Persepsi.
Langsung tiada kena-mengena dengan Pepsi. Cuma bunyi sahaja hampir serupa. Juga tiada kena-mengena dengan lukisan perspektif yang dilukis oleh pelajar jurusan senibina.
Persepsi.
Cuma tanggapan. Ataupun cuma lintasan perasaan atau fikiran. Lebih-lebih lagi terhadap orang ataupun sesuatu perkara. Samada buruk ataupun tidak, samada baik ataupun tidak. Tapi ini definisi pemahaman aku, kalau definisi dalam kamus, mungkin akan lebih senang kamu rujuk nanti sendiri. Sebab aku tidak mampu bawa Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga dalam bagasi ke
Tapi sebab kita ni makhluk Tuhan. Samada paling seksi ataupun tidak. Jadi tidak akan lari daripada kesilapan dan keburukan.
Aku ingat dulu. Saat melihat rupa luaran buat pertama kalinya. Kalau mungkin kulit gelap, rambut berekor halus dan seluar jeans kecil bawah, pasti anggap
*maaf, jangan terasa, itu cuma apa yang aku fikirkan dahulu*
Tapi mungkin aku ambil masa beberapa tahun untuk faham, bahawa itu semua tidak lebih daripada persepsi yang aku lontarkan terus daripada hati aku saat sinaps mata aku pantas menangkap imej-imej manusia seperti yang digambarkan. Lalu akal pendek aku mentafsir. Yang aku sedar, persepsi itu langsung serong.
Dan secara nyatanya, aku berpersepsi bahawa dengan imej yang sedemikian rupa, sudah cukup serta-merta kita melabelkan orang secara tidak sedar dalam hati kita. Yang bagi aku, baru perasan bahawa itu salah-satu asbab tetapi bukan Ahmad Albab, yang menutup hati daripada dekat dengan Tuhan.
Tapi, aku bukan mahu bagi ceramah agama. Aku cuma mahu kongsi apa yang aku rasa.
Sebab aku rasa, selapang-lapang hati itu adalah kita tidak berpersepsi langsung dengan sesiapa. Orang yang kita kenal mahupun tidak. Yang memang buruk perangai mahupun yang semulia akhlak. Apatah lagi berpersepsi dengan Tuhan mahupun kekasih-Nya.
Aku rasa sahaja.
Aku
Tapi kalau aku terminum Pepsi, cukup sekadar bayarkan harganya sahaja.
*boleh?*
8 comments:
pepsi ta sedap. vanila coke baru best
seperti bagaimana persepsi saya terhadap saudara..
"ceh...poyo betul mamat ni"bz bukan name sebenar
bukan suka air kotak? Cis baru nak blanje
moon : vanilla coke tidak sedap, seperti meminum air float pula...
bz : bukan sepatutnya aku yang kata macam tu kah? *hairan*
aqmaal : suka air kotak juga, jadi jangan ada rasa putus asa mahu belanja..*eh?*
BOLE WAT LAGU RAP..
Resepsi.
Majlis kawen yg berturut2.
kalau jejaka gelap yang sering tersenyum pula bagaimana?thehe...
farhana : lagu rap? apa kaitannya saudari?
neem : resepsi? juga tiada kaitan dengan resipi..
anden : walaupun nampak pelik, tapi jangan la kita lempang dia...
Post a Comment