Friday 4 July 2008

c u m a - s e t a h u n - k a n ?



Setahun.



Bagi aku tidak lama mana. Cukup sekadar helaian janggut di dagu tumbuh lebih 0.1cm. Aku pun kurang pasti.

Pembangunan. Malaysia. Itu sudah cukup memberi impak visual dalam bentuk biasan ke bebola mata aku bahawa banyak benda yang sudah aku tertinggal. Cukup banyak bagi tempoh kurang 365 hari.


Tiba-tiba sahaja Sogo sudah mempunyai teman pencakar langit di sebelahnya yang entah beberapa tingkat kerana aku malas mendongak untuk mengira. Bandar Baru Bangi sahaja sudah punya beberapa kawasan yang dulu ternyata gonjeng, kini sudah sarat dengan penempatan.




*garu kepala*



Langsung tidak gatal sebenarnya.



------------------------------------



Pasaran minyak dunia naik melonjak langsung menginjak-injak nilai ekonomi hampir seluruh negara dalam bulatan-tidak-sempurna-sfera dunia. Aku sedar hakikat ini. Cuma saat itu aku masih di negara bukan matahari terbit dan bukan serambi Mekah; Australia.


*Impak?*


Aku kurang jelas terasanya. Tidak banyak berlaku beban perubahan dalam saraan hidup sehari-harian di Australia. Beras?. Kami masih makan nasi-nasi yang membukit tinggi. Padat tubuh ayam masih kami ratah dengan limpahan kuah berlainan jenis hari-hari.




*baru tidak sampai sebulan kan?*



Aku kurang jelas adakah ada impak juga pada kehidupan sehari-harian warga Malaysia. Aku tengok motokar masih lagi mengentutkan gumpalan asap-asap hasil sisa-sisa pembakaran petrol. Masih lagi ada motokar-motokar yang berkelas mewah memecut laju seolah-olah kereta Mercedes Class S itu menggunakan kuasa angin untuk bergerak.


Motorsikal cabuk masih mampu memeras laju saat lampu hijau bertukar daripada merah yang hanya sekadar lampu isyarat bukan lampu di litar Sepang.



*mungkin sebab ada rebat minyak kot?*




Mungkin, aku rasa.



*garu kepala*



Langsung tidak gatal sebenarnya.



-----------------------------------


Aku bertukar sistem pengangkutan awam daripada STAR LRT kepada KTM Komuter. Maklumlah, manakan sampai LRT ke ceruk Bandar Baru Bangi. Aku tidak terkilan. Negara kita bukan semuanya sempurna. Sedangkan dalam Kuala Lumpur pun belum tentu semua tempat boleh LRT capai.



*tak mengapa, aku masih ok*


Tapi...


Aku rasa impak minyak tadi. Harga minyak naik, sama dengan bilangan penumpang pengangkutan awam naik. Sardin. Hanya sardin dalam tin Ayam Brand sahaja mampu memahami perasaan aku dan emak saat menaiki KTM Komuter dari Bandar Tasik Selatan ke hentian UKM.



*garu kepala*




Tak dapat garu pun. Padat sangat. Tangan tidak dapat dijulurkan ke atas kepala.



---------------------------------



Perubahan pembangunan Malaysia dalam setahun.


Perubahan cara hidup dalam tidak hampir sebulan kerana minyak.



*hebat*



Aku pandang sekeliling. KTM Komuter sedikit lega selepas memuntahkan sedikit isi makhluk Tuhan, manusia, homosapien kepada Serdang. Ada seorang kakak. Perempuan.




*sudah tentula perempuan kan?*



*ini bukan Siam atau Lorong Haji Taib ye*


Pelik. Perut kakak itu sedikit membuncit. Bukan sedikit, banyak aku rasa. Ini lah yang dinamakan mengandung

Akak itu berdiri memegang kemas pada batang stainless steel yang menjulur dalam gerabak keretapi. Aku jeling ke arah barisan kerusi di hadapan dia. Penuh dengan manusia, makhluk Tuhan, homosapien.



*tak nampak kot?*



Perubahan pembangunan Malaysia dalam setahun.



Perubahan cara hidup dalam tidak hampir sebulan kerana minyak.




Oh, aku ingatkan semua benda dah berubah. Dulu setahun lepas pun aku pernah lihat situasi begini. Aku ingatkan rakyat Malaysia sudah sepatutnya concern pasal benda ini selepas setahun.


Ini sama je dengan perubahan helaian janggut di dagu aku.



*0.1cm*



*garu kepala*




Kali ini aku rasa betul-betul gatal di kepala.





23 comments:

Anonymous said...

aha..dah sampai Malaysia ghupenye..
mcm baru semlm pergi aussie..
setahun kan?

Anonymous said...

aha..dah sampai Malaysia ghupenye..
mcm baru semlm pergi aussie..
setahun kan?

FarA said...

betul. harga minyak naik tidak menghalang Mercedes Class C, S dan sebagainya memecut di jalan raya.

mereka mampu.
duit bukannya masalah.

:)

Anonymous said...

Minyak oh minyak!.Apa kata klu cik box yg b'jiwa 'kartun' mencipta sesuatu yg blh m'gantikan minyak.Mesti gempak punyerr...he..he.. :P



*'gonjeng'.. lama tak dengar ayat nie ' *



~angela anaconda~

moon said...

aku benci LRT. disitula di mana wallet ku hilang oleh manusia bernama pencuri.

Anonymous said...

aku da naik yarra tram.comel

katunX said...

anonymous : macam baru semalam pegi aussie?

*garu kepala*

gatal rupanya...

fara : sebab itu saya naik kelisa cute...terima kasih...

*iye saya driver kelisa itu*

anonymous angela anaconda : nyaris nak buat hari tu...

tapi baru sedar takde dalam struktur course arsitektur..

moon : tapi di situ juga ada seorang manusia bernama katunx...

*kadang-kadang*

bz : yarra tram comel? kamu semakin feminin...

*kadang-kadang*

Anonymous said...

rakyat msia maseh belum ber'civic minded' lg..maaf..

Anonymous said...

Oh!kelisa...mcm pernah nmpk sajer...tp dimane yerr??


*kelisa b'warna gold kan??*


~angela anaconda~

Anonymous said...

berwarna gold dan mungkin calar di bahagian kiri akibat perlnaggaran kecil..di genting highland(bermain api)

deynarashid said...

bangi dah tak best. banyak immigrant. dulu bangi best. aman damai. ade banyak pokok. hijau. pokok yang hijau. bulan pun hijau gak dari dulu :P takde traffic light yg banyak. takde traffic jam yang menyakitkan jiwa. takde motor yang speeding macam kat litar sepang. takde seksyen2. dulu fasa 1 sampai 6 je. sekarang banyak benor seksyen sampai tak terkira. oh.. bangi dah tak best. nasib baik ada warta. walaupun ada KTM yang 'menyardinkan' manusia, yang lembab nak mamfus itu, at least ada public transport, daripada tak ada apa langsung dulu. oh bangi. cepat sungguh engkau membesar.

is-nanie said...

eh... ko nih... balik terus atau cuti nih?
ade singgah klang?klang lgla dah byk berubah drpd zmn kite mude2 dulu..
dah jd mcm....bukan negara kite... (mendlm tuh maksudnye.....)

katunX said...

matley : mungkin kerana tidak ramai menggunakan Honda Civic..

anonymous angela anaconda : kelisa gold?

bukanlah..

kelisa keemas-emasan..auwww..

bz : pelanggaran kecil mungkin boleh menjadi besar kerana bermain-main dengan api...

sofea rush : bandar baru bangi, masih pujaan hatiku...

fasa 4 sahaja..

is-nanie : balik bercanda...ingin ke klang...

tapi aku harap minyak murah sikit..

Pakcik Luar Otak said...

Betullah. Tempat aku pun dah banyak naik. Lalang.

bluecrystaldude said...

manusia nak berubah sebab minyak? jangan harap ar. mungkin aktiviti dikurangkan, tapi, banyak yang masih sama macam dulu. ni untuk golongan yang macam kita ar. belum ada keluarga untuk ditampung

katunX said...

pakcikluarotak : 'tempat' itu sila tebas pada hari Jumaat..

boleh dapat pahala sunat..

bluecrystaldude : er, mungkin ada..

*kata encik orang minyak*

Faisal Admar said...

hmm, zaman skrng manusia semua self-centered. sucks! bukan setakat perempuan mengandung, malah org tua yg pakai tongkat pun tak akan diberi tempat duduk yg konon dia punya forever! malu tgk sikap malaysian... worse they are Malay!

*menggaru kepala juga*

Mr.Watever said...

oh katun,

kagumnya aku gaya penulisan ko..

ko part 2 architecture atau literature kt sana?

Anonymous said...

salam katun,hi.rindu blog ko ni.dh lama x tgk.sebulan balik msia,intenet x sebes kt sini.'essay2' ko ni salu bt ak ketawe.td ketawe lg.time kaseyyyyy

katunX said...

faisaladmar : i just hope people can be a little bit self-off-centered..

*including me*

....

*jap, aku nak taip BM tadi*

sir_ikang : aku part 2 architecture, part 1 literature, part 3 sleeping..

dalina : oh, ye, internet rumah aku juga tidak sebest internet..

*internetkah ini?*

Anonymous said...

ooo..turun kat UKM...

supered said...

internet umah ko tak best! lembab, limited, rosak lagi laptop aku! cis!!

katunX said...

shaz : dekat dengan ukm, bukan ukm pun...

*sensitif betul bebudak ukm dengar nama ukm..*

*gelak kecil*

ed : ko salah rumah kot, patutla lembab...