Kesat. Mengesat mata yang berpisat-pisat.
Terkebil-kebil.
Aku duduk kaki melujur atas tilam nipis kurang sejengkal tanpa cadar.
"Damn"
Basah.
Ini yang paling aku tak suka kalau bangun tidur basah.
Kalau bantal basah dengan peta rekaan itu aku faham. Aku masih boleh pura-pura menghirup sisa-sisa yang masih melekat pada tepi bibir. Walaupun tidak semanis menanam tebu di pinggir bibir, tapi tidak mengapa.
Tapi basah yang ini sukar sikit.
Leceh.
Mesti ramai orang tidak suka. Malas. Penat. Letih.
Sambil jari memegang bahagian basah itu.
Mengesat-ngesat pangkal.
Pangkal yang masih basah.
Pangkal hidung.
*oh!*
Yang tidak berhenti mengalir sejak beberapa hari lepas.
Oh, lecehnya.
*selsema*
*mengeluh sambil mengesat-ngesat hidung*
18 comments:
typically bloddy marvelous piece of shit...this is insane
hahah... crap, its just crap
bz : oh, kamu dari UK ke encik?
afif : aku memang suka buat crap...di tandas...
karya bangang
Oh, tgh tido pun bleh meleleh? get some vit C, man.
sir ikang : eh?*garu kepala*
neem : oh, on my way to do that...
nice. suspend. but nice ^^
leceh kerrr
sian, byk ingus
aqmaal : suspen ke? eh?
dalina : sedikit leceh, tapi saya masih hero...
moon : bukan sahaja hingus...kalau hingus itu mengering....
ish . tatau lah, cam2 sudah dipikirkan
dude, masih ber'hingus' kah? sudah kering update lah. hehe
wah2..ganasla karya
akhmar : sila jangan macam-macam saudari...
stranger : sudah lama kering sehingga perlu membasahkannya semula...
ain : ganas? tapi ini bacaan umum saudari..
aku selalu gak jd mcm ni. tp buka hingus... er er er... how to describe ek?
sy add blog ni dlm blog list sy ye senior katun..n ur flickr photostream juga..sbb sgt kagum dgn gamba2 tuh
hahaha, bungek gle post ini, best2, haha~
faisal admar : tiba-tiba aku rasa berdebar-debar...
ain : ye, silalah add, biasa-biasa sahaja gambar itu...terima kasih
farhana mohamed isa : oh, bungek tetapi best...apakah gerangannya itu?
Post a Comment