Sunday, 28 March 2010

- m e n a i p e a r t h h o u r p a d a t a j u k -



Earth hour.




Orang ramai mungkin berpusu-pusu berkumpul. Mungkin hendak lihat earth hour. Ingin hayati dan hargai bumi.


Penuh dengan kereta tadi. Mungkin sebab hendak sambut dan tengok Earth Hour. Sambil bawa kereta yang consume minyak bumi.


Dan bawak beg plastik berbondong-bondong hasil barang hendak berpiknik tengok Earth Hour. Plastik yang belum tentu dapat recycle balik dan tidak dapat langsung dihadam oleh perut bumi kalau ditanam.


Kalau duduk rumah, nyala lilin sebiji, kipas berdiri satu. Mungkin lagi efficient. Tanpa perlu gerak kereta dan beli barang bubuh dalam beg plastik berbondong-bondong.


Kan? Sambil tengok kotak TV gelap tanpa perlu menghidupkannya.




Baru lah earth hour.



Eh, ke bukan? Ke kena tutup lampu dan keluar piknik?



Hurm.




--------------------------------------------------




1 jam bergelap untuk bumi.


Setelah berjuta-juta tahun, mungkin billion tahun bumi berbakti kepada manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan Kamen Rider.


Cuma satu jam. Satu dunia. Semua bangsa, semua manusia beragama.


1 jam sahaja. Dalam setahun.



Dan.



Satu jam juga dalam hidup aku selama aku hidup 26 tahun.



Makan ayam Nando's di Alamanda, Putrajaya dalam gelap. Tanpa lilin atas meja. Cuma malap-malap lampu daripada dapur Nando's.




Jangankan ayam.




Malah, berapa harga bil pun aku tidak nampak.






----------------------------------------------



Aku tidak salahkan Nando's.



Aku tidak tahu hari ini earth hour. Maaf.




Selamat bergelap dunia.





Selamat Earth Hour.






p/s: sila padamkan telefon bimbit anda sebelum solat. barulah Allah hour. kan?




6 comments:

Miss Lullaby said...

Erm..konon2 earth hour tp stil ramai yg x tau or buat2 x tau...

En. Kamen Rider, tq sbb jd reminder tok Allah hour.

cik purple said...

heheeh..ketika earth hour sejam itu aku pn ZZzzz....selama 10jaM..sedar2 kol 6 pg...hehehe..

katunX said...

miss lullaby : eh, saya tahu, tapi buat-buat tak tahu boleh?

sama-sama kasih...

cik purple : erk? tidur? 10 jam...*jari ibu ke atas*

FarhanaMohammedIsa said...

aik..xkn alamanda pn ade earth hour, xtau la pulak smpi cmtu sekali, haha..

pesanan ringkas Allah hour mmg sering dilupakan, satu cara yahudi mmbawa masuk muzik ke alam solat

Shafique Laiho said...

rindu abam hanawarul hakim.. :(

katunX said...

farhana : eh, kamu orang putrajaya kan? kan? sila kaji lebih sikit pasal putrajaya...pftt..

shafiq bleki kun : oh, rindu kamu juga encik laihooo...mari outing ambil gambar lagi