Saturday, 6 June 2009

- k e l e g a a n -





Lega.



Aku sangat lega saat lepas presentation itu. Lebih lega daripada menyelesaikan masalah personal di dalam tandas. Sangat memuaskan hati. Walaupun aku tahu apa yang aku buat itu langsung tidak bernas seperti jenama beras. Tapi aku lega sebab itu adalah salah-satu beban mental yang aku tanggung dalam masa 2 minggu yang lepas. Atau seminggu. Atau 3 hari.


Whatever.




Malam sebelum itu sahaja kepala aku yang separa padat dengan rambut kusut-masai ini mengeluarkan
margerine. Sedap di makan dengan roti. Iye. Bukan sama sekali. Tetapi seolah-olah terkena migrain. Sakit kepala yang sangat sakit lebih sakit daripada istilah kesakitan tetapi kurang sikit daripada sakit ibu bersalin.


Padahal kerja aku yang ada siap umpama hidup segan mati hensem. Langsung tidak kelihatan hasil. Lagi 11 jam masa presentation. Tak pernah aku rasa secemas malam itu. Seperti berada dalam wad kecemasan menunggu isteri habis bersalin.


Tidur. Solusi muktamad. Sakit kepala tak terlayan.


Aku bangun. Solat subuh. Sambung kerja.


Selepas 2 jam. Aku sedar atas sofa empuk yang memakan tuan. Sofa ini berjalan dan mendukung dan mendodoikan aku tidur dari pukul 7 ke pukul 9 pagi. Uh? 2 jam melayang. Presentation lagi 4 jam. Hasil presentation aku masih lagi separa sedar dalam pc. Cemas berganda. Kali 8.



Mendapat galakan daripada rakan-rakan serumah. Membuat dengan bersungguh-sungguh. Cemas lagi. 1 jam sahaja tinggal. Masih ada 3/4 lagi.




2.00pm.




Orang pertama.


Kerana berkat nama yang ber
alphebatical order A, aku jadi orang pertama. Tak apa. Aku dah hampir tidak larat menahan beban mental dan fizikal yang kurang suntikan tidur.


Pung, pang, pung, pang. Bla, bla, bla. Sze, sza, sze. Siap. Tidak sampai 10 minit rasanya.



Habis.



Eh, ini je? Beban aku menahan dugaan kerja seminggu, atau 2 minggu habis dalam masa 10 minit. Nasib baik lebih lama daripada menunggu mee segera masak. Tapi aku sangat-sangat bersyukur.


Sangat-sangat.




Sangat-sangat, sangat....




Sangat-sangat-sangat-sangat....ihiks, ihiks.





Ok dah. Aku rasa seram plak.




Hish.
Sekian.




Hidangan penyakit mata anda ada di bawah. Boleh save untuk diconteng atau membuat pengalas pinggan.




11 comments:

gorie said...

Wah! Hebatnya hasil kerja abang anwarul. Saya rasa sangat kagum! Kalau ada kesempatan masa, saya ingin berguru dengan abang anwarul. Hebatlah!

akhmaremily said...

wah kasihan incik katun. saya pon mata sudah ada ketumbit lehhh.. sesuai dgn post ketumbit anda tempoh hari. ketumbit design namanya ketumbit saya

achmal said...

hehe akhirnyaaaa
kelegaan tahap dewa.

pergh org first.
10 minit je?
dia nye ketaq hampir seminggu.
huhu..

tahniah la dapat mengharunginya :)

picture kat bawah tu hasil rendering 3d bape jam incik?

FarhanaMohammedIsa said...

wah..design proposal for ape ek???

ni je? haha

katunX said...

gorie : kalau ada masa, aku ingin benar melempang kamu, nasib baik kamu besar dan kuat...saya tarik balik ayat ini

akhmaremily : ketumbit ubatnya ubat ketumbit...boleh didapati di kedai-kedai farmasi berdekatan anda

achmal : terima kasih cik, render cuma beberapa minit, tetapi rasa seperti beberapa jam...

farhana : ini adalah design merapu, bangunan merapu dan ini sahaja...sekian

Anonymous said...

mari kita rehatkan mental dengan TIDOOOO!!!!!!!!!

Anonymous said...

upload design. aku mau tgk.
suboh

katunX said...

anonymous : benar, benar, tiada yang lebih benar daripada tidur...

anonymous : er, er, er....malu *blush*

AlCapone. said...

wow kacak ini pic

Anonymous said...

auto insurance california car insurance michigan

Anonymous said...

texas auto insurance quotes auto insurance quotes pennsylvania