Monday, 22 March 2010

- m e n a i p r i n g k a s p a d a s k e m a j a w a p a n -

Belajar.


Selalu orang pesan. Melentur buluh dari rebungnya. Mesti bermula daripada kecil. Senang diajar. Hati terang. Mudah masuk ilmu.


Kalau tunggu sudah tua. Baru hendak sambung ijazah. Baru hendak sambung diploma. Mungkin agak sukar. Tetapi insyaAllah. Mesti ada jalan, kalau ada kemahuan. Macam ada lebuhraya kalau ada Samy Vellu.


Tapi. Sudah belajar, makan masa pula. Itu pun belum tentu pandai. Sekurang-kurangnya, makan masa bertahun-tahun. Sudah graduate, makan masa pula hendak belajar mencari pengalaman kerja.


Sebab, semua benda bukan ada dalam buku teks. Kan? Ke buku rujukan? Ke buku skim pinjaman bantuan buku teks?


Entah.


--------------------------------------------------


Jadi.



Rasa-rasanya.



Kalau sudah tua, baru hendak kenal Tuhan. Hendak kenal iman.


Sempat ke?


Ke kena mula sekarang kot?



kan?



kan?




Sedangkan para ulama' pun makan masa bertahun-tahun untuk capai ke tahap itu.



Ini kan pula kita yang biasa-biasa ini.




*oh, kalau kamu biasa-biasa lah, macam saya. Kalau tidak, saya minta maaf.*




*Macam lagu P.Ramlee, "Maafkan Kami".*




Wallahualam.




Fikir sendiri. Sebab sudah tentu yang mampu baca blog sudah melentur buluh daripada rebungnya kan?






..........................






Ok.




Aku kenal rebung masa darjah 4 rasanya.




Aku rasa lah.







..........................










9 comments:

Anonymous said...

yeha! ada update pun.

moon said...

zzzzzzz

katunX said...

tolaughoftenandmuch : yiehaaa...eh? untuk apa?

moon : adakah lame entry ini? iye saya semakin lame...

FarA said...

rebung. lembut dan enak

Anoneemus™ said...

Di mana ada lebuhraya, di situ ada tol.

katunX said...

fara : rebung masak lemak satu please...kurang garam ye

anoneemus : di mana ada tol, di situ ada penjaga tol...?

zaf_afi said...

waaaaa,,,terasa insaf jap...huuu

Miss Lullaby said...

"Melentur buluh biar lah dr rebung"- Itu pun klu tukang lentur tak terlentur msa jd rebung dulu.hu3~

katunX said...

zaf afi : eh, insaf jangan sekejap, insaf perlulah dikekalkan seperti mengekalkan taraf kewarganegaraan bagi rakyat dengan dua warganegara...oh ok, panjang sangat...

miss lullaby : kalau tukang lentur dah terlentur masa jadi rebung, maka perlulah melentur pokok rambutan ke, durian ke...