"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Wednesday, 16 April 2008
- o n e m i n u t e s t o r y -
Aku tengok jam. Aku perhati betul-betul tarikh tertera di bawah skrin monitor LG 22" Widescreen yang sepatutnya cukup besar untuk ditangkap oleh bebola mata aku.
*14 April 2008*
Masih ada lagi 1 hari. Aku cuba ingatkan diri aku. Aku kalau boleh tidak mahu terlupa tarikh penting ini. Kalau dulu aku sering terlupa. Kali ini aku tidak mahu lupa.
"Harap-harap aku ingat untuk esok dan lusa,"
Dengan malas, aku sarung sleeping bag sampai paras tengkuk. Hood? Biasa aku biarkan sahaja. Terlampau sempit, tak selesa.
**sunyi**
Jari-jemari aku masih tekun menekan-nekan papan kekunci komputer. Muka surat kosong dalam sistem pemprosesan word itu masih banyak perlu diisi.
*blank*
15 April 2008
Aku masih duduk depan pc. Masih setia menemani monitor paparan luas 22 inci ini. Walau dengan mata yang hampir separuh tertutup, tiada satu sudut pun atas monitor ini yang lari daripada putaran bebola mata aku.
*menguap*
Aku kesat mata berair sambil menutup mulut. Masih ada helaian-helaian kosong Microsoft Word yang perlu aku isi. Mana mungkin Encik Guenter akan membiarkan laman-laman kosong aku diisi pengisian rightclick-copy-paste.
Plagiat.
Mereka benci itu. Lagipun aku pun mahu cuba benci benda itu.
*damn*
dan oh, ya...
**perlu diingatkan, *damn* akan nampak lebih bergaya jika disebut dalam keadaan tidak stress**
Pedulikan gaya, assignment ini perlu aku selesaikan. Aku senyap seketika. Bagai teringatkan sesuatu.
Pointer tetikus aku turunkan pada jam Window.
*15 April 2008*
Pantas tangan aku menyeluk telefon bimbit dalam laci. Aku buka ruangan mesej kosong. Jari pantas menekan punat nombor.
*Message sent*
Lega, nasib baik aku ingat.
16 April 2008
Aku selak sleeping bag, lurutkan ke kaki.
Semalam message tak berbalas. Aku bingung. Sedikit kecewa.
"Mungkin sibuk kot?"
Aku sedapkan hati. Tekan punat on di komputer.
*bising*
Kipas pc depan ini perlu aku senyapkan suatu hari nanti. Bukan sekarang. Sekarang aku sudah cukup malas. Biarkan saja enjin kapal terbang ini berbunyi.
Aku capai telefon bimbit dalam laci. Hampa. Tiada tanda-tanda message baru langsung.
Aku duduk depan pc. Lakukan rutin harian. Semak email, semak friendster, semak flickr, semak fotopages, semak blog.
Bunyi ringtone.
*lagu Funeral for a Friend - Janeau*
Mesej masuk. Aku capai pantas handphone aku. Tekan pilihan untuk baca.
"Alhamdulillah, Mak rasa sangat berpuas hati kerana selama mak bekerja, mak telah buat yang terbaik. Jadi mak harapkan anak-anak mak pun begitu dalam pelajaran dan alam pekerjaan nanti."
Reply daripada insan bergelar ibu. Reply daripada insan bergelar guru sehari selepas hari terakhir perkhidmatan beliau.
Aku terharu baca. Tiba-tiba, tanpa aku sedar. Mata aku bergenang sikit. Tapi, demi menjaga imej cool, aku tahan air mata tu. Aku teruskan tekan butang reply.
Pantas jari-jemari aku menekan punat-punat telefon itu.
"Selamat Hari Jadi emak, semoga Tuhan panjangkan umur dan berkati hidup emak."
*senyum*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
ho...rindu kat mak gak...
cara penulisan kamu yang bagus...dan santai
bila kamu pasarkan novel nanti jangan lupa sampaikan berita
mungkin di blog ini ...
shaz : siapa rindu? kamu?
anynomous : novel? mungkin cuma blog, boleh ke?
How sweet.
*damn*
Tun, jangan nangis Tun. Tolong jangan Tun.
Owh.
*Kamu-kamu juga tau apa implikasinya. Haa. Aku tak cakap. Kamu yang cakap.
Tun, jangan nangis Tun. Tolong jangan Tun.
Owh.
*Kamu-kamu juga tau apa implikasinya. Haa. Aku tak cakap. Kamu yang cakap.
i like it when u boys turn sensitive. at least reminds me korang ni manusia gak. hehe.
*pandainya mainkan taktik 'ego' diikuti 'sensitivity'. old play untuk cairkan perempuan konservatif.*
ingat tuh. tips dari xeem lagih. haha!
sokong xxeemm!kalo korg sensitif2 ni (in-control la tp,jgn lelebeyy plak), memang cair lah
*cair di hati,tidak di tangan
neem : siapa manis? sayakah?
encik luar otak : nangis? belum lagi..masih ada sedikit cool mahu jaga..
xeem : sensitif + ego = cair wanita konservatif..
i like...*damn*
dalina : M&M coklat? Kamu buat iklankah?
ko ny blog terbaiikk la..cam bace novel lak..aku rs ko ade harapan nk tulis novel..haha..pasni aku kan visit slalu..bagus2..
Hidup Westside Labourists!!!!!!!!
-Ariff Izzuddin a.k.a katun's manager-
mat ley : er, novel ? kena selak-selak ke?
anonymous aka ariff : mesti menang, lebih menang kalau aku ada..
mula mula mcm jiwang jek..aku igt kan sumthing berkaitan ngn awek die..
heheh rupa2 nye mak die..sweeet ..ahakss anak mak :) balik le mesia :P ha tak pun bli tiket kat mak ke ha tu lg swweeettttt
Post a Comment