Wednesday, 14 July 2010

- d i a & i r o n m a n -

Ironi.


Bukan maksud kamu ingin iron baju. Atau pun gosok baju pakai seterika. Atau pun Iron Man. Iron Man 2 pun aku masih belum tengok. Tidak mengapa. Setakat ini tidak pula aku menggelupur tidak dapat tengok cerita tersebut.


Ironi.


Bila aku tengok fesyen sekarang ini. Aku harap fesyen. Sebab fesyen selalu berubah. Kita lahir Muslim. Alhamdulillah. Aku yakin, kebanyakan bangsa Melayu berstatus Islam pada kad pengenalan. Walaupun aku sedar mungkin ramai yang amal dan tidak amal sendiri, itu isu masing-masing. Bukan benda baru.


Yang aku rasa ironinya. Yang bukan maksud kamu ingin iron baju. Atau pun gosok baju pakai seterika. Atau pun Iron Man. Iron Man 2 pun aku masih belum tengok. Tidak mengapa. Setakat ini tidak pula aku menggelupur tidak dapat tengok cerita tersebut.


*iye ayat copy paste. maklumla, nak bagi panjang lebih 500 patah perkataan macam kamu selalu buat dalam assignment, kan?*


Mungkin cuma aku yang rasa atau orang lain pun rasa sama. Itu pun aku rasa setelah ada orang menerangkan kesimpulannya kepada aku.


Aku cuma terasa, apa bezanya kita dengan orang Kristian zaman sekarang. Ironinya orang Kristian, amalan tidak pernah ikut. Tetapi setiap kali kahwin, pasti kembali ke gereja, atau dinikah oleh Paderi?


Kalau seperti kita, Muslim. Mungkin ada yang tidak amalkan apa yang agama suruh. Mungkin ada yang tidak jenguk masjid langsung. Mungkin ada yang pakai seksi dan tidak bertudung di luar. Atau amalan hidup sudah mencerminkan langsung bukan orang Muslim. Tetapi, bila sampai saat berkahwin sahaja, semua berpusu-pusu bukan ke Sungai Pusu tetapi cari Imam, masuk masjid, pakai sopan.


Jadi, kamu pilih ironi ini kah?


Atau iron baju?


Atau aku salah definisi ironi? eh?




Ok, ok. Aku pilih Iron Man 2. Siapa ada download?




Siapa?





p/s: semoga memberi peringatan juga kepada diri saya...insyaAllah


7 comments:

Anonymous said...

ade org kate iman jgn nengok pada ibadatnyer...mungkin semua tuh pura2.. nengok pada perbuatannyer sesame manusia...

org kata laaaa.. bukan aku kata... but maybe we can take a loon on dat side...

katunX said...

anonymous : hurm, boleh kata juga, tapi kerana ibadah yang dijaga patut reflek pada perbuatannya kan, baru sempurna, insyaAllah...

Miss Lullaby said...

Mungkin org2 tu suka men kejar mengejar ngan duniawi. Pastu kne"kejar" kt akhirat, br tau cmne rasa kne "iron".

p/s : Mr katunX, saya dh download, klu nk bayar 5 kupang. Terima kasih :P

katunX said...

miss lullaby : iye, cik, 5 kupang akan di bank-in kan ke akaun tabung haji cik...

Unknown said...

ironi nyer..dah sbb diorg terpaksa..so terpaksa la pakai sopan n p ke masjid klu x diorg x leh la nak kawen..hehe

scraggyatt@yahoo.com said...

yeah!!pringatan utk adeq2 kicik spt saya yg otak kanan igt TUHAN vs otak kiri yg tgedik fkr doniya.. well nampak nya bebola IQ smakin berpusing pantas mengikut garisan khatulistiwa lalu terbabas dan kembali smula ke medula oblongata dan d serahkan kmbali pada serebrum2 logik..maka..goallllll!!(dah msuk final sem-lutut dh pening bhai)

katunX said...

one : kan, ironi kan? macam pakai seluar pendek jalan-jalan, masuk surau cari kain pelekat...

scraggyatt : er, selamat menjalani sem terakhir...