Ramadhan.
Aku cuma harap, aku bawa kereta atas jalan atau lebuhraya, tiada lagi pemandu yang kurang sabar tidak seperti Encik Sapar tauke kedai basikal. Lebih-lebih lagi, harapan kepada diri-sendiri supaya tidak kurang sabar dengan pemandu yang kurang sabar yang akan menyusahkan Encik Sapar, tauke kedai basikal tersebut kerana dikaitkan dengan beliau.
Ramadhan.
Aku cuma harap, aku jalan-jalan atas bumi Tuhan, yang penuh dengan bangunan yang cuba mencakar langit Tuhan, tidak lagi dipenuhi manusia bergelar Muslimah yang masih dengan fesyen ala-ala busana Muslimah, tetapi hanya pada penggayaan tudung berbagai bahasa tetapi bahasa tudung tersebut tidak mampu menutup hingga ke dada. Lebih-lebih lagi, harapan kepada diri sendiri supaya tidak kurang sabar sehingga terjeling dua tiga kali, dan terjeling dua tiga kali. Kan?
Ramadhan.
Aku cuma harap, saff-saff penuh dalam surau kerana solat tarawikh, akan sentiasa penuh setelah selesai bulan mulia ini. Kerana selesai Ramadhan, bulan-bulan seterusnya adalah bukti anda lulus tarbiyyah Ramadhan ini. Lebih-lebih lagi, aku harap, aku yang akan terus memenuhkan saff-saff pada surau atau masjid tersebut. Dan aku lulus tarbiyyah Ramadhan.
Ramadhan.
Aku harap, akan kedengaran setiap tangisan pada setiap rumah pada sepertiga malam. Kerana bangunnya bertahajud, bermunajat kepada Tuhan. Kerana tangisnya akan dosa-dosa. Kerana tangisnya akan rindu pada Tuhan. Lebih-lebih lagi aku harap diri-sendiri akan lebih lembut hati mendengar ayat-ayat-Nya, mendengar hadith-hadith Rasul-Nya. Bukan lembut hati mendengar lagu meragut jiwa kerana cinta kepada gadis tidak kesampaian. Sebab aku harap, cinta aku pada gadis akan kesampaian. Eh?
Dan bantal aku supaya tidak lembut sangat sebab nanti susah hendak bangun. Serius lembut, dua lapis bantal lagi sehingga tengkuk sakit. Iya. Bantal lembut, kali 2. Sama dengan sakit tengkuk.
Ramadhan.
Aku cuma harap, kamu semua harap macam aku, kerana harapan aku dalam bentuk doa. Dan kamu semua punya doa, dan doa aku, aku mohon Tuhan akan makbulkan. Bukan suruh kamu pegi kedai mamak nama Restoran Makbul. Tetapi minta doa kita semua di penuhi. InsyaAllah.
Jadi, kamu harap sama kan?
Hendaknya? InsyaAllah.
Amin.
4 comments:
aminn..
harap nyer semua termakbul..amin
anonymous : amin, terima kasih...
one : insyaAllah, sama-sama la kita berdoa...
insyaAllah, sama-sama la kita berdoa...harap nyer semua termakbul..aminn..terima kasih...
(best gak ghope nye buat keje2 copy paste spt kbiasaan en.katunx..hahah!!sile jgn mara..)
Post a Comment