Saya sebiji mata.
Sebiji bola mata kanan.
Saya dianugerahkan sebuah kawan iaitu mata kiri. Kami dianugerahkan kepada tuan yang agak cute tapi kurang hensem ini.
Setiap hari kerja kami melihat kawasan sekitar tempat didiami tuan kami serta menatap skrin komputer.
Kami sering melihat permainan komputer ataupun movies.
Tapi tuan kami juga sering membawa kami berjalan-jalan.
Kami selalu melihat manusia, ataupun homosapien berjalan-jalan di bandar mahupun di pantai ataupun cuma di kedai depan rumah.
Kelebihan tuan saya, dia gemar menggunakan saya untuk melihat benda-benda yang indah dan cantik.
Lebih-lebih lagi kalau manusia yang cantik.
Kadang-kadang bola mata saya ditujukan kepada muka. Kemudian.....
*ah, malu saya untuk menceritakannya*
*hikhikhik, gelak saya keseorangan*
Tapi jarang saya berkelip. Saya mahu tuan saya menikmati pemandangan itu sepenuhnya. Saya gembira kalau tuan saya gembira.
Suatu hari. Saya bangun pagi sambil mengalirkan air mata dan sedikit kumuhan. Pelik. Tapi, kemudian, saya dengar.
Tuan saya sudah tidak sayang saya lagi.
Katanya, "rasa mahu mengorek saya keluar".
Saya begitu sedih. Sedih yang amat.
Tapi nasib saya baik. Tuan saya rupanya mahu menghadiahkan saya dengan mandian segar.
Saya dibasahkan dengan air yang sejuk dan nyaman setiap 3 jam.
Rupa-rupanya, tidak sia-sia saya berkawan dengan ketumbit.
Sekarang tuan lebih menyayangi saya.
Sekarang saya sudah lebih disayangi daripada mata kiri.
*Senyum.*
Terima kasih ketumbit.
19 comments:
ngeh2..jagala mata anda..
best2..!!! pnceritaan ttg mata yg sgt best!! selamat blik msia!!
hehehe..lame ko x update..ada ketumbit rupanya..pasti sukar tuk ko menaip blog time tu..hahah..slamat pulang! bwk blek epal weh
hohhhhhhhhhhhhhhh. hi mata kanan xD
hng sekodeng aborigin kah?
Siriyesli saya baru baik ketumbit tp mata kiri.
cute~
=D
penceritaan diolah amat baik sekali. lame tak nampak? ko dah balik malaysia eh?
apakah sebabnya ketumbit itu terjadi?bolehkah saudara jelaskan dgn lebih lanjut..
thanks bro sal camera
ain : uh, sudah menjaga, tapi ini semua si bola mata kanan punya pasal...
yuha : "terima kasih"(sambil mengenyit) kata bola mata kanan...
zephyred : langsung tidak susah hendak menaip, tapi kalau hendak mengusha..*sigh*
fara : "hi awak" kata mata kanan sambil mengenyit..
akhmaremily : ketumbit itu milik saya, kata mata kanan...
shafiq laiho : nyaris aku menskodeng mereka, tapi apakan daya, rupa-rupanya gadis berkulit putih...
neem : oh, oh, mahu berkenalan dengan mata kanan saya?
eclaire : "ye saya" kata tuan mata kanan sambil tersipu-sipu..
achmal : oh, sudah tiba di Malaysia, dengan bola mata kanan juga..
sha_h : erk? sila tanya bola mata kanan...
aish...bace entry makes me terkenangkan balik memory last 10 yrs ago...was when i'm in standard 5...my 1st time learn how to write a autobiography essay....huhu....ade citer besh disebalik citer itu
sbb ape ketumbit ek, ngeh2..autobio gle
haa :) this is better than 'basah'!
*ketawa sambil tergolek dog
farhana : sebab saintifik dia adalah, mengintai awek pastu kuman masuk mata...
aqmaal : oh, mengetawakan orang sakit? (nasib baik sudah tidak sakit)
blog_walker : oh, dan sebab terkenang itu juga saya menulis begini...jadi boleh dapat A cikgu?*sengih*
ketumbit di pipi pule bagaimana?
cian katun. jgn sedih2 ok. dekat mesia ke aussie ni katun?
bz ; ketumbit pipi tidak apa kerana janji kulit tidak hitam..(eh?)
moon : tidak sedih, sudah sembuh pun dan sekarang masih selamat di malaysia lagi...
Post a Comment