"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Friday, 31 October 2008
- K o s o n g ? -
Kosong.
Sejak dua menjak ini hidup terasa kosong.Atau mungkin cuma sejak beberapa puluhan minit yang lalu.
Aku rasa macam perlu diisi sesuatu. Yang aku sendiri tidak sedar apa.
Saat tenung monitor komputer rasa melayang. Tugasan yang dikerjakan rasa langsung tidak berkepentingan.
Aku sedar orang lain penuh berisi hidup mereka. Ada orang sibuk cerita hidup orang lain. Buat apa?
Tapi buat apa mahu tengok hidup orang. Hidup aku sendiri masih kekosongan.
Bukan tengok hidup orang hidup kamu bisa diisi. Asyik sibuk jaga tepi kain orang, kain kamu sendiri lompong di bahagian punggung. Rabak. Bocor.
*oh, bukan*
*Itu cuma kain hijau aku yang lompong. Maaf.*
Kerja aku kerjakan terhenti. Mungkin sudah sejak 20 minit yang lalu. Akal terasa sangat kosong, jiwa rasa kosong.
Lukisan cuma separa siap atas meja. Buntu.
Terasa kosong benar.
Perut aku.
Nasib baik ada Indo Mie, mee segera. Pengubat selera remaja di Australia.
Hanya 2 minit pengubat kekosongan.
Mahu cuba?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
meggi goreng lebih enak jikalau digoreng
"..meggi goreng lebih enak jikalau digoreng..."
Nk sedap lg klu ditambah telur/udang goreng ,sayur sawi @ kubis dgn sedikit taburan cili potong...Cuba ye "cik box"... :)
~angela anaconda p'yibuk~
isilah dengan zikrullah..pasti tidak terasa kekosongon..bahkan jiwa akan berasa tenteram, aman, selesa dan kemesraan dgn Allah swt.
-maggie 2 minit, tp Allah boleh pimpin sampai akhirat-
cubalah resepi aku ni.aku tahu ko tak dpt nak nafikan.
jika ko tak nak buat pon. mesti ada sesuatu yg menghalang. cuba fikirkan apakah ia?
bagaimana kalau letak bacon?
sila ikut step ini ketika masak mee segera.
boleh selamatkan nyawa anda! :)
perghhhh.... kalo megi goreng macha pon layan gak dow lyn skrg.... haha
Hi, just wanna inform you that i've shifted my blog to suicidepark.blogspot.com. Tq.
bz : itu betul juga, tapi kemalasan sudah..
anonymous : oh, sila masakkan untuk saya boleh? *sengih*
anonymous : terima kasih, resipi berjaya dunia akhirat bagus..aku setuju..
gorie : kalau bacon mungkin aku perlu menempeleng kau sebanyak 3 kali..
faisal admar : oh, terima kasih, sangat bermakna...
afif : kalau setakat nak bagi aku cemburu, lebih baik nasi lemak mali..
neem of suicide park : eh, sudah pindah?
jgn jdi tin kosong, erk, tetibe~ megi goreng sedap yg plg sedap, nasi lemak mali sedap juge lagi2 kalu minom ngn milo ais pekat mali~ hehe
i link you? okay?
anonymous : nasi lemak mali jangan disebut, februari nanti akan ku singgah di situ..
stranger : eh, ok, terima kasih sudi baca tapi kurang update..
Post a Comment