Sunday 28 September 2008

- 3 H a r i S e b e l u m R a y a -



8.00 pagi, 28 September.



Aku garu kepala. Kesat-kesat mata yang tidak gatal.

Lagi 3 hari nak raya rupanya. Patutlah macam tak percaya sahaja. Rasa macam minggu lepas baru mula puasa.

Patutnya secara norma masyarakat Melayu, aku sudah duduk di kampung saat dan ketika ini. Mungkin dalam pukul 8.00 pagi belum bangun lagi.

Tapi yang penting, aku sudah tidur atas lantai papan serambi kampung nenek, sambil beralaskan toto lusuh buatan Korea, selimut separa tebal dan bantal buatan tangan nenek. Sepatutnya saat ini, tatkala(langsung tiada kaitan dengan kuih tat) aku yang sibuk memenuhkan jadual waktu tidur 8 jam sehari akan dikejutkan oleh hentakan kaki yang kuat, berdentam-dentum atas lantai papan serambi itu.

Sepatutnya, saat ini, badan kecil tapi sedikit tough, separa cute ini sudah diduduki oleh adik-adik sepupu hingusan saat aku masih dibuai mimpi.

Dan sepatutnya, saat ini, mak, atau nenek, atau mak-mak saudara sudah memanggil nama aku atau sepupu aku untuk keluar ke pasar membeli barang dapur untuk berbuka.

Sepatutnya, aku yang sedang membuat headlock atau mungkin suplex kepada adik-adik sepupu yang duduk atas perut aku saat aku tidur tadi akan terus bangun dan mengemas toto lusuh buatan Korea itu sebelum aku pula di suplex atau chokeslam oleh emak-emak saudara kerana tidak mengemas tempat tidur.


8.00 pagi, 28 September.


Tapi, saat aku bangun. Aku hanya mendengar suara-suara lelaki yang memanggil sahur.

Juga tiada toto lusuh buatan Korea tetapi hanya ada tilam berspring nyaris sejengkal, sebuah sleeping bag yang sudah koyak tepi dan bantal yang sudah lembik.

Atau tidak mungkin housemate aku akan duduk atas perut aku seperti adik-adik sepupu aku saat aku tidur. Sudah pasti aku akan rasa berdebar-debar atau cuak atau hanya melempang spontan.

Dan tiada suara-suara yang memanggil menyuruh membeli barang dapur untuk berbuka, kerana aku sendiri terpaksa membeli kerana giliran memasak hari ni.

Aku pun berkata dalam hati.


*Seronoknya beraya di perantauan*


*Sambil mengesat lelehan hingus sisa selsema 2 minggu lepas*


Siapa kata air mata?


*Hingus je la.*


*Betul*



*Bulan puasa, takkan nak menipu.*






13 comments:

Anonymous said...

lame x komen blog ko..

Atau tidak mungkin housemate aku akan duduk atas perut aku seperti adik-adik sepupu aku saat aku tidur. Sudah pasti aku akan rasa berdebar-debar atau cuak atau hanya melempang spontan.

aku suke part nih..haha..

Anonymous said...

sgt kelakar,sgt mengiburkan dan sgt mengiurkan....anda layak ke pusingan seterusnya

shahril ramzi said...

atau tidak mungkin tabizi yg duduk di atas perut engkau saat kau tidur. Sudah pasti tidak terasa apa2 kerna terlalu ringan..tapi kau lempang juga..

Unknown said...

kesian... berhingus...

we should do a livefeed open house event. Malaysia and Aussie. Pasang webcam and raya beyond geographical borders. :D

gorie said...

benarkah hingus? atau mungkin air sirap bandung?

Anonymous said...

atau air liur yg disedut balik?yg penting bizi sudah tough...

Anonymous said...

kalo dah tau nk nanges sedeh2 pg ry, knp dtg jauh2 ke sini. kan?

spt kata org melake 'ey balikk leee!'

omarkhayam said...

kepada perantau-perantau...dgr laa lagu dendang perantau. konpem lagi sedey

moon said...

slamat raya katung

is-nanie said...

esok aku sambut raye kat umah je... sbb nenek aku tinggal seumah ngan femili aku.. nk salam tgn mak abah.. nak mintak maap..
then tggu sedare mara datang umah..
hidangkan ketupat rendang... ayam masak merah.. nasi impit.. lemang..
air sirap.. air oren.. air sarsi..
biskut raye... kek lapis sarawak..


eh panjangla pulak..
ok la katun.. aku nak sambung kemas2 umah nih...

slamat berhari raye di perantauan...
maap zahir n batin..

salam lebaran dari tanahair terchenta...

deynarashid said...

eid mubarak!!

bluecrystaldude said...

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. huhuu

katunX said...

matley : oh, lama juga tidak menanya kabar kamu...Selamat Hari Raya

raja lawak : ah, terima kasih,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juri...hakim...bla..bla...lalala..

shahril : mungkin juga tidak kelihatan atau seperti ditindih jin...harus membaca ayat kursi 3 kali sambil melempang..

xxeemm : er, livefeed, bulih2, sila sewa satu conference room dekat KAED ye?

gorie : bukan, cuma air jus mangga jenama Just Juice..

peminatbizi : bukan, cuma...(sila baca komen di atas)

dalina : mana ada nangis? mana ada kan?

omarkhayyam : lebih baik dengar album tangkap nangis, kalau tidak boleh saman pengeluar album itu..

moon : selamat hari raya datin..

is-nanie : adakah description itu disengajakan? adakah akan timbul cemburu di hati aku?

ikuti kisah telenovela ini..

Selamat Hari Raya

sofea rush : Happy Eid Mubarak..

bluecrystaldude : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.