"Ok, my days are numbered. "
Aku tak tahu betul ke tak grammar aku. Tapi grandma aku selalu betul. Sayang grandma. Walaupun aku tak panggil pun grandma. Saja nak bagi kata ganda berima.
Aku tahu, dah tidak berapa lama lagi akan meninggalkan tanah tumpah kepada kangaroo dan koala. Kalau hendak dihitung, kurang 4 jari daripada sepuluh jari yang mengira. 6 hari. Mungkin 5 hari.
Tidak tahu. Aku rasa sayu je kadang-kadang. Macam termenung. Tapi aku selalu termenung pun. Lepas termenung, tidur. Sedih, mungkin.
Sedih sebab aku rasa warga Malaysia di Geelong sudah macam family sendiri. Makan, gelak, ketawa, senyum, sedih, suka, duka. Biasalah, ayat-ayat cliche. Mungkin lepas ini tidak akan rasa seperti ini lagi. Walaupun tiada seorang pun ada talian persaudaraan dan darah dengan aku, tetapi benar kata orang tua-tua, "Pulau pandan jauh ke tengah". Dan ini memang tak ada kena-mengena.
Mungkin, ini orang kata "Dari satu kotak, ke kotak yang lain". Tapi sebenarnya, bukan orang yang cakap. Aku sahaja cipta perumpamaan macam tu. Bajet macam best, hip. Sebab itulah naik nama Box to Box blog ini.
Mungkin sudah tiba untuk aku packing kotak aku di sini. Dan unpacking kotak baru di Malaysia. Hidup baru, cari kerjaya, cari jodoh, berbakti kepada 1 Malaysia. Ntah apa-apa ntah 1 Malaysia. Dulu ada banyak Malaysia kot?
Tapi bila fikir-fikir. Memang tak ada barang pun nak packing.
Oh, packing?
Aku rasa aku dah semakin merapu. Rindu pulak kari ikan kerapu. Nasib baik bulan puasa. Kalau raya pun, mana ada orang masak kari ikan kerapu kan?
12 comments:
ikan kerapu ada dibuat kari ke?
ahaha.
:D
apalah u neh.
kalau keli mmg ada lah kan.
tak pun kari kanggaro.
weehuu.
;)
p/s=saya si ikan keli. kamu? kanggaro lah barangkali.
gaya bahasa ok, style 100%, tahap merapek sederhana (bg org yg kurang waras spt anda) idea mantap..methodology agak berkesan.. penerimaan, adalah cumulative..mentaliti, obsesive..
overall, bagus.keep up the gud work:)
*sedih*...nanti kita jumpa di jermen
cik puan drunbella : ikan kerapu la paling sering dibuat kari selain dibawa ke pekan berjalan-jalan...
p/s: kangaroo? oh, lebih sesuai koala barangkali...
mohd ariffin : terima kasih tuan yang arif!
bz : insyaAllah, pakapau mungkin akan aku order dua untuk mengenang kamu...
kamu dah nak balik? hmm.. saya saja yang baru sampai.. semua orang dah nak balik.. :(
cibilzsonic : jangan bersedih, berbaktilah kepada satu malaysia...wohoo, balik ghaye!
eh eh eh.
nak tinggalkan geelong da ke?
so dapat raya dekat malaysia.
eh tak aci,tau?
mesti lah tak tau.
welcome homey!berbaktilaa kepada ibu bapa anda selagi mereka masih ada...(ada kena mengena x??)
Selamat datang ke Malaysia cik box....
~Angela anaconda~
salam aidilfitri..maaf zahir batin
kaedah ny..bertempiaran la hntu2
raya di jln raya spjg raya kali nh..
hal ini krana pak kotak blk braya
di tmn bunga raya..adoyay..
bak la duet raya 1 tan lori utk adk2 braya kt m'sia..jgn bg bunga raya sudeh...
khadijah : selamat hari raya...eh, eh ucapan daripada malaysia ni, jangan tak percaya...
ms clumsy : ada kena-mengena sebab hari raya, kena la layankan sahaja...
anonymous (angela anaconda) : selamat siang malaysia...
asyiek : selamat hari raya aidilfitri juga kepada encik asyiek sekeluarga...
scraggyatt : lagi satu orang, sebab hari raya, saya layankan sahaja...selamat hari raya...
Post a Comment