Saturday 1 August 2009

- m u d a & t i d a k b e r k e r j a y a -





Sudah berhari-hari, berminggu-minggu, mungkin sudah sampai hendak berbulan aku biar rumah idea, minda, akal aku ini bersarang tidak berjenguk. Blog. Bukan aku tidak mahu buka. Bukan aku tidak punya masa. Mungkin juga sebab setiap kali bila aku buka, idea itu dia pergi keluar makan dengan rakan-rakan dekat kedai mamak dan tinggalkan aku seorang-seorang merenung sahaja kosong monitor 22" atau 13" komputer riba yang belum tentu aku letak di riba.



Kosong. Lama aku tunggu idea tu, mungkin dia buat reunion dengan rakan-rakan dekat kedai mamak dan terus lupakan aku. Darn it.


Jadi terus sahaja aku melencong dan update status di facebook.



Dan terus berbiar kosong ruangan blog ini. Pusat latihan akal aku merapu dan melontar luahan orgasma fikiran sendiri yang kalau aku suarakan pada orang pun, belum tentu orang mahu dengar.


Blog ini juga luahan hati aku, mana tahu ada yang berkenan dengan penulisnya. *ehem*



Iye tidak ada. Tidak apa. Aku sedar juga diri sendiri.



Bila aku selak tulisan lama dalam blog. Aku teringat pahit manis masam ketiak aku dan letupan sendi-sendi jemari mengupdate blog ini saat sibuk dan tidak sibuk. Sudah hampir 2 tahun aku bersama blog ini.


Mungkin tidak ramai yang membaca. Tetapi yang membaca, saya sayang kamu semua. Seperti lagu nyanyian Fauziah Ahmad Daud dalam lagu "Sandarkan Pada Kenangan". Kalau tidak tahu, sila lah taip ON MUZIK dan SMS ke telefon bimbit aku. Nescaya tiada balasan.


Jadi aku cuba. InsyaAllah. Luangkan lebih masa untuk blog ini. Untuk orgasma minda dan idea aku. Untuk santapan anda-anda yang membaca seperti suratkhabar BACARIA.



Dan untuk aku selak dan baca balik.


Dan gelak seorang-seorang.



Sambil makan coklat.




Oh, dan iye. Sekarang aku graduan dan tidak berkerjaya.





Wohooo....*menjerit ketiadaan wang-an*








18 comments:

Anonymous said...

congratulation. bittaufiq wannajah with the job seeking.

sdhouse said...

wei,dah balik mesia ka?

scraggyatt said...

hahaha!!!
i jst luv it!!!
u r not only gud in photo but in blogin' also!!
cool man!!
(poket dh kempis..tak de uwet gak~)

gorie said...

sebenarnya saya dah lama minat dgn penulis blog ni.. *blushing*

achmal said...

graduan tidak bekerjaya tapi pandai mengambil gambar
boleh juga mengisi poket yang kosong wahai saudara.

katunX said...

anonymous : shukran, insyaAllah akan dicuba...

shah_h : er, belum, masih membuang masa di Australia...

scraggyatt ; selain itu, saya juga pandai bermain teng-teng dan congkak...terima kasih

gorie : iye ke...*blush*, ada no tepon?

achmal : kalau pandai diambil gambar bolehkah cari duit juga?

FarA said...

wah. rupa-rupanya, seorang graduan. tahniah :)
dan sekalung rantai bunga orkid untuk di bawa bersama mencari kerja :)

katunX said...

fara : terima kasih, sila hantarkan kalung ke rumah saya ye...sekian

cteemars said...

huhuhu..tahniah..n good luck gak for job seeking.. :)

Anonymous said...

selamat mencari kerja!
bole la dengar lagu muh-kerja!!!
la..la...la...

bz said...

bertahun2 aku menunggu ko update blog ni..tido tak lena,mandi tak basah..tapi itu semua sudah berlalu...terima kasih pawa root

FarhanaMohammedIsa said...

wah...tahniah..nk kje obersea ke

katunX said...

ctee mars: terima kasih, saya terharu seperti haruan...

anonymous : oh, ada mp3 bulih download? lagu muh-nganggur ada?

bz : eh, janganla...*blush*

farhana : wah, terima kasih, tidak tahu...tiada matlamat lagi, macam mana?

FarhanaMohammedIsa said...

kje la kat oberzea, cm best jek..korg kan hebat2 belaka..tp nk lepak2 dlu pon bole..

sampai dah papa kedana

Anonymous said...

pandai berjenaka ye??
suruh 'muh' buat lagu tanam anggur lah.Pasti enak di dengar!:-p

katunX said...

farhana : itu lah, mana-mana ada rezeki, insyaAllah...

anonymous : eh, takdela, jenaka tu apa? itulah, mungkin enak lagu tanam anggur tersebut...seperti anggur itu jua

Ms. Nuur said...

hey hey, saya seorang graduan dan bekerjaya, wohoooooo!!! *kenyit mata*

katunX said...

aqmaal : shadap...pergi main jauh2...