Thursday, 10 April 2008

E g o i s & E g o n y a [ 2 ]

Aku tahu kamu juga punya ego.

Bak aku kata sebelum ni, ego pemimpin. Jadi kali ini aku mahu turunkan sedikit.

Cuba masuk perihal instituisi kekeluargaan.


"Lelaki, suami dan bapa."


**Kamu namakan sendiri peranan lelaki dalam keluarga.**



*tetapi sudah tentu bukan kamu nyah...kamu duduk sahaja di lorong, ok...*


Ya, necessary ego seorang suami, aku suka. Kamu jaga kredibiliti sebagai seorang suami. Pemimpin wanita dan pemimpin keluarga. Penting ini, kamu perlu ingat.


"Buat kamu nampak hensem," komen cik Xeem.


*oh, terima kasih....I'm flattered*


Kamu mesti mahu jaga ego kamu, mahu tegur kalau salah. Mahu luruskan kalau bengkok. Mahu didik mana-mana yang kurang. Ikut segala macam mahu mu....

Tapi, kamu jangan pula salah-faham. Bukan bermaksud jaga ego, kamu tidak boleh ditegur kalau salah. Bukan semua perkara kena ikut mahu mu. Kalau ditegur salah, kamu tegur balik dengan sepak terajang. Kamu tunjukkan kamu seorang egois. Seorang masochist. Jangan sampai kamu layankan ego hingga jadi luar kawal.

Nanti bisa jadi headline suratkhabar mingguan.


*Tapi cuma suka selak Pancaindera ataupun Bintang Popular.*


Kamu selak sendiri headline itu ya? Aku dah habis baca tadi.


Bercerita perihal egois dan ego ini buat aku terkenang zaman dulu-dulu. Sebab aku juga pernah merasa tempias egois. Pengalaman aku sendiri. Zaman aku sekolah-sekolah asrama dulu. Kisah yang sangat benar. Tapi....


"Kamu tak perlu tanya sekolah apa,ok?"


Sebab bukan aku malu, tapi sekadar jaga ego aku sebagai manusia cool.


Sedangkan aku tahu dulu zaman sekolah, aku bukan lah daripada golongan-golongan pelajar kelas atasan kerana sifat ingin tahu aku mengkaji "Masalah Tidur kepada Pelajar-Pelajar". Aku jalankan ujian praktikal dalam kelas. Setiap hari, setiap subjek. Dan aku sangat peka dengan kesannya. Yang pasti kamu jangan mahu praktik ya?


It's addictive.
Hanya untuk lelaki cool sahaja.


Dahulu, aku cuma dalam pelajar kelas bawahan. Bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Paling bawah dalam kelas sains.


Oh, aku amik kelas sains tulen dulu. Kenapa ya?


Walaupun aku berkawan dengan budak-budak kelas atasan, tapi bukan semua yang betul-betul down to earth. Yang betul-betul merendah diri. Ada reasonnya. Ada satu cerita yang masih aku pendam dalam lubuk saraf otak aku ni. Macam kotoran degil...susah aku nak lupa.


"Kau tu dah la kelas last. Ingatlah sikit."


Statement pendek dan ringkas.


*deruan angin juga sayup-sayup kedengaran di luar*


Ya,
statement pendek dan ringkas yang disampaikan dengan wajah yang serius. Ada sedikit senyuman sinis.

Terguris sedikit organ terbesar dalam tubuh aku, nyaris-nyaris tidak dapat menghasilkan insulin untuk tubuh. Aku boleh rasa super-inferiority aku saat itu menderu masuk seperti deruaan ombak di lautan.

Egois yang aku pun tidak tahu apa perlukah dilampiaskan kepada aku, sedangkan aku tahu dan pasti yang masa itu, aku tak pernah buat salah apa-apa pada dia. Tiada sebab untuk di berkata begitu.


**Damn**


Bagi aku, egois dalam belajar dan seorang pelajar aku boleh terima. Tak kisahlah dari segi konteks apa-apa pun. Tapi yang penting, kamu jangan sama sekali underestimate orang lain. Simpan ego untuk diri kamu, jangan lampiaskan pada orang lain. Tak perlu pun. Sangat unnecessary.

Sangat tidak cool.


Tapi, jangan kamu terasa. Aku bukan tujukan pada siapa-siapa. Cuma sekadar beringat.


Aku ingatkan kamu, kamu ingatkan aku. Ok?


** Dan oh ya. Aku rindu teh tarik macha. Kurang manis yek**


10 comments:

Anonymous said...

terharu lak bace ep.2 ni..lagi best dari kene bace research methodology nye subject hahaha..^^

NeemoNeemo™ said...

Heh..budak skolah neem pun camtu dulu.Tau kan skolah mana?

Skolah yg kononnya menempatkan budak-baik-orgtua-bajet-nak-buat-menantu dan lepas-PMR-ayah-suruh-masuk-(sekolah kamu).

Oh, neem stay. Tapi kakak pindah skolah kamu.Pengalaman buruk baginya.Heh.

Skolah neem? Ramai betul orang berlagak dan perasan bagus bila duk kelas 1st. Rasa nak tanya, do we or do we not go to the same top school now?

katunX said...

shaz : eh, nanti Ursula marah...

neem gadis taman bunuh diri :
akak kamu mungkin menyesal...

atau akak kamu mungkin juga dalam kelas atasan

mana-mana pun ada...i'm clueless..

hADIE said...

haha! ko dah terlalu taksub dgn perkataan ego ni
padahal ape yang member ko buat tu memandang rendah kepada orang lain

erm, mmg la ade kaitan. kalo ikutkan banyak lagi perkara negatif yang berkaitan ego:
riyak, sombong, angkuh, tamak, kedekut, dll...
tapi ego ni special, ade tafsiran sendiri...haha!

btw, cerita yang menarik

katunX said...

oh, aku baru perasan...

lari daripada tajuk perbualan...

**damn**

"oh, aku kedengaran cool sebut perkataan itu"

Anonymous said...

sebenarnya, kalau lelaki tuh mencarut dengan nada rendah.... sexy bunyi dia.

tapi tak tau lah kalau gadis2 lain agree ke tak.

katunX said...

eh, macam mana kamu tahu aku menggunakan nada rendah?

*damn*

Anonymous said...

tahniah!!
anda dan rakan2 serumah di geelong telah terpilih sebagai pemain dalam team yang diketuai oleh Ariff bagi famsy football league musim 2008. Sebagai manager yang bertanggungjawab, saya ingin mengucapkan selamat datang ke kelab saya.butiran2 mengenai logo, nama dan strategi permainan akan diberitahu dari semasa ke semasa.sila sebarkan kepada ahli2 rumah geelong yang lain.sesiapa yang tidak berminat untuk menjadi pemain dalam kelab saya bolehlah berterus terang supaya mudah untuk saya memperdagangkan pemain tersebut sebaik transfer window bermula.
semoga kita sama2 berjaya menjadi juara liga di bawah bimbingan saya, InsyaAllah.

-Ariff Izzudin-

NeemoNeemo™ said...

*Damn*

Swearing in low tones?

Reminds me of Sebastian(Ryan Phillippe) in Cruel Intention.

katunX said...

ariff : semoga kita berjaya, ferguson...

xeem : cruel intention? oh, that twisted story?