Friday 25 April 2014

- kesah catuan air untuk penduduk kawasan Selangor dan yang sewaktu denganya -

Assalamualaikum.

Isu air di Selangor masih berterusan saat baru pulang dari Melbourne. Dulu, sekadar membaca di media massa, bila merasai sendiri, barulah tahu graviti isu air yang semakin hangat dan melekit kerana tiada air untuk mandi. Eh?

Sudah pasti ada yang merungut, maki, dan mengomel samada dalam bentuk tulisan, lisan ataupun berguling-guling di hadapan pejabat Syabas, saya masih yakin ada yang masih bersabar dan bersyukur atas kekurangan atau musibah yang melanda kita. Justeru, saya cuba berkongsi sedikit koreksi diri kita yang saya mampu fikirkan akan musibah ini, supaya kita mampu bergelak ketawa bersama keluarga......

Eh, bukan! Supaya kita mampu mengambil pengajaran, kalau tidak banyak pun sedikit. Lepas itu, kita boleh semak semula aktiviti harian kita atau pun memaki saya secara dalam hati atas masa yang terbuang kerana membaca ini.

Wudhu'. Sudah sampai masa rakyat muslim-melayu-malaysia tahu bahawa berwudhu' bukan bermaksud memandikan anggota wudhu'. Kalau dalam gayung, 1/4 pun sudah cukup untuk wudhu' yang sempurna. Kalau masih ada orang muslim-melayu-malaysia di masjid yang berwudhu' seperti ingin mandi, sila lah memukul manja kepala mereka dan suruh mereka berwudhu' di rumah sahaja. Ingat, memukul manja sahaja, sambil tersenyum.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda ﷺ bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”  Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?”  Baginda ﷺ menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”
(Hadis Riwayat Ahmad r.a.)
Mandi. Inilah masanya kita menunjukkan kebolehan kita mandi sepantas kilat. Kalau-kalau dulu boleh duduk menyanyi lagu Anuar Zain - Ajari Aku dari awal sampai akhir dalam shower, mungkin kita boleh buat runut-runut bunyi intro sahaja, kita pun dah selesai mandi. Kalau menggunakan air dari kolah atau besen, cukup 3 gayung pun boleh bersabun badan dan bershampoo. Waktu ini baru saya terfikir kebaikan rumah teres tahun 1980an, rumah kampung dan surau-surau ada kolah dalam bilik air, sebab memang lebih berguna dari kepala shower yang hanya sekadar cantik dalam saat-saat seperti ini.

Basuh. Setakat ini, membasuh pinggan adalah kepentingan yang besar selain membasuh qubul dan dubur (istinja'). Tapi jangan membasuh pinggan sambil membasuh qubul atau dubur. Euw. Belilah penyiram tong penyiram pokok bunga (boleh didapati di kedai hardware harga dalam RM4-5), untuk beristinja' lebih efficient malah mampu membasuh pinggan dengan efficient.

Sekian sahaja. Sebab saya lapar.

WAllahua'lam.

No comments: