"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Sunday, 7 September 2008
b u l a n p u a s a & c h u b b y ?
Mereka kata aku semakin chubby. Aku rasa tidak. Lebih kepada semakin healthy.Sebab aku memang selalu underweight di Malaysia. Tapi aku langsung tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan tinju featherweight atau heavyweight, sebab aku hanya underweight.
Jadi sekarang ni bulan Ramadhan. Puasa. Sinonim dengan kurang makan dan minum. Sepatutnya.
Jadi mungkin ini peluang aku mahu slim-kan sikit pipi aku yang semakin naik. Hanya pipi, yang perut, tangan atau kaki masih kekal tegap seperti dulu. Tiada langsung lebihan daging atau lemak kental .
*oh, ada sikit di perut. Sikit je. Betul*
*bulan puasa langsung tidak sanggup aku menipu*
Jadi secara teori dan logik akalnya, berpuasa di perantauan langsung jauh daripada tempat yang kamu selalu buang masa cari makanan banyak-banyak itu. Bazaar Ramadhan.
Yang aku juga turut buang masa kalau ada di Malaysia. Whatever.
Masak sendiri. Jadi teori manusia student, makanya satu hidangan sudah memadai. Jadi satu hidangan menunjukkan peratus-pengurangan-ambilan-makanan-berlebihan akan meningkat.
Jadi hari berbuka pertama. Kebab sayur dan tuna. Positif. Nampak peratusan itu semakin meningkat.
Jadi hari berbuka kedua. Nasi goreng dengan sedikit ayam. Positif. Peratusan semakin meningkat.
Jadi hari berbuka ketiga. Bihun goreng dan kentang. Awesome. Peratusan semakin meningkat lagi.
Jadi hari berbuka keempat. Pasta baked. Super-duper extra cheese. *erk?*
Jadi hari berbuka kelima. Nasi lemak ayam goreng. Super-duper extra santan. *huh?*
Jadi hari berbuka keenam. Buka di masjid. Iftar beramai-ramai. Nasi beriyani, ayam tandoori, pizza, ayam kurma, lasagna, kek kelapa, bla...bla...bla...*hah?*
Jadi hari berbuka ketujuh. Buka di rumah Kak Rima. Iftar beramai-ramai. Nasi beriyani, ayam masak merah, ayam masak kicap, kek coklat, badak berendam, karipap, bla...bla...bla...*uik?*
*mencubit lebihan lemak di perut dan pipi*
Mungkin lebihan ini akan dipaksa membesar lagi.
Mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
sememangnya kamu memang sudah chubby!Teruskan usaha kamu.Naikkan berat badan.Kalau kurus umpama pakaian kering yang tersidai di ampaian.Cuba bayangkan pakaian kering ditiup angin?;-p
dude think of all the girls who'd love to pinch ur cheeks in adoration... and throw diet concerns away!! haha!
gebu kan best.
yang penting dalam pemakanan is input tak lebih dari output. watch out your BMI (tahu kan ape tu?) as long as your BMI is within the healthy range, then u shouldnt be worried.
to xxeemm: i dont think such girls exist. hukhuk.. very derrr scary mary if they do :P
anonymous : kata-kata ini macam pernah ku dengar di Malaysia?
*hem?..*
xxeemm : if only that kind of girl exist kan?
but reality hurts..*er, apa kah ayat inggeris aku ini?*
sofea rush : eh, baik puan doktor!
memang gadis seperti itu tidak wujud..
mungkin ada..dalam mimpi..
but pipi lain mungkin? *eh, puasa?*
okla okla tak pinch. tapi ade je perempuan suka lelaki yg berisi sikit. katanya sedap peluk.
(reminder to self... don't pinch your lover's cheek. nanti jadi scary mary.)
hehe.
anonymous : kata-kata ini macam pernah ku dengar di Malaysia?
*hem?..*
Tapi dimana eh?
xxeemm : eh, itu pun macam pernah dengar...
*mari kita lihat, apa kata survey...*
anonymous : er, sudah tidak ingat...
tapi seperti pernah mendengar orang menyebut kepada tuan punya blog ini..
Certain orang mmg comel klu chubby.
Certain orang nampak selekeh.
I think u belong to neither.heh.
Bleh la, separa cute.
sgt la byk menu2 yang memikat hati saye. tolong makankan untuk saye ye encik katunx.
didahului ngan terime kasih
*ahaks gelak kecil*
chubby=bubby
neem of suicide park : probably nampak hensem kalau chubby...
*probably*
achmal : iye, dimakankan itu seperti kerja tetap saya..
memasak, itu sambilan..
bz : apa ni?
chubby? hahaha
moon : huh?
camne nak buang lemak berlebihan kat pipi? Banyakkan bercakap?
bluecrystaldude : er? banyakkan mengunyah selepas berbuka?
Post a Comment