Tuesday 2 September 2008

s i - k e c i l & m e r d e k a



"Ayah, apa itu merdeka?"


Si kecil membulatkan mata, bereaksi comel dengan harapan mendapat jawapan yang diingini. Si ayah garu-garu kepala. Pura-pura melambatkan jawapan, dengan harapan si kecil putus asa dan pergi.


"Ayah, apa itu merdeka?"


Kali ini diulang dengan sedikit tarikan perlahan pada baju si ayah. Si ayah lelah. Tidak mahu menghampakan harapan si kecil. Berdehem. Menghilang sedikit kahak bersisa di anak tekak.


"Si kecil. Merdeka itu maksudnya kita bebas daripada tangan penjajah. 31 Ogos 1957. Itu tarikh kemerdekaan kita daripada tangan penjajah."


Si kecil berkerut-kerut dahi. Cuba mencerna setiap patah perkataan dan informasi. Si ayah menyambung lagi. Dengan tersenyum.


"Merdeka. Bukan bererti negara kita sahaja merdeka daripada penjajah, bebas daripada cengkaman Jepun, bebas daripada cengkaman British. Tapi pemikiran kita juga perlu bebas daripada penjajah. Merdeka diri dan minda."


Si ayah menghulurkan tangan mengusap-usap rambut hitam si kecil. Si kecil masih lagi berkerut-kerut mencerna setiap patah perkataan dan informasi. Sedikit confuse masih terlihat pada riak wajahnya.


"Apa maksudnya bebas daripada cengkaman penjajah? Merdeka diri dan minda?"


Si kecil bertanya. Si ayah mampu merasakan nada suara yang begitu teruja. Begitu ingin tahu. Hati kecil si ayah tak mungkin mahu menghampakan si kecil yang seorang ini.


"Maksudnya merdeka daripada pemikiran penjajah. Pemikiran orang-orang Barat. Tidak ikut budaya-budaya orang Barat yang memang langsung bercanggah dengan adat dan budaya kita."


Si kecil bertanya lagi.


"Maksudnya kita tak boleh jadi orang barat ke ayah? Tak boleh ikut diorang?"


"Ya, sayang. Orang Barat memang membawa masuk budaya kuning ke negara kita. Tapi jangan kita ikut macam dia." Jawab si ayah. Konfiden. Sambil tersenyum.

"Si kecil faham kan?"


Si kecil diam. Selepas beberapa saat, dia mula menganggukkan kepala. Tanda faham. Si kecil mengorak langkah perlahan-lahan menuju ke kamar tidurnya.


--------------------------------------


Esoknya. 31 Ogos 2008.


"Ayah, ayah"


Si kecil berlari-lari mendapatkan ayahnya. Kegembiraan jelas terlihat di riak wajah.

"Ayah, ayah. Si kecil dah merdeka. Si kecil dah merdeka." Dengan suara sedikit berteriak.

Si ayah kehairanan.

Sambil menarik-narik baju ayah, si kecil mengulang
"Ayah, ayah. Si kecil dah merdeka. Si kecil dah merdeka."

Si kecil menarik baju ayah cuba mengajak ke biliknya tanda ingin menunjukkan sesuatu. Si ayah terpinga-pinga. Tapi perlahan-lahan melangkah ke bilik si kecil dengan hujung t-shirt masih dipegang si kecil.

Bila si ayah masuk ke bilik. Ekspresi mukanya berkerut-kerutan dengan peluh dingin mengalir di pipi kanan dekat dengan sisir tepi rambutnya.

Di lantai bilik si kecil, kelihatan budaya kuning Sponge Bob & Squarepant serta Big Bird's Sesame Street berkecaian, dan hampir memenuhi lantai dengan isi 2 anak patung yang dibelinya seperti pasir yang bertaburan di tepi pantai.


Sekaligus menukar persepsi si kecil mengenai merdeka.


Saat si kecil menerima penampar Jepun pada 31hb Ogos.


Yang si kecil ingat sudah lama tiada sejak zaman nenek moyangnya.


Yang pasti si kecil ingat sampai ke tua.


Pasti.



11 comments:

Anonymous said...

"Di lantai bilik si kecil, ............ anak patung yang dibelinya seperti pasir yang bertaburan di tepi pantai."

maaf encik.plagiarisme berlaku disini.

A k i said...

En Katux, cerpen yang sungguh comel. tak tahu pulak Katunx turut cenderung dalam bidang penulisan. Keep on writing!

'Aqilah
http://nuraqil.iluvislam.com/

Anonymous said...

cute lah! nice...

bluecrystaldude said...

bes2.. leh ar start wat cerita2 pendek lepas ni. hehe

katunX said...

bz : itu peminjaman ayat, lupa nak buat quotation kat situ...

akira : thanks for dropping by, ini lebih kepada merapu kot..

love-n-hate : ye saya? itu nama panggilan saya..*sengih*

bluecrystaldude : eh, cerita merapu je ni..

takde orang paham kot?

*gelak santa claus*

Anonymous said...

ni mcm pengalaman ko jer katun...ahaha

A k i said...

Oh jika ini adalah merapu, yang tak merapu mesti lebih hebat ye. Oh and a'ah KISASians. En Katunx dulu KISAS juge ke?

'Aqilah

is-nanie said...

Sponge Bob & Squarepant dan Big Bird's Sesame Street <--- budaya kuning ??!!!

aku tak penah terpikir...

hahaha.. good idea..

katunX said...

mks : er, langsung tiada kena-mengena dengan jisim jasad aku..

akira : sudah hampir lama tidak dipanggil kisasian..

dan kalau yang tidak merapu akan menjadi serius pula..

sungguh unexpected..sungguh..

is nanie : er, lupa hendak selitkan Teletubbies..

A k i said...

oh..maka benarlah bro katunx ini super senior saya...haha

katunX said...

a k i r a : ahaha...siapa kata? *sengih*