"Tak nak jadi hipokrit."
"Try to be who i am."
Bagi aku ayat-ayat cliche. Sangat cliche bila manusia sejagat menggunakan tatabahasa susunan ayat pemahaman karangan bahasa Melayu berikut untuk menunjukkan jati diri sendiri. Tapi bukan bahasa melayu pun. Tapi masih, "Wow". Aku teruja. Dengar macam sangat firma guaman dan arsitektur pendirian tersebut. Sangat firm.
Contoh-contoh di bawah adalah penggunaan ayat-ayat di atas yang mungkin atau pernah atau akan hadapi.
Perihal 1 :
Gadis. Mungkin sedikit seksi. Tidak bertudung atau memang seksi. Atau bertudung. Dan tetapi seksi. Atau kedua-duanya sekali. Atau memang semata-mata seksi. Fesyen sekarang macam-macam. Kalau ditegur. Mungkin ada yang terima. Alhamdulillah. Boleh buat isteri. *ehem*
Yang mungkin kurang terima ditegur. Keluar ayat di atas tadi. Ditambah dengan ekspresi yang sangat serius. Atau sedikit sinis. Atau kedua-duanya sekali. Atau tiada dalam jawapan di atas. Atau tambahan ayat.
"Ada yang tudung labuh pun. Bukan baik sangat."
Ok. Fine.
I'm fine thank you. How are you? (tiada kaitan dengan pernyataan di atas)
Perihal 2 :
Lelaki. Masih lagi pasal aurat. Atau seksi. Atau kedua-duanya sekali. Mungkin ada sedikit pasal adab. Ada yang tidak manis dibuat. Ada perangai yang agak kurang sesuai mengikut adat-adat ketimuran, barat, selatan dan utara Malaysia. Bila ditegur.
Keluar ayat-ayat seperti di atas. Yang mula-mula sekali. Ditambah dengan ekspresi yang sangat serius. Atau sedikit sinis. Atau kedua-duanya sekali. Atau tiada dalam jawapan di atas. Atau tambahan ayat.
"Ada yang pakai kopiah. Pergi surau. Belum tentu baik sangat."
Wow. Fine. Sangat firm.
Seperti firma guaman dan arsitektur. Sangat firma.
Eh. Ini bukan generalisasi manusia. Cuma segelintir pihak sahaja. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. Patut la saya terasa pedas sejak tadi. Kerana cili tersebut saya yang makan.
Jadi.
Mungkin kita cuma perlu kembali kepada asas. Asas kita secara zahir dan batin. Siapa kita? Dan apa tugas kita?
"Tidak mahu jadi hipokrit".
Memang elok. Baik. Tetapi bukan hipokrit cuba berubah jadi baik. Bukan hipokrit cuba ikut hukum Tuhan kan? Sedangkan sahabat-sahabat nabi ada yang berasal daripada sejahat-jahat kafir Quraisy sehingga kepada sebaik-baik umat. Sebab kita asalnya memang sebaik-baik kejadian. Sebagai hamba Tuhan. Jadi mungkin sudah masa kita berlagak sebagai hamba Tuhan kan?
"Try to be who i am".
Iye. Jadi la diri kamu. Tidak suruh pula kamu menjadi Harun Salim Bachik atau A. Galak. Atau menjadi tentera. Atau menjadi Ultraman dan adik-beradiknya. Walaupun saya ada juga ingin menjadi Kamen Rider. Tetapi sebelum jadi diri kamu. Tanya diri. Siapa diri kamu? Kita muslim kan? Muslim kena ikut cakap Tuhan kan? Tak salah nak berpakaian. Tak salah nak berfesyen. Tapi ada batas-batasnya. Sedangkan manusia cipta batas untuk sawah padi. Kalau batas pecah mungkin kita marah. Jadi kalau Tuhan cipta batas-batas. Kalau kena langgar. Tuhan marah ke tidak ye?
Entah.
Mesti semua dah besar.
Sila fikir sendiri. Sebab saya hendak makan sarapan pagi.
Sibuk sangat seperti penyengat. Dan iye. Ini kata-kata berima.
*whatever*
19 comments:
mcm mara je encik katung? uhuk.
tembak je katun budak2 zaman sekarang ni..ingat da pandai sgt la kot..takat masuk uni blom tentu pandai. takat pandai jawab exam je..mulut tak nak tak nak tu takat cuba membenarkan apa yang salah pada diri sendiri..
(macam nak sama plak ayat aku dengan situasi di atas)
bestnye.suke dgn karangan saudara ini.bole bg markah penuh..A+ noktah
manusia.
pelbagai dan byk ragam. macam2 kn.
sebagai hambaNya, beringatlah sebelum semua nikmatNya ditarik kembali..
smga success slalu.
hahaha. when was the last time you blogged? haha it is always good to see you with the same old humour.
input anda sangat berseni dan abstrak. interesting..! hujah yang sangat firm. hehe..
moon : mara? medan sate mara kajang?
habub : kalau nak tembak pakai desert eagle, PM bagi tak?
farhana : eh, terima kasih cikgu!hari guru nanti saya bagi pen merah...ok?
dya : iye, selain itu, manusia juga suka persatuan pakaian seragam..
tolaughoften&much : er, bulan lepas? eh, tahun lepas? errr...
hatimu sungguh mulia wahai anak murid, kipas cikgu nmpk. tolak 10markah.
*whatever*
haha
nice.
cookiemonster : hujah saya seperti bekerja di firma guaman kan? kan?
farhana : tolak 10 markah? takpe, ada lagi 90...
uglychase : me? terima kasih...*blush*
the post Mister.
caya la.. katun..
salute la.. fikrah ko masih mantap..
ahaks...=)
uglychase : oh? er...
afad : fikrah itu apa ek?
erm..menarik..dan santai penyampaian kmu..^^
durakhyar : oh, terima kasih, saya pun sedang bersantai di tepi pantai...eh?
Ha3..1st time bc blog En.Kamen Rider.
Nice & thnx sbb mbuat saya tergelak2 smbl berfikir.. <3 dis blog.. =)
miss lullaby : tergelak sambil berfikir? ok, sekarang saya sedang berfikir tiba-tiba...
p/s: dari Kamen Rider...
En. Kamen Rider, berfikir tba2? Jgn tlampau bkerut dahi dah lah. Sebab nnti muka bpeluh pki topeng kamen rider tu...he3~
miss lullaby : kamen rider tidak berpeluh, kerana ada ventilation dalam suit...kan?eh?
Post a Comment