Entah semalam atau kelmarin aku ada terbaca cerpen pendek dalam blog Suboh , housemate aku kat Australia ni merangkap bekas budak bilik aku zaman era universiti sekitar tahun 2006 dulu. Cerpen ringkas pasal kawan, sahabat, teman, friends atau pang yau bak kata Chinese kat Petaling Street saat diorang offer cd atau dvd yang dah tentu atau tak mungkin langsung keluar wayang Malaysia.
Cerpen ni memang kena betul batang hidung aku, sampailah aku tahu dari Suboh yang member aku dari Malaysia yang forwardkan. Dia kata khas untuk aku...
"Dia suruh aku forward bagi ko baca." Suboh cakap.
"Memang patutla aku rasa macam terkena kat batang hidung aku je...ceh"
Saat aku baca tu, aku betul-betul flashback zaman aku lepasan graduan sekejap dulu, zaman aku berkerjaya. Saat-saat aku menjadi seorang in-house interior designer. Memang time tu aku macam kembali ke zaman persekolahan. Sedikit bosan sebab jadualnya...
Sedikit suka sebab kebebasannya...
Memang zaman persekolahan yang seronok, bangun seawal 6.00 pagi, keluar rumah seawal 7.15 pagi semata-mata untuk sampai tepat ke office. Office yang memang empat segi, penuh dengan staff-staff yang dimuatkan dalam cubicle-cubicle kelabu dan maroon. Tapi tempat ni la aku mencari rezeki, nak beri makan kereta kelisa cute aku dengan beri makan nafsu aku.
Bukan beri makan nafsu maksud aku cari perkhidmatan yang korang fikirkan tue...."you pervert"
Beli barang-barang yang aku nak, makan-minum aku semua...
"Kan nafsu tue? Bukan ke"
Puaskan nafsu aku melepak dengan member-member aku lepas office hour dekat kedai mamak seksyen 14 PJ, ataupun kat German seksyen 17 PJ. Bual pasal perempuan, gadis, wanita atau awek. Bual pasal isu semasa, bual pasal hal-hal seharian sambil cuci mata, kot-kotla ada hot chick lalu-lalang.
Hari tu macam biasa aku kat office, banyak keje nak kena siapkan. Naik muntah aku tengok drawing yang daripada pagi aku buat tak sudah sampai jam dah nak jerit suruh semua staff balik sebab dah nak pukul 5.30 petang.
"Ajak bebudak ni lepak la petang ni."
Terus aku capai gagang phone kat meja aku. Dail nombor biasa aku tekan, dengar suara biasa aku dengar.
"Beb, jom lepak petang ni. Mamak kat fourteen"
"Aku ada keje nak kena siapkan la, aku stayback kat office lambat sket kot." mendatar je suara member aku.
"Lewat sket ar, aku pun nak kena stayback siapkan drawing ni. Esok bebudak sales nak collect."
"Okla, jumpa kul 8.30 la macam tue beb kat fourteen. Boleh dinner sekali." Keputusan termeterai.
"Chow." aku letak dan stay kat office. Siapkan apa yang patut. Nasib baik ada surau dalam office ni. Takdela nak kena keluar jalan-jalan ke nak solat.
Pukul 8.00 je, aku dah start kemas-kemas dengan shutdown komputer aku. Dah nak gerak pegi fourteen. Aku hantar "khidmat pesanan ringkas" kat member aku,
"Aku gerak dulu, jumpe kat sana."
Setakat driving dari office aku pergi fourteen ambik masa 10 minit je. Maybe sebab kelisa cute aku yang laju kot?
Tak pun, aku macam ala-ala komik Initial D. Ataupun cerita Fast & Furious. Cuma bezanya, kereta je yang cute.
Aku melilau cari parking. Pusing nak dekat 2 kali baru dapat parking betul-betul depan kedai mamak tu. Memang susah sebenarnya nak cari parking kat area seksyen 14 PJ ni. Maklumlah dengan kepadatan kedai-kedai dan juga "Gedung Digital" yang memang menjadi tempat aku meluahkan nafsu berahi aku terhadap "perkakasan keras" komputer.
"Mana tak sampai lagi ni," aku usha sket jam mahal Fossil aku yang besar nak menentukan masa. Jarum dah menunjukkan baru 8.15 p.m.
"Ceh, aku yang tersampai awal rupanya," sambil jalan slow ke kedai mamak. Aku order air teh o ais dulu lepas dapat tempat duduk sebab tekak aku yang kehausan penat jadi Initial D kejap tadi. Pas dapat air aku, dalam 10 minit lepas tue baru nampak kelibat member aku, dengan motor Honda Ex-5 dia.
"Sorila beb, ko dah lama tunggu ke?"
"Takdela, kejap je, baru tumbuh sikit je janggut aku.". Aku tersengih. Dia gelak je.
"Orderla katun, aku belanja sebab aku lambat sampai." Belanja? Betul ke dia ni?
"Aku makan sama dengan ko la, aku dah order air pun tadi." Dia order 2 mee goreng mamak kat sorang macha ni. Macha ni memang terer, semenjak aku datang sini memang dia jarang tulis order dia. Semua dia hafal, macam ala-ala hafiz jugak la dia ni.
Tiba-tiba, ada seorang amoi aka hot chick keluar dari kedai petshop sebelah kedai mamak ni. Lalu betul-betul belakang member aku ni. Mata aku dan naluri kelelakian aku pun memainkan peranan la.
"Beb, cuba ko tengok amoi belakang tue. Masyuk gila la "goodie bag" dia".
Member aku sengih je, tak pandang belakang pun. Buat aku jadi pelik. Sebab biasa bila lepak ramai-ramai, semua kepala boleh jadi pontianak harum sundal malang gak la, pusing 360 darjah bila ada hot chick macam ni lalu.
"Katun, aku kenal ko dari matrik lagi. Dulu ko memang baik betul. Takde langsung usha-usha awek macam ni." Aku senyap, sengih aku slow-slow hilang dari muka. Kepala aku tengah ligat berfikir, "Apa dah buang tabiat ke dia ni?"
"Dulu ko banyak ajak kitorang satu bilik solat jemaah, kejut subuh pagi-pagi. Takde usha perempuan macam ni." Dia berhenti kejap, sedut air teh ais dia seteguk dua.
"Personally, aku sendiri rasa banyak belajar dari ko. Tapi lama-lama ko jadi macam ni plak. Macam dah takde sape nak tegur-tegur kitorang kalau salah ke apa. Biasa ko la banyak membebel kat matrik dulu."
Aku diam, semacam terkedu. Sengih aku sekarang dah jadi serius. Apa yang dia kata tu betul-betul terasa macam kena electrostatic dari casing komputer Cooler Master Centurion 5 aku time aku pakai power supply cap "aku comel" dulu.
"Mana adala, aku sama je," aku try bantah, tapi slow je keluar suara aku. Sebab secara tak langsung aku mengiyakan benda tue. Selama evolution aku daripada matrik sampai aku grad, memang tak pernah aku dengar member-member aku lain tegur aku seserius macam ni. Ada yang pernah tegur tapi bukan seserius ni. Memang dia tegur serius, seserius komik Sanctuary ataupun Tomie karya Junji Ito. Malah lebih lagi aku rasa.
"Aku bukan tegur sebab ape, aku tak nak ko jadi terbiasa sangat dengan keadaan sekarang. Takde rasa langsung nak berubah balik ke apa."
"Aku pun harapkan orang macam ko la nak tegur-tegur aku ke apa, cerita-cerita pasal ilmu agama ke apa."
"Aku tegur ko pun sebab aku anggap ko sahabat aku, bukan kawan je."
Bertalu-talu aku kena, macam kena tembakan machine-gun vulcan dalam komik Pendekar Sakti. Aku jadi segan, malu, terharu dan macam-macam perasaan bercampur-baur. Aku tanya dia,
"Apa maksud ko sahabat bukan kawan je? Bukan sama ke?"
Aku diam tunggu jawapan, sambil layan mee goreng mamak ni. "Takdela sedap sangat pun sebenarnya."
"Bagi aku kawan tu ramai, tapi sahabat tu orang yang boleh tegur kita, bila buat salah, buat lain sikit daripada agama."
"Sebab aku anggap ko sahabat aku, tu yang aku tegur macam ni. At least ko boleh maintain macam dulu. Saling ingat-memperingati macam kat matrik dulu, macam ko pernah cakap kat aku."
"Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu berguna untuk orang mukmin."**
Aku tak ingat surah ape, tapi aku ingat betul mafhum ayat ni. Ayat yang selalu aku bawak dari sekolah lama aku dulu. Ayat yang selalu keluar daripada mulut muzakkir saat diorang nak menyampaikan tazkirah.
Malam tu memang jadi lepak aku yang paling tak ceria aku rasa.
Tapi bagi aku, itu antara lepak yang paling bermakna. Sebab bagi aku, itu permulaan baru untuk aku berubah. Mungkin perlahan-lahan, tetapi ada daripada tinggal di takuk lama.
Bukan di kepala takuk ye...................
"Pervert betul bebudak sekarang ni."
Terima kasih beb!
Korang semua memang sahabat aku dunia akhirat, insyaAllah...
**Sila rujuk surah Ad-Zariyyat, ayat 55.
1 comment:
mane lagi bahan penulisan....
xkan sibuk duk ladaaang jee...
Post a Comment