Thursday 25 October 2007

K i s a h N a m a . . .

"Asal Kejadian"

Aku sejak datang Australia ni, dah banyak kali jugak orang asyik tanya," apsal nama ko katun eh?", "apsal diorang panggil ko katun ek?" atau "ko katun ke anwar?". Mungkin tak ramai yang tahu kenapa, mungkin jugak tak ramai yang nak ambil tahu. Aku pun sekadar orang yang biasa, tapi bila ada orang tanya kenapa, buat aku sedar, ada jugak yang concern. Atau sebenarnya aku sahaja yang berfikiran begitu, tak mungkin diorang semua bertanya sebab concern...aku tahu, ni mesti sebab pelik, jarang nak dengar nama gelaran katun kot?...atau pun sebab sekadar ingin tahu...

Tapi aku tak kisah, bagi aku, memang saat paling manis bila dapat flashback balik dari mana datang panggilan tu. Mesti korang rasa dari zaman aku sekolah rendah kan ?.....Takdela, aku masih dipanggil Anwarul atau Hakim zaman muda-muda dulu walaupun sekarang aku masih muda lagi..."ahaha", aku tergelak sorang-sorang...gila betul...

Dengan tengkuk aku yang masih sakit dek kerana asyik menghadap monitor nak menyiapkan assignment....yang aku pun nak muntah buat assignment nie...lesu rasa badan, rasa nak tidur je...tapi aku tetap menaip lagi...

Kisahnya sekitar zaman aku budak sekolah asrama kat Klang dulu, waktu aku dalam form 5, aku duduk kelas tercorot sekali. Kelas akhir dalam aliran Sains. Aku tahu......

Ini semua hasil berkat ketekunan aku tidur dalam setiap kelas waktu form 4 dulu kecuali kelas Sejarah. Tak pernah aku miss jadual waktu tidur dalam kelas dulu....Aku pun tak tahu kenapa...
Macam automatik otak aku kurang oksigen....aku menguap....aku terlelap...
Aku bangun bila dah abih kelas ataupun sebab terasa tepukan berkat dan berat cikgu-cikgu aku kat atas meja atau badan terutamanya oleh Ustazah Al-Quran & Sunnah....berdentum sekejap kelas....nyaris menghantar roh aku pulang ke asalnya....

Jadi, masa form 5, aku duduk la tercongok kat dalam kelas hujung tu, cuba merangkak-rangkak memahami semua subjek yang aku dah terlepas setahun lalu. Add Math, cikgu perempuan, muda, umur 20-an dan mempunyai potongan badan gitar...lebih-lebih lagi kalau memakai baju kebaya. Hampir semua budak lelaki terjaga mendengar kelembutan suaranya....pelik..
Kalau tidak semua bergelimpangan kepala-kepala di atas meja kelas lagak seperti tumpas di medan perang. Kalau dulu masa form 4 cikgu Add Math adalah cikgu lelaki...fuuhhhh...
Aku siap baring tekup muka atas meja walaupun aku duduk depan sekali betul-betul depan meja cikgu....nasib baik tak berdengkur je. Sekarang bila sudah bergurukan cikgu perempuan muda dan single, rasa berkobar-kobar nak belajar. Biasalah budak-budak lelaki sekolah dulu...

Sehinggalah suatu hari, saat kelas Cikgu Nik Rukis(lupa nak bagitau nama cikgunya), macam biasa dia masuk ke kelas dengan senyuman mesra seorang pendidik sambil membimbit buku teks tebal Matematik Tambahan. Semua pelajar bangun memberi tanda hormat...

"Duduk semua," balas Cikgu Nik Rukis lembut. "Apa khabar semua? Cikgu harap semua dah makan sarapan pagi tadi," tambah dia sambil tersenyum. Siapa yang melihat pasti "berbunga-bunga cinta,"kata Misha Omar.

"Baiklah semua, cikgu nak semua buka buku teks muka surat 131 tajuk Kebarangkalian," Cikgu Nik Rukis memulakan sesi pengajarannya. Tiba-tiba, cikgu Nik Rukis berhenti bercakap. Tangannya yang sedang menyelak buku teks dan pen marker hitam terhenti seketika.
Beliau memalingkan mukanya tepat ke arah aku. Aku yang sedang menyelak lembaran buku teks terkaku seketika. Aku tahu hati aku berdegup kencang...

"Oh, adakah ini dikatakan cinta pandang pertama,"....bisik hatiku...

Tak mungkin......

Padahal hakikatnya aku tengah cuak, cemas...

Otak aku sedang ligat memikirkan apakah kesilapan yang telah aku buat lagi dalam kelas kali ini. Aku menundukkan pandanganku sedikit, cuba lari daripada bertentang mata dengan beliau. Adat orang buat salah, mesti la rasa takut kalau kena tenung...

Sambil tersenyum dia perlahan-lahan bersuara, " Anwarul, saya rasa lama-lama saya tengok muka awak ni kelakar sangat."

"Nampak macam cerita kartun." sambungnya. Aku yang tengah cuak terpinga-pinga...aku ingatkan dia nak cakap aku macho ke apa, alih-alih "kartun" yang keluar. Kemudian dia tertawa kecil, nasib baikla cun cikgu aku ni....

Tapi aku ingatkan semuanya akan berakhir di kelas sahaja.....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kesan Kejadian"

Aku tahu dengan kecorotan markah Add Math masa form 4 memang boleh memenangkan tiket free untuk aku masuk wayang Add Math bersama sekolah...
Wayang tambahan untuk yang "terpilih"...

"Terpilih la sangat aku ni."

Aku tahu hati aku merudum malas...segan.......Venue di dewan terbuka sederet dengan blok kelas aku...

Dewan yang memang terbuka, ada pentas dan tiang-tiang menongkat atap besi dewan tue tapi takde dinding....langsung. Malu la aku bila orang lalu, pandang-pandang siapa yang ada dalam dewan tu. Aku rasa sebab orang mesti cakap..."Oh, ni la group budak-budak "pandai" Add Math tue." Lagi-lagi kalau yang lalu gadis cantik tafsiran naluri kelelakian aku. Ceh, imaginasi liar aku mula memainkan peranan...

Patutla Einstein kata " Imagination is more powerful than knowledge". Siut je Einstein bermain dengan kata-kata, buat aku jadi bangga sekejap dengan imaginasi aku sedangkan ilmu Add Math aku entah ke mana...

Masa hari tayangan wayang tu, aku still datang, sebab memang dah gila kalau tak datang aktivitas-aktivitas anjuran sekolah. Aku dah dalam sekolah ni, mana boleh lari dalam sekolah asrama aku ni. Paling jauh pun lari pegi kedai air soya tepi Petronas ataupun lari pergi bandar Klang ataupun lari setempat dalam bilik.

Yang pasti aku tahu salah-satu pasti menaikkan nama aku minggu depannya.

"Nasib baik cikgu Nik Rukis yang ajar," lega sikit hati aku, sebab dia cikgu kelas aku, jadi aku takdela rasa alienation kalau cikgu lain yang mengajar. Lagipun sedap sikit mata memandang. "Ceh, kau ni jaga sikit mata tu, mana la nak masuk ilmu," siku M (bukan nama sebenar), classmate aku. Aku sengih, sengih yang biasa aku tunjuk bila tak boleh jawab soalan kat whiteboard kelas...

Wayang bermula seiring suara lembut cikgu Nik Rukis melalui corong "telefon mikro" ke pembesar suara.

Aku cuba melekatkan tumpuan sepenuhnya pada tayangan wayang ni, cuba memahami setiap jalan cerita yang ditayangkan, cuba menghayati maksud di sebalik cerita yang diterangkan sebab di awal tayangan ada advertisement...

"Cikgu nak ada sesi jawab soalan di depan, atas pentas depan whiteboard. Cikgu akan pilih orang untuk selesaikan masalah, siapa yang tak boleh jawab, cikgu akan suruh diorang duduk atas pentas sampai soalan seterusnya.."

Aku cuak sebenarnya, bimbang aku tak mampu jawab soalan tu nanti....kalau aku terpilih la kan. Dah 2 sesi sebenarnya soal jawab tu, aku masih lucky aku rasa. Aku dah nampak 2 muka diperkenalkan depan wayang, atas pentas. Sampai sesi ketiga, aku tahu giliran aku dah dekat. Tapi aku tak tahu itu bermulanya sesi baru dalam kisah nama aku. Tayangan kebarangkalian...

Bergema dewan dengan gemersik suara Cikgu Nik Rukis...

"Ok, sekarang cikgu nak 3 orang tolong selesaikan 3 soalan dalam buku ini ye," Sudah 2 orang naik ke pentas selepas ditunding jari oleh cikgu Nik Rukis. Jari putih cantik kemerah-merahan itu nampak begitu mudah menghala ke serata dewan hari ini. Aku tahu ada lagi satu kekosongan pelakon di depan tayangan. Aku susutkan badan kurus aku ke kerusi, kedudukan aku membelakangi cikgu jadi aku harap takkan terlintas langsung bayangan aku dalam benak cikgu.

"Oh, cikgu terlupa, ada lagi sorang cikgu nak panggil." Semua senyap, tekun menantikan sequence cerita. Aku menelan air liur...kalau ada air jus tembikai, dah lama aku teguk saat tu...

"Kartun mana? Kartun.." aku sure tersedak kalau betul aku minum air jus tembikai saat tu. Aku macam pernah dengar kartun dalam ingatan cikgu Nik Rukis tu.

"Anwarul sebenarnya," then aku sedar memang aku sebenarnya. "Saya dalam kelas panggil Anwarul ni kartun, sebab saya tengok muka dia kelakar sangat. Nampak macam cerita kartun."

Muka aku merah rasanya di balik kulit asian brown ni, tapi perlahan-lahan aku bangkit menyiapkan soalan di pentas.

Aku tahu selepas itu aku bukanlah dalam kategori orang duduk atas pentas, tapi aku sedar tayangan wayang wajib sekolah tu yang mewujudkan satu nama yang baru buat aku.

"Ko marah ke cikgu panggil ko kartun?" tegur K (bukan nama sebenar) classmate aku. Aku sengih, aku sedar aku tak marah. Sebab aku rasa senang kerana saat itu la cikgu Nik Rukis akan betul-betul ingat aku. Aku sedar nama panggilan akan buat orang lagi ingat kita.

Walaupun aku sedar maksud nama aku memang baik, anugerah parent aku saat aku lahir. Tertera atas surat beranak, tertera atas Kad Pengenalan aku, tertera atas Pasport aku. Aku hargai nama aku, tapi aku hargai jugak kalau orang boleh kenal aku melalu nama "katun".

Even though diorang tak tahu nama betul aku dan ingat nama katun je. Tetapi at least daripada nama tu akan terbit rasa orang lain nak kenal aku yang sebenarnya. Sebab macam aku cakap awal cerita, siapa yang tanya tue memang aku perasan diorang concern . Siapa tahu, aku cuma berimaginasi je...

Bak kata Einstein " Imagination is more powerful than knowledge"



Ko boleh la cakap macam tu Einstein sebab ko pandai...ceh

4 comments:

Tyazizul said...

salam bro katun..
just to inquire..
where r u studying at?
then?which U will be the best for me?
haha yang ramai org kenal so that i can survive..:)

Tyazizul said...

ok..so i ve made up my mind...
so like mmg have to keje..
basically duk sane..ape yg lain skit dr UIA ek?

supersaiya18 said...

owh~~ ok...

Anonymous said...

salamz, gitu rupenye kisah nama katun ko tuh...aku ada gak kat dewan tuh time cikgu nik rukis panggil nama katun tuh tapi tak tau pulak kisah2 di sebaliknye...
hohoho...