Hari Jumaat.
Setiap kali hari Jumaat, aku rasa gembira. Gembira sangat. Maklumlah, bagi orang bekerjaya mahupun tidak, hari Jumaat adalah hari terakhir dalam jadual kerja. Kemudian, hari sabtu, hari ahad. Cuti.
Mungkin juga aku rasa gembira, kerana kedatangan hari yang disebut penghulu segala hari. Hari yang dimuliakan dengan pelbagai macam amalan sunat. Hari yang ada solat jumaat.
Errrr...
Dan hari yang waktu rehat lebih sejam. *wink*
Tapi adakah anda tahu fakta-fakta lain mengenai hari jumaat yang tidak anda ketahui?
Hari Jumaat.
Lebih ramai orang di masjid daripada solat fardhu? Itu anda sudah tahu kot. Buat penat sahaja aku menaip nanti.
Hari Jumaat.
Lebih banyak wang derma di masjid daripada hari kebiasaan. Itu pun anda sudah tahu kot. Anda yang menderma kan?. kan?
Hari Jumaat.
Lebih banyak bil-bil air yang perlu ditanggung oleh pihak masjid kerana sesi mengambil wudhu' oleh kebanyakan orang seperti pili bomba memadam api. Itu pun anda sudah tahu kot? kan?
Jadi sekian sahaja.
Kerana saya rasa semua fakta tersebut anda sudah tahu. Ke tak? Tak tahu. Mungkin tak kot? Sebab setiap jumaat pun macam itu.
Entah. *wink*
Selamat Hari Jumaat.
8 comments:
Jumaat hari yang menarik. Untuk berjumpa rakan2 yang selama ini terlampau busy berkerja/belajar :)
tapi mengapa rehat hari jumaat di firm saye sejam saje, kenapa bos kenape? kerana, mereka xsolat jumaat ;( ye, sy pn xsolat jumaat..
bluecrystaldude : memang menarik, seperti minum teh tarik...
fhana : oh, kenapa kami rehat sehingga 2 jam? kenapa bos? kenapa?
Selain itu, hari Jumaat juga hari persekolahan sesi petang yang paling pendek. Yayy!
Tadi saya pergi karouk lepas solat zohor. pada pukul 3.00pm berduyun2 lelaki berkemeja keluar dari situ.
hari jumaat..hari memborong makanan di pasar pagi Teluk Ketapang..satey + murtabak + keropok lekor + air tebu + coconut shake..lazat~
('',) said...
hari jumaat..hari memborong makanan di pasar pagi Teluk Ketapang..satey + murtabak + keropok lekor + air tebu + coconut shake..lazat~
<<<arhhh sedapnyeeeeee!! coconut shake oh keropok lekor murtabak aaa lapa lapa
aqmaal : yeay, hari persekolahan, eh? kenapa pejabat saya tidak begitu?
anoneemus : oh, karok sekarang ada buat solat jumaat kot?
('',) : pasar pagi? ada pasar pagi? eh? pasar pagi? bukan pasar tani?
aleng : lapar kan? sedapnya coconut shake...hurm, sedapnya...apa, kat sini RM2 je?
Post a Comment