Friday 12 December 2008

j a g a h a t i (episode 1)




Aku kurang pasti. Aku tidak tahu samada betul atau salah.


Aku kalau seboleh-boleh mahu jaga hati setiap orang. Yang aku kenal, yang tidak kenal mahupun yang tidak mahu mengenali aku. Apatah lagi hati ibubapa atau darah kandung sendiri.

Dalam kepala otak akal dangkal, skeleton kepala keras menulang ini, aku sering fikir senang sebenarnya nak jaga hati orang. Orang ramai sekeliling kita. Tidak kisah samada ko ikhlas mahu jaga hati atau tidak, sekurang-kurangnya kau tahu jaga. 

Dari kamu kecil, congak sendiri berapa umur. Kalau rahsia, tidak mengapa. Congak senyap-senya umur kamu. Berapa banyak kali kamu cuba jaga hati orang disekeliling. Atau senang dan mudah kisah, jaga hati manusia-homosapien-makhluk tuhan-khalifah muka bumi.

Susah kan?Mana ada orang kira atau congak bilangan mereka menjaga hati orang lain. Siapa suruh kamu congak? Kan sudah terkena.


Mungkin. Mungkin daripada kecil sehingga dewasa. Kamu jaga hati ibubapa, kawan-kawan, adik-beradik, cikgu, sesiapa sahaja. Tapi atas dasar apa? Atas tatacara adab atau mungkin ethics yang kamu belajar? 


Mana aku tahu? Aku cuma cetuskan supaya kamu terfikir.


Aku cuma tahu diri sendiri. Aku belajar adab dan tatacara. Adab orang melayu. Adab agama. Bagi aku adab yang bezakan kita dengan makhluk Tuhan yang lain. Adab yang juga mendefinisikan akhlak. Aku rasa. Aku rasa sahaja. Jangan kata aku yang buat definisi itu. Sebab lain orang, lain ajaran adabnya. Ada yang lebih ada yang terkurang.


Susah. Siapa kata senang jaga hati orang lain. Sebab kalau kamu seorang sahaja jaga hati orang, kadang-kadang orang lain mana pernah mahu ambil tahu isi hati kamu? Kan buang masa? Buang keringat, buang tabiat, buang air. Tapi buang air wajib. Kalau tahan merbahaya. Boleh menyusahkan orang awam dengan bau yang diperam lama. 


Aku lepaskan bab jaga hati dengan ibubapa. Sebab bagi aku itu wajib. Atas dasar hormat. Atas dasar respect. 


Tapi jaga hati rakan-rakan. Bukan senang. Kalau kawan beribu. Macam mana? Ada seribu isi hati?Kamu yakin mampu jaga semua? Aku kalau bagi seratus pun aku belum mampu. Tapi aku boleh cuba. Sekurang-kurangnya aku cuba. 


Bagi aku, biar orang tidak jaga hati kita, tapi sekurang-kurangnya kita buat tugas kita. Biar sekurang-kurangnya kita rasa lega. Kita buat apa yang kita rasa betul.  Kan?


Kalau tak betul pun sila jaga hati aku. Ok?


Jadi, apa lagi. 


Kalau aku pulang ke Malaysia, bisa belanja aku minum teh o ais limau segelas-dua?


Boleh?



Tak nak jaga hati aku ke?



*mata bersinar-sinar*








10 comments:

Anonymous said...

jagahati sgt subjektif.

igt hukum karma je la. kalau kita jaga hati orang, org jg hati kita.

;D

katunX said...

thatsofarah : oh, mungkin...hukum karma? dengar seperti karma sutra sahaja..

*eh?*

Anonymous said...

x sure la pulak kalau karma sutra ada ajar pasal jaga hati org. muahaha.

Anonymous said...

bukan stakat teh o ais limau..karaouke jom

katunX said...

thatsofarah : eh, karmasutra tu jaga hati gak apa? hati pasangan...*gelak jahat*

bz : karaoke anda open, saya tiada masalah...

Anonymous said...

encik katunX, sila jgn jadi jahat

Anonymous said...

"Dalam kepala otak akal dangkal, skeleton kepala keras menulang ini"

TINGGI bahasa ni katun..

tanak menulis utk ms2 akn dtg,,?
xpun keje ngn DBP?-diorg tgh parah skrg..permasalahn bhs melayu..

Shasha Dandelion said...

nice blog..byk bnde bley dibce..

katunX said...

matterwaves : er, er, sedang cuba...sila mendoakan ye?

yuha : er, menulis untuk DBP, terlampau susah tu saudari, ini sekadar sahaja...ewahh..

shasha : lebey banyak merapu, tetapi terima kasih kerana membaca...

Devi da Lil' DeviL said...

jaga hati tapi jgn sampai termakan hati sendiri...nanti susah nak digest pulak...:)

sorry kalau menyibok...i like ur flickrama ...at the same time your blog is...sempoi...