Tuesday 29 September 2009

- k e h i d u p a n p e n g a n g g u r 1 -

..................




Hidup menjadi-jadi rasanya bila menganggur.



Memang menjadi-jadi.



Menjadi entah apa-apa. Sebab kerja membuta dan menambah tompokan suci atas bantal. Tidak payah lagi aku membeli peta dunia.


Tambahan lagi dengan kadar segera, internet melaju di hadapan mata. Cuma, akal je separa pantas hendak mengekstrak butir-butir ilmu keluar ataupun masuk dengan kelajuan kabel optik ataupun kelajuan cahaya. Yang ada cuma, kelajuan mem-facebook melampaui kelajuan bidadari turun dari syurga.


Jadi resume dibiarkan tersadai di perut cakera keras-padat-padu-muatan-500GB. Patutla ada pepatah mengatakan, "Hidup segan mati hensem." atau dalam ayat yang sebetulnya.


"Hidup segan, mati tidak mahu".
"Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong"


Main kasar nampaknya pepatah tersebut. Ini yang terasa mahu tambah lagi tidur 2 kali lipatan kerana tidak tahan sindiran yang telah dilakukan terhadap diri-sendiri.


Aku sedang mencari hati sebenarnya. Moga ketemu, insyaAllah. Bukan pada gadis. Itu pun perlu cari juga. Tetapi pada solat-solat. Terasa juga kalau 25 tahun ini, tidak pernah merasa solat yang khusyuk kan? Takkan aku mahu tunggu lagi 25 tahun akan datang.



Sebab aku tahu.



Belum tentu maut mahu tunggu aku macam isteri menunggu kepulangan suami.



Jadi, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya. Dan maafkan andai ada terasa apa-apa dengan saya seperti rasa manis, masam, masin, pahit dan mengikut citarasa anda. Semoga amalan kita bersama diterima sepanjang umur berlalu.




InsyaAllah.









10 comments:

akhmaremily said...

selamat hari raya anwarul

Teku said...

salam 'idulfitri, bosan2 puasa la 6 syawal...

katunX said...

akhmaremily : selamat hari raya cik akhmar...

tengku azri : salam aidilfitri, insyaAllah, akan diusahakan...

ainko said...

ambil gamba serata malaysia kalau busan..hee..

scraggyatt said...

ahahahaha!!!

katunX said...

ainko : serata malaysia? berikan saya duit raya seringgit, tetapi kali dengan 300 keping ye? terima kasih...

selamat hari raya

scraggyatt : ahahahari raya?

ainko said...

wah..cukupkah rm300 utk serata msia?
slmt hr ry

balqissy said...

oh? mahu ambil gmbar serata malaysia? perlu model? =P

Anonymous said...

weh...bile nak mai penang...?

katunX said...

ainko : uish, apa tak cukup pulak, kan ramai rakan2 di serata Malaysia...

balqissy : perlu model? perlu model untuk design rumah...nak jadi? *eh?*

asyiekdesa : aiseh, perlu menunggu panggilan pulau...