"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Wednesday, 10 June 2009
t e m b a k - t a k - k e n a ?
Aku rasa lelaki memang sangat pandai dalam acara menembak. No offense kepada gadis. Aku cuma ingin cerita pasal lelaki. Ini sama sekali bukan ada kaitan dengan berat-sebelah kepada satu-satu jantina. Aku masih suka gadis. Suka sangat.
Tapi ini pasal kebolehan menembak bagi kaum lelaki.
Kamu memang bertuah kalau dapat tembak dengan tepat. Sangat hebat.
Tidak kisahlah mahu tembak dalam erti kata meneka. Atau memang tembak secara fizikalnya, menghamburkan peluru-peluru angin atau aku mana tahu peluru apa kamu tembak dalam pusat latihan menembak. Pandai-pandai kamu la, kamu yang menembak.
Seperti aku kata awal tadi.Kepada kaum wanita. Jangan terasa. Ini sama-sekali bukan berat-sebelah kepada jantina kelelakian.
Dan seperti aku kata. Kalau tembak tepat kamu memang hebat. Kalau sipi-sipi atau terkeluar terus jangan kecewa. Mungkin cuma ada teknik kamu yang kurang. Sangat boleh improve. Boleh perbaiki diri sendiri.
Bila aku kata cara. Bila aku kata teknik. Maksudnya aku menekankan proses menembak itu dilaksanakan. Kalau meneka, mungkin sangat perlu prihatin dengan klu-klunya. Mungkin ada hint-hint yang ingin benar kamu kaitkan dengan jawapan yang akan kamu tembak. Kalau menembak daripada laras senapang ataupun pistol. Mungkin daripada cara memegang, mengacu, memetik picu. Mana aku tahu, aku tengok cerita Shooter pernahlah. Memegang pun cuma pistol permainan laser.
Pistol laser.
*how sweeettt* kata gadis bawah pohon bunga dekat korner sana.
Tapi.
Ada acara menembak yang aku sangat pantang kalau lelaki tidak dapat tepat. Bukan susah pun rasanya. Sasaran sangat besar. Larasnya sudah pun ada. Cuma perlu teknik yang tepat. Yang aku rasa sudah diajari daripada kecil.
Tapi.
Apa pasal la saat aku langkah masuk tandas-tandas awam dalam Malaysia ataupun dalam mana-mana bangunan umum mahupun separa umum, pasti ada kesan percikan 'tembakan' yang tidak tepat.
Come on encik. Jangan bagi alasan laras bengkok, ataupun picu tertarik awal. Ini masalah teknik yang sangat obvious salah. Dalam adab-adab pun kata suruh duduk. Duduk encik saat 'menembak' dalam tandas.
Jangan kata tiada orang ajar, sebab aku rasa macam benda basic dalam kehidupan. InsyaAllah, aku rasa takkan jadi masalah tersalah-tembak. Kalau ada masalah, baru kamu jumpa doktor. Mungkin laras pendek. Mungkin, aku cuma kata mungkin sahaja.
*blush*
Sebab itu saya rasa kepada gadis. Jangan terasa ini adalah berat-sebelah kepada satu-satu jantina. Kan?
*wink*
Aku *wink-kah tadi?*............*maaf gatal mata sebenarnya*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
tipu, jejaka sebelah kanan, cara memandang ke atas, persis kamu, kah kah kah
haahaha entry mencuit hati :)
aku syak kalau mangkuk tndas super kotor aku lebih rela kencing berdiri
akhmaremily : persis juga bermaksud mirip...dan aku tahu ini takde kena-mengena
achmal : nasib baik cuma mencuit hati...*hurm*
bz : kalau mangkuk tandas super-bersih?
mungkin nampak bersih tapi hati di dalam siapakan tahu
katun dan blognya..huahuahua..ngko bile nak abes blaja daa
anep
bz : dalam hati Tuhan yang tahu, pada toilet, sendiri pun boleh bau..
macam pantun, eh?
anonymous@anep : belajar ini takkan habis, tetapi pembelajaran di uni habis Julai ini, insyaAllah
pernah lihat kerusi vibrate??
itulah yg terjadi tatkala aku ktawa
m'baca slot tuan hamba selama bbrapa belas minit..
scraggyatt : sila jangan duduk di kerusi vibrate, lebih baik kerusi urut OSIM...
Post a Comment