Tuesday, 9 October 2007

p o n d e r . . .

Hari ni hari ke 27 Ramadhan, aku rasa macam terlampau sebentar masa berlalu. Malam semalam malam ke 27, buat aku teringat dan tergelak. Aku teringat kalendar yang diberi di masjid, ada tertulis "Lailatul Qadar : 27 Ramadhan - 8 October 2007".

Tapi aku tahu tak mustahil benda tu, cuma aku rasa tergelak sebab malam yang penuh misteri dan penuh berkat dinyatakan dalam tarikh yang tepat. Tapi siapa tahu? Mungkin benar ape yang ditulis, aku sendiri pun lagi la tak tahu bila malam lailatulqadar tu..

Aku cuba cari, tapi aku tak pasti hati aku cukup bebas dari isian dunia, "ahaha.."aku tergelak. Tapi kemudian aku termenung, aku terfikir sampai bila hati aku akan sentiasa penuh dengan penyakit hati dan beban duniawi. Aku termenung lagi..aku rasa aku banyak sangat menung...

"Riya', rasa diri kita lebih hebat daripada orang lain, bila solat hati melayang," jadi apa guna solat aku sebenarnya? Dalam Al-Quran ada cakap :
" Solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

**ada ulama' berpendapat keji(fahsya') dalam ayat itu merujuk kepada maksiat kemaluan dan mungkar merujuk kepada perbuatan-perbuatan jahat yang lain.

Aku masih buat dosa besar dan kecik, tapi aku masih bersolat. Aku sedar, solat aku bukan sempurna dan mungkin tak sampai hampir pun tahap sederhana. Mungkin cuma sekelumit, mungkin langsung tak bermakna? Aku risau, aku tahu mati itu bila-bila, walaupun aku macam expect lambat lagi, tapi aku takut lambat lagi tu esok sahaja..macam mana?

Aku cuma harap aku dapat betul-betul ubat hati aku, dah sakit sangat dah ni. Penuh penyakit hati, ada ke patut...aku termenung lagi..

gila betul termenung ni..

No comments: