"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Wednesday, 12 August 2009
- m a s a d e p a n -
Tengah malam.
Aku baring. Sleeping bag separuh tersarung di badan.
Aku tenung siling rumah lama-lama. Kalau aku ada kuasa bulan, mungkin akan menghukum mu. Ok, bukan. Itu cuma pepatah cerita kartun Sailormoon edisi alih-suara. Aku tenung siling macam nak tembus. Tapi aku pun bukan Superman. Jadi aku tenung sahaja lah, tidak tembus-tembus.
Kepala ligat berfikir. Macam-macam benda. Maklumlah, sejak muda dan tidak bekerjaya ini. Bukan ada benda sangat ingin difikirkan. Jadi, masa hendak tidur barulah hendak terfikir, kan?
Masa depan. Kerjaya. Balik Malaysia. Jodoh.
Iye, jodoh. Biarlah.
Aku yang nak fikir.
Tapi bukan sahaja pasal jodoh. Aku cuma berfikir dan bercampur-baur antara semua ini. Masa depan. Kerjaya. Balik Malaysia. Jodoh. Kahwin. Tak kahwin. Kerja. Tak kerja. Balik Malaysia, tidak balik Malaysia.
*huh* Aku hembus nafas kuat.
Aku tarik sleeping bag yang di pinggang, sampai menutup muka. Sudah macam kepompong. Metaforanya, mungkin akan keluar jadi rama-rama yang cantik selepas habis berfikir. Mungkin akan dapat keputusan yang tepat untuk diri sendiri. Jadi,aku cuba fikir dalam-dalam lagi. Cuba fikir dalam gelap. Cuba fikir dalam "kepompong" sleeping bag.
Jauh dari cahaya lampu kalimantang di siling rumah. Jauh dari samar-samar cahaya monitor dari 4 buah komputer dalam rumah ini.
Aku fikir.
Fikir lagi. Runsing benar jadinya.
Aku cuba fikir lagi.
Masa depan. Kerjaya. Balik Malaysia. Jodoh.
Tiba-tiba aku berhenti. Berhenti berfikir.
Dan aku menyesal.
Memang patut menyesal.
Menyesal sangat.
Sebab, jangan melepaskan kentut dalam kepompong sleeping bag kalau ditutup sehingga ke muka.
Jangan sekali-kali.
Ingat.
*Busuk benar. Cis.*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
ko perlu bocorkan sedikit sleeping bag ko. untuk laluan kecemasan
dan juga perlu bocorkan sedikit di bahagian depan
uit..sendiri punyer tu..hahahahaha
fira : kalau dibocorkan nanti sejuk pula...?
bz : di bahagian depan untuk keluarkan apa tabizi? *ehem*
ctee mars : tidak mungkin orang lain yang punya dalam satu sleeping bag, kan?
tak perlu bocor..aku da layan bau kentut sendiri di dalam sleeping bag..
*siiiiiip* *aaaaah* *ugh*
nasib bek kt aussi tsebut xda petai..
hahahduyai..
karikatur dlm ujang mag yg petai bikin 2 best gak...
aaa!!!tensen2!!!
busuk betul entri kali ni
scraggyatt : uh, kalau ada petai, mungkin boleh membantu membangunkan senjata kimia...kan?
aqmaal : sebusuk-busuk entri ini, lebih busuk entrance ke loji kumbahan...
Post a Comment