Beberapa bulan yang lampau :
Balik kerja lewat malam.
Memang emak selalu pesan." Jangan balik kerja lewat. Jangan duduk seorang-seorang dalam pejabat. Kalau buat kerja. Esok pun boleh sambung." Tetapi kerja banyak. Ada presentasi yang perlu disegerakan.
Lagipun, masih ada 3 orang dalam pejabat. Jadi, aku tidak kisah sangat pesan emak saat itu. Yang penting, kerja mesti siap. Dasar anak tidak dengar cakap.
Pukul 10.40 p.m. Aku sudah kemas-kemas meja. Rakan sepejabat pun sudah bersiap-siap untuk pulang. Bersih-bersih lukisan. Shut down komputer. Cek suis lampu satu pejabat kalau tidak mahu bos bising esok harinya. Kalau tidak bos pasti berkata :
"Bugger!. I told you to check and make sure everything are off before you leave the office. You never listen. Everything went through your left ear, went out the other way!!"
Bugger. Bukan bloody. Yup. Ok lagi kot.
Settle. Semua sudah di tutup.
Pukul 11.00 p.m
Salam-salam mesra dengan kawan sepejabat. Aku memandu pulang kereta Kelisa. Buka radio. Pasang CD lagu-lagu menyentuh perasaan lelaki bujang. Menyanyi dengan suara yang mengikut tempo dan pitching yang disediakan. Betul. Aku tidak tipu. Sambil memandu dengan berhemat dan melupakan sekejap hal-hal kerja.
Agak-agak pukul 11.30. Aku sudah sampai pintu rumah. Kunci kereta. Baca ayat Kursi sebelum masuk rumah. Itu pun emak selalu pesan. Bagi salam. Tapi aku rasa, semua dah tidur. Tidak apa. Yang penting cukup syarat bagi salam.
Naik atas.
Aku jengah bilik aku. Masuk. On komputer. Cadang mahu sambung sikit kerja di rumah. Sambil-sambil salin baju, basuh muka, gosok gigi. Hendak mandi, sudah lewat sangat. Angkat tangan ke udara. Bau sedikit ketiak. Masih wangi deodoran. Sesuai untuk tidur. Tidak mengapa.
Aku jenguk jam. Sudah pukul 12.00 a.m.
Tapi sebab aku sudah teguk Redbull. Jadi aku sedang seperti seladang. Sambil menyondol-nyondol kepala pada monitor. Salah. Langsung tidak. Aku cuma buka fail-fail kerja dalam komputer. Sambil duduk bersila. Kerana meja aku terletak di bawah paras lutut atas sikit daripada paras rupa.
Tiba-tiba.
Aku rasa tidak selesa. Tingkap semua tertutup. Aku masuk bilik pun tiada bau apa-apa tadi. Tetapi aku bau bangkai. Aku cuak sikit. Aku tarik nafas lagi sekali sambil hidung aku lebarkan seluas-luasnya. Memang sah bau bangkai. Aku jenguk kiri kanan. Cari punca.
Memang sumpah I tak tipu U dalam percintaan, tiada langsung punca. Bilik aku memang tiada tikus. Cicak pun tiada. Apatah lagi binatang-binatang berkaki empat dan dua yang lain. Aku berkaki dua. Tetapi langsung bukan binatang.
Soalan selingan. Bau bangkai dalam bilik anda pukul 12 tengah malam. Apa reaksi anda?
Sedar tidak sedar. Bulu roma aku sudah meremang. Sudah macam pokok-pokok hutan FRIM tegaknya bulu roma tersebut.
Aku bangun. Pergi pintu bilik. Aku buka luas-luas. Aku gerak, duduk di sofa luar. Buka televisyen. Aku baring sambil terkumat-kamit baca ayat Kursi. Cancel plan hendak sambung kerja. Sebab berapa minit sahaja aku baring, sedar-sedar sudah pukul 5 pagi.
Sehari selepas kejadian.
Aku pergi pejabat macam biasa. Kes malam sebelum tu aku senyapkan sahaja. Ye, aku tipu. Aku tidak senyapkan. Aku luahkan perasaan pada emak. Seperti biasa, emak pun meluahkan perasaan tidak puas hatinya kerana aku yang balik lewat malam.
Ok, terkena aku. Tidak apa. Itu tanda emak sayang. *wink*
Tidak mengapa. Aku pulang awal sedikit hari ini.
Pukul 9.00 p.m
Aku jengah bilik aku. Masuk. On komputer. Cadang mahu sambung sikit kerja di rumah. Sambil-sambil salin baju, basuh muka, gosok gigi. Hendak mandi, sudah lewat sangat. Angkat tangan ke udara. Bau sedikit ketiak. Masih wangi deodoran. Sesuai untuk tidur. Tidak mengapa.
Aku cuma buka fail-fail kerja dalam komputer. Sambil duduk bersila. Kerana meja aku terletak di bawah paras lutut atas sikit daripada paras rupa.
*Ye, dua perenggan di atas adalah ayat copy dan paste daripada kejadian sebelum ini.*
Kali ini lagi sekali bau bangkai. Dengan beberapa anak lalat kecil bermain-main riang di monitor komputer. Ok, ini sudah lagi sekali pelik. Aku hidu lagi. Bau memang sangat dekat. Dekat dengan hati. Pun bukan. Dekat dengan komputer aku.
Ada satu beg. Atas meja aku. Sekarang bulan April. Beg daripada bulan Mac. Beg hadiah pergi kenduri kahwin. Ada bunga telur. Dengan telur. Sebab nama dia bunga telur. Iye. Aku sudah letak sebulan atas meja aku.
Sebulan. Baru aku perasan.
Rupanya telur busuk pun boleh bau bangkai.
Lain kali kalau kahwin, tolong bagi bunga coklat ye? Boleh. Supaya aku tidak cuak malam-malam.
Terima kasih. Tuhan berkati kamu, insyaAllah.
*wink*
17 comments:
unsur saspen dan kopi pes (copy paste)
haha aku suka!
ok bunga coklat untuk kau kelak.
*wink juga*
ya Allah kalau dah sebulan telur tu, mmg bau bangkai tahap teruk lah kan.
eeeeuuuwwwwwww.
macam nak muntahhhhh!
fara : *wink*, terima kasih, bila ye tarikh tu? boleh post awal ke? eh?
drunbella : euwwwww, kan, euwwww sangat, ketiak deodoran pun wangi lagi...*wink*
itulah katun....lainkali cube alert dan kemas2kanlah meja di ofis...wakakka
Mr Katun...mesti x pnah kmas blik tdor nih, sbb tu x perasan ade telur busuk atas meja..ha3 :p
Rajin2lah mengemas. Slmt beramal. :P
adda : er, ini dalam bilik rumah saya...eh, kat ofis pun ada bunga telur...*eh!!*
miss lullaby : kemas bilik tidur pernah, tetapi kemas telur busuk saya tak pernah...sumpah...~~
rutin setiap malam sebelum tdo. Angkat tangan ke udara, bau sedikit ketiak. Yang Ini memang cool. HAHA~
balik pukul 11 x mandi.
balik pukul 9 pun x mandi.
patut la berganda2 busuknya.
hehe, jgn marah.
najlaa raihana : cool kan? ingin jadi cool seperti saya? nak kan? kan?
nia : eh, tidak apa, bau kelelakian, dengar cerita wanita suka? hurmmm...
len kali suh mak masak sambal pedas telur rebus..xdelah membazir telur tu..kan? kan?
aigoo..begitu rupanyer....xper mungkin sibuk, maka dimaafkan..hohoho.. *eh tetiber..
makkkkkkkk!!saket pewot aq gelak guleng2..xpasal2 mmbe umah sewa nih ckp aq mereng gelak guleng2 penuh 1 hall nih!!adoyay!!hahahahahah!!
(^^,) : itu lah, lenkali kalau dapat bunga coklat, memang sudah tidak bagi kepada emak...hurm..
ctee mars : eh, tiba-tiba saya pun hairan...
scraggyatt : jangan guling penuh satu hall, sila minimumkan dengan berguling setempat...
hahahahhaha lagik~ :D
Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment