"Teman bicara? Lagi lama ko duduk boleh jadi gila katun," kata Kamil teman serumah di Geelong dan teman seperladangan yang kini menghitung detik untuk dihantar pulang ke Malaysia kerana menjadi pendatang tanpa izin.
"........................"
"Yela, yela. Aku gurau je. Tahula balik Malaysia wei...ceh." Aku saja je gurau. Diorang ni bajet aku jeles la dapat balik Malaysia.
Tak jeles pun.
Siapa kata aku jeles. Kalau tak balik Malaysia pun takpe. At least boleh aku manfaatkan masa cuti musim panas dengan mencari duit. Siapa kata tak boleh nak dapat duit banyak menjadi peladang. Lihat saja encik Jeftomson, Shannon Dell atau Wyatt Earp. Hanya Jeftomson saja yang aku kenal, lagi dua hanya rekaan aku semata-mata. Sebab ladang aku keje bawah company Jeftomson. Aku pun tak tahu berapa banyak dia dapat jadi tauke ladang, tapi kalau naik Mercedes Benz untuk jadi kereta masuk ladang je, jadi korang boleh bayang tak kekayaan duniawi encik Jeftomson ni. Ladang-ladang dia sahaja sudah mampu menjadi tapak pembukaan satu lagi bandaraya Kuala Lumpur. Dereten pokok-pokok epal dia sahaja kalau disusun untuk dibuat jambatan boleh bisa menyambungkan dari Victoria ke Universitas Padjajaran, Indonesia.
" ............................"
Ok, ok. Aku rasa aku ter over-exegerrate ni. Tapi memang besar, benar aku tak bohong.
Aku cukup suka masa awal-awal keje, excited tak ingat. Maklumla, bila otak fikir duit, semangat la sket. Tapi, first week keje je dah tak boleh blah. Seminggu kerja bawah terik matahari yang bersinaran UV tinggi kerana lapisan ozon yang semakin menipis, suhu sekitar 37-39 darjah celsius setiap hari. Habis berbelang aku punya wrist kesan sinaran matahari.
Tapi, lama-lama keje, dah tak rasa apa-apa. Tidur takde katil pun sudah orang Melayu kata dalam peribahasa "Alah bisa tegal biasa". Serangga-serangga atau labah-labah besar pun dah menjadi tubuh kami pekerja ladang taman permainan pada waktu malam.
Maklumla bila setiap kali keluar bandar Shepparton, dan jari-jemari mulus ku menekan butang-butang tertera nombor di mesin auto-teller atau nama glamer ATM, dan melihat angka-angka yang sentiasa meningkat saban minggu menyuntik semangat kembali umpama tegukan-tegukan Livita atau Redbull tatkala letih.
"Alhamdulillah, xdela sengkek." Senyum aku, sambil tergelak kecil.
Tapi satu benda yang betul-betul merudum mood keje kat ladang adalah ketiadaan mesin pemain lagu-lagu berformat mp3. Oh, sungguh mengecewakan. Semua orang sebelum mula bekerja akan mula menyumbat phone telinga yang disambung di mesin mp3 pelbagai jenis, ada saya pod, SONY malah brand dari China yang aku pun confirm tak pernah dengar. Sibuk semua orang dengan gadget-gadget mereka di dalam van yang bergoyang-goyang yang membawa buruh-buruh dari tempat tinggal ke ladang kerjaan.
Tapi....
"Ko kan ada Sony Ericsson Walkman Phone w800i?" bisik suara kecil dalam otak aku.
Eh, suara siapa ni?
Tapi rupa-rupanya earphone aku tinggal kat Malaysia. Yea, yea, nasib baik aku tidak melalaikan diri aku dengan lagu, "Ahahaha...." Gelak aku.
"Kata je la ko tension takde mp3 player." balas bebudak ni.
Cis, terkena aku. Saja je aku sedapkan hati aku. Last-last aku nyanyi la sorang-sorang kat pokok epal tue, mana la tahu makin banyak buah ke jadinya. Satu benda yang menghantui aku sebenarnya adalah otak aku. Aku kalau diam buat keje yang tak banyak menggunakan sel-sel otak aku, mesti otak aku akan berfikir banyak benda lain.
Daripada isu politik Malaysia, isu agama dan pelbagai lagi jenis benda sampai kadang-kadang aku rasa macam boleh jadi bengong sekejap. Banyak jugak benda-benda aku fikir nak dimasukkan dalam blog ni cuma dekat ladang tue je takde internet. Kalau tidak dah boleh jadi crapbook dah blog aku ni.
Maklumla, bukan senang nak mencari rezeki ni, takkan nak mudah je kan. Jadi aku pun bersyukur sekarang dengan keje yang aku ada ni. Cukupla aku nak kumpul duit sikit-sikit, save untuk simpanan hari tua ke.
"Konfiden je ko boleh sempat tua," bisik hati aku.
Yela, yela, aku tahu. Cakap je la...ceh. Kan semua yang bernyawa pasti akan mati. Ye, aku ingat....
Insya-Allah selalu...
5 comments:
oii shibai lahnat,taruk la shoutbox. tak tahu nk wat cana, tanya kepep. mls aku nk boh nama aku kt borang blogger ni.shibai, mkn epal ingt kt aku.oi, cr la video live muse kt aku..
katun ...ayat² yang ko tulis dlm blog nih cam ayat novel remaja ....bleh jadi writer nih hahahhahah *_*
blek : gua xreti la buh shout box...macam mana?
one shang : ceh, perli nampak...
Pehh..tu dia skali update panjang berjela.
Mintak izin membuat pautan dari Suicide Park?
silakan....xde masalah. Minta izin juga untuk link suicide park..
Post a Comment