*Nah, seringgit*



Amacam?




*gelak kecil*




Sunday, 1 June 2008

- l e b i h b a i k d i a m, k a n ? -




" Kadangkala, sesuatu perkara lebih elok tidak diberitahu. "






Tetapi homosapien kan makhluk yang berakal dan akalnya senantiasa diselaputi kepala yang keras. Kebetulan simpulan bahasa Melayu sudah memendekkan huraian aku.




*Keras Kepala.*




Terima kasih Dewan Bahasa.


Lantas, kebarangkalian statement aku di atas ditolak, aku sudah sedia maklum.


Logika-nya masih ada, bagi pendapat hina-dina aku yang separa-cute ini walaupun Agnes Monica kata tiada logika. Sebab, bukan semua benda seseorang itu rasa perlu berterus-terang. Aku pasti setiap orang punya perkara yang mereka perlu disimpan untuk diri sendiri. Perkara gembira. Perkara buruk. Perkara suka. Perkara duka. Perkara memalukan. Perkara-ngan rumah.


Whatever.



Atau mungkin perkara yang lebih elok tidak diberitahu. Tidak diwar-warkan. Tidak diwacanakan. Perkara-perkara yang mungkin membentuk kemungkinan lain yang lebih buruk. Yang biasanya kita sendiri tidak tahu.



Aku juga punya benda yang aku simpan untuk diri aku.



Aku yakin kamu juga punya sesuatu.



Dan juga makcik yang berdiri di belakang kamu itu juga punya sesuatu yang tidak mahu diberitahu.



Perkara yang biasanya bila difikirkan semasak-masaknya. Yang sudah ditimbal segala consequences-nya. Lantas empunya diri membuat keputusan, "Nah, perkara ini lebih harus disimpan sahaja."


Jadi sebagai orang yang bukan empunya diri. Aku cadangkan jangan campur tangan dengan idea-idea bernas kamu.


Sebabnya, apa yang kami rasa, takkan kamu yang lebih tahu? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Tak mungkin ketua kampung yang rasa pulak kan? Ketua kampung itu pun belum tentu suka makan cili. Jadi, niat untuk tidak beritahu itu kerana kami yang pertimbangkan perkara itu. Dengan niat supaya tiada siapa yang akan merasa bahana consquences-nya.



Dengan niat ingin menjaga hati semua pihak termasuk diri sendiri.




Sebab itu aku sudah buat keputusan untuk mendiamkan diri. Simpan 'perkara' itu dalam hati.




Maaf.




Aku terpaksa rahsiakan daripada roommate aku, Suboh.



Aku berat hati untuk beritahu dia. Aku tak nak dia sakit hati. Aku tak nak in the end aku yang sakit hati. Lagipun, benda dah jadi.




*nak buat macam mana kan?*





Maaf Suboh.







Ini untuk kebaikan engkau dan aku. Jadi aku tak nak beritahu.








*Sorry beb*








Aku tak sengaja terkentut tadi.








*Sorry!*





Saturday, 31 May 2008

- I n t e r m i s s i o n -




Aku tenung tilam belakang kerusi aku.



Tilam spring empuk sejengkal dengan bantal putih tak bersarung.



*ya, maaf sebab menipu*



*bantal itu tidak seputih yang disangka. Maaf di atas keterlanjuran mulut ku.*



Bersyukurnya siapa yang dapat tidur di atasnya. Aku juga sangat bersyukur. Itu umpama nikmat terindah di bumi Australia iaitu coklat. Ataupun kangaroo.



Jadi aku mintak tolong.



Jangan la goda aku lagi.



Aku cuma insan lemah, iman kurang. Assignments aku masih banyak.



Jadi, jangan paksa aku.



Nanti aku tindih kamu. Sampai pagi baru kamu tahu.



Jadi, jangan paksa aku, ok?



*menggaru kepala*




*menguap...*




Tuesday, 27 May 2008

- k i t a k a n s e r u m p u n ? -



2006...



Suatu hari di Jalan Malioboro, Yogayakarta, Indonesia...



aku : "Mas, berapa harga topi ini ya?"

mas : "Yang mana mas mahu ? Yang ini ya ?"


*tanya balik pulak*


aku : ....."Ya mas, yang ini."

mas : "Ini biasanya cuma 10, 000 rupiah (RM 4) sahaja. Tapi kalau untuk mas...."



*mas itu membuat gaya mencongak berdasarkan Mental Arithmetic-nya*



mas : "....untuk mas, saya bagi 25, 000 rupiah 'saja' "



*apakah gerangan halnya?saja? memberi harga mahal secara bersahaja? *



aku : ...." Kenapa pula mas? Kan bilangnya cuma 10, 000 rupiah?"

mas : " Iya benar." ....

mas : " Mas kan dari Malaysia, jadi kena tolong-menolong orang kita. Kita kan serumpun, mas?"



*serumpun? serumpun buluh membuat lemang ke?*



aku : ..." Masakan begitu mas? "

mas : "Iya dong. Kalau orang tuurist...saya cuma bagi 10, 000 rupiah aja."

mas : " Tapi kerana mas dan saya serumpun, maka kena bisa tolong-menolong."



*rumpun lagi? lalang pulak ke?*



aku : "Saya tourist juga mas, dari Malaysia"

mas : " Tapi cuma dari Malaysia aja. Lagipun kita serumpun. Kan kita sama saja mas."....*sengih*



*damn, rumpun apa ni? rumput ke?*



aku :....."Er, mekasih ya mas. Enggak apa-apa. Enggak jadi beli. Permisi ya!"

mas : *kerut dahi*...." Apa-apaan mas. Masakan cuma 25, 000 rupiah tidak mampu? "



*mampu aja, tapi masalahnya aku tak nak rumpun, aku nak beli topi*



aku : ...." Bukan enggak mampu, enggak jadi beli. Mahu jalan-jalan duluan."

mas : *berkerut dahi*....." Mas mahu berapa harganya, beritahu saya "

aku : " 10,000 rupiah. Kan mas bilang itu harga asalnya? "

mas : " Murah banget itu mas. Bisa tinggi sikit. 20, 000 rupiah bagaimana? "



*murah? bukan memang 10, 000 rupiah ke?*



aku : ..." Kan bilangnya cuma 10, 000 rupiah harganya? "

mas : "Kan bilangnya kita serumpun. Perlu tolong sesama kita. Kan cocok-nya begitu?"


*nak cocok pulak, tadi nak rumpun?*


aku : ..." Kalau begitu, mekasih saja mas."





*aku membuka langkah untuk berambus .................*




*.........mengikut arah angin berhembus berdasarkan ramalan cuaca Indonesia*





mas : "Mas, mahu berapa mas?!!!"



*laungan sayup-sayup dari jarak 5 meter setelah aku berambus mengikut arah angin ke selatan*



mas : "Mas, ke mari semula. Mahu berapa mas?!!!"



*dan sekali lagi laungan dari jarak 8 meter*



mas : "Mas, mas !! Ke mari semula !!. Mahu berapa mas?!!!"


*juga dari jarak 10 meter sehingga laungan tadi ditenggelami hiruk-pikuk dan riuh-rendah pasar Jalan Malioboro itu*






Nasib baik dia tak kejar aku.



Nak jual topi ke nak jual rumpun? Aku nak beli topi, bukan nak beli rumpun.






*gila betui*




Friday, 23 May 2008

- h e r o - s u p e r -


Superhero.



Lelaki bujang, 23 tahun dan mengambil jurusan seni bina.



*Aku hairan.*



Aku hairan kenapa aku tidak boleh menjadi superhero. Sihat, sedikit cute dan tona suara yang agak macho.


*damn*



Tapi....





Research?



Tidur?



Aku faham. Bukan sekarang masanya.


Masih belum mengizinkan. Masih banyak aktiviti harian aku yang tidak dapat diilustrasikan seperti gambar rajah di atas.


Dah abih belajar nanti aku apply jadi superhero.



*sekarang sibuk*




Maaf, saya tak senang.



*super-busy*




Tuesday, 20 May 2008

- t o l o n g a k u ! ! -




Tolong.



Aku sekarang bergantung harap dengan buku-buku yang menimbun di atas meja aku ini.


Kertas-kertas maklumat research aku bertaburan atas buku-buku itu.


Cawan kosong Corelle sumbangan Suboh masih bersisa teh o yang sudah sejuk.




Tolong.




Atas komputer super-cute-2-kali-teras wujud sebijik file biru nukilan En.Guenter.


Ada file kuning baru tiba tengahari tadi dan songkok di atasnya.


Satu tabung botol berisi duit syiling dolar-dolar kapitalis Australia yang hampir kosong di tepi monitor-super-22-inci.




Tolong.




Telinga aku bertutup headphone Philips gedabak ini.


Badan aku bertutup jaket smart-sangat sebab jaket putih aku basah kehujanan tadi.


Badan aku bersarung sleeping bag dari hujung kaki ke paras pinggang.




Tolong.




Aku tampung tangan kiri aku atas buku The Marseilles Block karya En. Le Corbusier.


Tangan kiri itu, aku julurkan untuk menaip.


Tangan kanan aku berehat atas timbunan kertas-kertas research yang bertaburan tadi.




Tolong.




Helaian-helaian Microsoft Words masih kosong daripada se-empat ribu patah perkataan lagi.


Kepala aku penat memikirkan apa yang perlu di taip.


Aku bingung, stress, tertekan.






Tolong.







Tolong aku.









Tolong garu belakang aku.





*Gatal*






Tangan aku tak sampai.