Sunday 23 August 2009

- selamat berpuasa, bukan untuk Encik Selamat sahaja -




Hurm.



Aku blur tiada idea macam hendak masak nasi, beras tak ada. Atau hendak berkahwin, calon tiada. Tapi tidak apa, sebab dah puasa.



Jadi saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



Kepada Emak & Ayah di Bandar Baru Bangi, Along, Kak Ayang, Marsya & Amsyar di Klang, Abang Wan, Kak Ayn & Hariz di Sungai Ramal, Kak Una di Seremban, Abang Ipin di Indonesia. Saudara-mara di Kelana Jaya, Alor Setar, Padang Serai, Kluang, Melaka dan seluruh Malaysia.



Kepada semua ahli sepersekolahan di SRK Seksyen 6, Shah Alam (1991), SRK Raja Muda, Shah Alam (1992- 1994), SRK Jalan 2, Bandar Baru Bangi (1995), SRK Jalan 3 Bandar Baru Bangi (1995- 1996), SMKA Maahad Hamidiah (1997- 1999), Kolej Islam Sultan Alam Shah (2000- 2001).




Panjang ini. Baca, manalah tahu naik nama kan? kan?



Kepada semua ahli Pointsix, KAED, UIAM (2003-2006), warga KAED, warga UIAM yang mengenali diri saya yang tidak glemer seperti hammer ini.



Kepada semua warga kerja MML Marketing Sdn. Bhd. & Hap Seng Credit.



Kepada semua rakan-rakan di dalam Facebook, Flickr, Friendster, Tagged.



Kepada semua warga Geelong terutamanya di rumah yang terletak atas kedai Harley Davidson sepanjang jalan Mercer Street serta para pelajar Deakin University, dan juga warga Melbourne terutamanya rumah yang terletak di Morrah Street. Kepada warga Newcastle, Adelaide, Sydney, Brisbane & New Zealand.



Juga kepada pembaca-pembaca. Ke pembaca. Bajet ramai sahaja aku ni. Pembaca blog ini. Serta kepada bloggers yang sudah dihubungkaitkan dengan blog ini pada pautan di sebelah kanan anda.



Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua, dan semoga dikurniakan kekuatan dan barakah untuk memanfaatkan Ramadhan ini dengan sebaiknya supaya menjadi islah bagi kita menghadapi bulan-bulan akan datang dengan lebih baik.




InsyaAllah.








*Ghaye jemput datang rumah. Telefon dulu. Kalau tidak, aku pura-pura tidur dan panggil polis.*





Sekian.





12 comments:

FarhanaMohammedIsa said...

maaf diterima dibulan yg mulia, selamat beramal!

Perempuan Berketinggian 151cm said...

selamat puasa jugak! :)

adda_shariff said...

ala..apsal takde special dedication untuk i..? hohohoho

aurikelsan said...

slmt berpuasa en.katunx.sila cari beras di kedai pak selamat.slmt menambah amal.

moon said...

slamat berpuasa! jgn ponteng2

bz said...

selamat berpuasa..jangn lupa balik mesia cari madpa..dia rindu ko

is-nanie said...

slamat berpose~ ^^

katunX said...

farhana : terima kasih puan, Encik Selamat sedang membuat kerja-kerja amal di Selatan Thai rasanya...

khadijah : Selamat berpuasa, terima kasih, jemput ghaye ghumah...call dulu, kalau tidak panggil kadi datang...

anak pakcik shariff : oh, *blush* special dedication *blush* untuk kamu *blush*...

susah nak tulis sebab asik kena taip *blush*, macam mana ni...


*blush*

aurikelsan : selamat berpuasa juga kepada kamu, Pak Selamat sedang buat kerja amal di Selatan Thai (sila rujuk komen pertama)

moon : Selamat berpuasa juga, jangan ponteng apa? Ponteng kelas? Ponteng tuisyen? Ponteng exam?

bz : Selamat Berpuasa juga kepada kamu, insyaAllah, aku pun rindu mat pa dan hujah-hujahnya...

is-nanie : Selamat berpuasa juga kepada kamu...encik selamat pergi buat keje amal di selatan thai (sila rujuk komen pertama & empat)

Anonymous said...

selamat berpuasa ya..Anwarul!!

balqissy said...

tiada dedication untuk encik Selamat pun? pasti dia terasa -_-!

p/s: salam ramadhan =)

Anonymous said...

ramadhan mubarak.

selamat menunaikan ibadat puasa, pak kotak.

katunX said...

anonymous : iye, selamat berpuasa juga...pak selamat ada di belakang, nanti saya panggilkan...

balqissy : salam ramadhan, eh, lama tidak dengar khabar? pak selamat ada di belakang, nanti saya panggilkan...

tolaughoftenandmuch : salam ramadhan cik, pak kotak sibuk, tapi pak selamat ada di belakang, nanti saya panggilkan...