Monday, 20 September 2010

- p a n t a n g b e n a r a k u -



Maher Zain.



Pantang benar aku mendengar lagu-lagu orang yang bersuara merdu buluh-perindu dan mendendangkan pula lagu-lagu keTuhanan. Memang mengujakan. Lagi pantang pula, kalau kamu beli satu album original, habis semua lagu pun best macam kelas tingkatan 5 bestari. Walaupun aku punya kelas dulu bukan nama 5 bestari pun.


Pantang benar aku, sampai aku pasang lagu-lagu dia setiap kali pergi kerja. Dalam kereta untuk pergi ke office. Sampai office, aku pasang lagu-lagu dia lagi sambil buat kerja. Lepas itu, aku masuk kereta untuk pulang, pasang lagu-lagu dia lagi. Memang cukup mendalam aku rasa bait-bait liriknya. Padan sangat-sangat dengan alunan melodi dan lenggok suara dia.


Pantang benar aku, sampai aku rasa aku boleh menghafal lirik lagu-lagu tersebut, kalau setiap kali aku pasang satu lagu lebih 5 kali. Macam solat 5 waktu. Tapi kalau aku hafal Al-Quran lagi baik. Aku rasa. Oh iye, saya tersedar sekarang. Minta maaf.



Semalam.


Pantang benar aku, ambil gambar pasangan pengantin, di kenduri kahwin. Adik rakan setempat, atau pun PRS, penduduk rakan sebaya kerana kami menduduki qariah yang sedikit jauh tetapi dalam tempat yang sama. DJ tiba-tiba pasang lagu encik Maher Zain tersebut (sila rujuk nama di awal post)


Yang ini memang paling pantang.


Saat aku tengah snap gambar, dan lagu Maher Zain - For the rest of My Life berkumandang. Pantang benar aku, saat aku buka mulut cuba mengikut alunan muzik.


Serius.




Sebiji suara aku macam Maher Zain.




Iye, serius. Pantang benar aku. Ini yang malas buka mulut menyanyi ini.




Isk. Pantang.




Oh, iye.




Jangan muntah pula kalau sedang makan kueh raya.




Selamat Hari Raya Eidulfitri.