Akal aku yang panjang sejengkal ni pun penat memusing dan berfikir. Sambil tangan aku sibuk membuka pautan beg Nikon, perlahan-lahan membongkar keluar si Pentax.
"Siapa suruh teragak-agak beli beg Crumpler kat kedai kamera tadi? Kan dah pakai beg pinjam je."
Ah, aku peduli apa. Beg tu stock dah abih. Puas aku tanya si gadis Australian berambut blonde itu. Dia bilang ada 2 stok, tapi ke mana ntah hilang stock dia tu. Tapi...
"Nasib baik dia peramah."
"Cun."
Yang tu pulak kau ingat. Pergi mana-mana pun mesti mahu cerita perihal Awek , Gadis, Perempuan & Wanita. Pasal cantik atau tidak cantik. Even kalau pergi ke kedai kamera ke, shopping mall ke walhal ke pasar malam sekalipun, lelaki pasti mencari kalau ada pekerja perempuan. Mudah berurusan kononnya ...
"Chemistry......" . Mereka kan kutub utara, kita kan kutub selatan.
Ala, macam besi berani, yang kamu bilang magnet itu. Kalau bertemu pasti sepadan. Padahal bukan pandai sangat pun subjek kimia masa sekolah dulu. Sekarang depan perempuan mahu sembang pasal kimia ya?
Agak lama aku memegang kamera sambil berfikir. Aku cuba snap satu, dua gambar. Saja cuba-cuba. Gambar senibina.......
Aku kan pelajar seni bina?
Jangan kamu salah-faham pula aku cuba snap gambar gadis-gadis manis sekitar Federation Square ini. Walaupun rasa mahu, tapi aku malu...
Hampa. Senja dah terlalu gelap. Gambar tak menjadi...
Aku selak lengan baju Giordano long sleeve aku, cuba melihat jam tangan Fossil aku yang kian lusuh talinya. Waktu seperti memberitahu aku, kau sudah perlu lekas solat Maghrib terus membuatkan aku bingkas bangun, bergerak mencari tempat sujud.
Pantas kaki aku melangkah,berderap-derap , mengelak-elak cuba melawan arus tipikal malam minggu Australia yang berpusu-pusu bergerak dan semestinya bukan ke Sungai Pusu tetapi menuju ke sekitar Sungai Yarra. Nampaknya hidangan bunga berapi malam ini begitu tinggi tarikannya.
....dan lagi, mata aku melirik sekali-sekala saat terpandang wajah genetik Australian atau Asian yang memintas-mintas di kiri dan kanan aku. Mata mana yang tidak mahu memandang kecantikan, kan?
"Tapi cantik yang ini kan zina mata?"
Er, kalau pandang 2 kali kan? Nasib baik aku tak kelip.
"Tapi ko kan kata mahu cari tempat sujud tadi?"
Aiseh, aku lupa. Fokus, fokus ...
Akhirnya, aku nekad juga sujud kepada Tuhan dekat car park Federation Square. Aku alas beg coklat lusuh aku sebagai alas sujud. Aku cuba cari spot yang tiada gangguan atau mudah dilihat. Aku tidak mahu ada "jemaah" yang bukan agama aku pula yang menepuk bahu aku.
Kamu faham apa. Kamu faham kenapa. Kalau tak faham, kamu tanya aku sendiri ya?
Selesai sahaja, aku terus membuka langkah ke tepian sungai Yarra. Cuba menyempurnakan tujuan asal aku. Ingat lagi?
"Pertunjukkan bunga berapi-api."
"Moomba Festival"
Aku sudah boleh lihat di tebing-tebing sungai Yarra tu, penuh dengan homosapien-homosapien ghairah cuba menghiburkan malam minggu dengan pertunjukkan bunga berapi. Aku juga tahu aku salah-seorang homosapien yang ghairah itu. Macam kebiasaan. Yang memanupulasi populasi manusia malam itu pastilah daripada golongan awek, gadis, perempuan & wanita.
Macam kebiasaan juga, kau cakap saja yang mana.
"Asian, Australian atau Aboriginate," Mungkin ada Latino, siapa yang tahu? Aku juga cari kalau-kalau ada.
Bagi mata aku, setakat hendak menangkap yang cantik-cantik memang mudah. Mungkin sebab terlalu ramai di situ. Suara riuh-rendah buat kepala aku kusut kejap. Wajah-wajah yang molek dan manis buat aku leka seketika. Tubuh-tubuh yang .....
Senyap seketika.
Errr, yang itu tak mengapa. Aku simpan sendiri sahaja. Ok?
Dan oh, aku berbalik kepada persoalan sebelum ini, apa yang buat orang lelaki mengiktiraf mereka sebagai cantik? Patut kah ada gelaran tidak cantik pada sebahagian mereka?
"Kan Tuhan jadikan manusia itu semua cantik,"
Memang betul, tetapi Tuhan juga jadikan lelaki dengan naluri kelelakian mereka. Tak tahu apa yang kamu rasa, tapi aku rasa begini. Bagi mereka, naluri kelelakian mereka mengatakan gadis ini cantik dan gadis ni tak cantik.
Salah.
Bagi aku, semua kejadian Tuhan itukan memang cantik. Mana ada tak cantik. Semua cukup sahaja aku rasa, 2 biji mata, satu batang hidung. Datang dengan complimentary gift, 2 lubang hidung. Cuma naluri kelelakian itu...
Naluri kelelakian itu yang mentafsirkan. Jahat kamu naluri. Jahanam kamu nafsu.
Tapi bagi aku, tiada manusia yang Tuhan ciptakan tidak cantik. Kalau naluri kelelakian mentafsirkan rupa seseorang yang hanya pasti adalah yang lebih cantik daripada yang cantik. Kalau boleh, tiada istilah "tak cun langsung".
"Kamu faham maksud aku?"
Jangan kamu salahkan akal lelaki yang 9 itu ya? Kerana paras datang dahulu. First impression. Aku rasa kamu juga nilai begitu. Tapi, wanita itu cantiknya di mana yang kamu nampak? Tapi aku bisa bagi kamu contoh senario apa yang lelaki selalu nampak pada gadis. Kamu nilai sendiri..
Satu
Yang aku perasan, ada lelaki suka gadis ranggi. Kamu tahu? Rambut lurus, mata bercelak, baju ala-ala Puan Avril Lavigne. Oh ya, dia dah berkahwin.
Dua
Gadis yang seksi, pakaian terdedah sikit sana-sini. Buat aku terliur sahaja. Jenis open-minded,
wajah seakan-akan artis-artis Malaysia. Oh ya, kamu kenal Fasha Sandha atau mana-mana artis penghias halaman Bintang Popular?
Tiga
Ada yang nampak cantik bagi gadis-gadis yang bertudung. Mungkin bukan yang labuh, tapi masih bertudung. Oh, tapi mungkin yang agak toleransi? Barangkali. Yang baju masih agak fit. Aku pun suka.(er...)
Empat
Yang bertudung labuh atau sopan. Wajah lembut, sejuk mata memandang. Jaga sempurna segala-segi. Yang pasti tak mungkin memandang aku langsung. Aku seperti pasti.
Ini apa yang aku rasa sahaja. Hasil observasi. Hasil pengalaman hidup. Hasil pertapaan yang kamu tak perlu tahu apa.
Jadi kenapa masih ada kaum Hawa yang tidak puas hati bila lelaki memandang yang lebih cantik?
Macam mana?
14 comments:
Jadi kenapa masih ada kaum Hawa yang tidak puas hati bila lelaki memandang yang lebih cantik?
ehh?ak x kesah pon.sbb ak pon ske tgk pompan yg cantek2 tu.yg dlm megezin ke,actreses ke,princessesss ke..sbb ak bkn cnatek sgt pon..=p
Saya sendiri,atau lebih tepat, saya dan si dia, sama2 usha awek ketika berdating. Terutama pelayan restoran.
Sekadar pandang tidak mengapa. Pandang sekali itu rezeki. Sesudah itu lupakan saja. Saya tak marah si dia nak tgk saja. Tapi kalau sampai berhubungan atau tak abes2 mengkagumi sehingga terhasilnya esei tentang kecantikan luaran itu, memang tak boleh blah. Sekian,mekasih. Kamu,iya,kamu, jgn buat2 tak faham pula.
dalina : aku juga suka memandang yang di dalam majalah itu...menggoda.
neem : saya juga ingin turut membuat esei itu, berapa patah perkataan ya?
:)
hehe..ye..yang cantik itu indah..
tapi..
perhiasan yg terindah itu pastinya wanita solehah..
nice entry tho..
-abloghopper-
0 patah perkataan. Period.
Sekian mekasih.
sekadar satu perkongsian untuk renungan kau dan aku.
sememang ciptaan Tuhan semuanya cantik. Kau dan aku juga cantik (dalan erti kata sempurna sebagai manusia).
Namun makhluk dijadikan kerana reason2..untuk apa? mungkin patut direnungkan dalan entry selepas ini.
cantik sememang subjektif kerana itu mengambil penilaian akal manusia. Tetapi kecantikan dari segi wahyu Ilahi di dalam QUran dan hadis tidak subjektif. Andai dibuka helaian Kalam Allah dan direnung kata2 Nabi tercinta, kau dan aku akan terjumpa erti kata 'indah' pada manusia. Sgt OBJEKTIF
dan juga satu renungan:
'wanita yg baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya juga'.. sekiranya selawan kau dan aku buruk dr penilaian kau dan aku, maka buruklah sebenarnya kau dan aku.
jika buruk kau dan aku, namun inginkan yang baik2..maka kau dan aku juga perlu menjadi baik.
such a simple equation. sekiranya susah, kau sendiri telah memberitahu aku. Itu kerana NAFSU.
Penamat (utk kali ini...)
wnf : perhiasan terindah juga boleh dibeli di kedai habib jewel
neem : ok, sudah boleh submit...
anonymous : oh, lupa nak beritahu, yang ini belum habis lagi...
i met a guy yang taste 'cantik luaran' dia sangat tinggi... tapi yang dia cari dalam pasangan hidup senang je: pandai melayan dia.
tapi still, even with a guy who sees personality rather than skindeep beauty, I feel conscious abut not being pretty.
rasanya, lelaki pandang tak pandang cantik luaran pon... perempuan tetap akan tak puas hati. Haha!
but he likes boobies too. and cute butts.
i like them too! :D
xeem : oh, ramai lelaki yang angkat tangan tanda setuju...
karya tulisanmu ibarat budak hingusan yang belum baligh
-Ariff Izzuddin a.k.a khairy wannabe-
ariff : kamu memang homies, tapi aku tetap jambu dengan blogku...
eh eh, ko x tgk crumpler aku lg yeh... haha....
Perempuan acuan al-Quran
(Istimewa buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)
Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.
CITRA 2001 ~ 2007
http://puisijiwarasa.wordpress.com/2001/01/01/perempuan-acuan-al-quran/
kepep : crumpler boleh blah...
*saje je sebab aku tak beli lagi*
wnf : terima kasih untuk info...
*sapakah ini?, sambil garu kepala*
Post a Comment