Sunday, 6 April 2008

E g o i s & E g o n y a

Aku dah lama pendam topik ni dalam salah-satu saraf otak aku, tunggu masa untuk dihantar terus ke tangan aku untuk menaip...


Anggap sahaja sekadar lintasan getaran dalam saraf neuron aku.



Tapi, biasalah, tak semua yang kita rancang akan berjalan seperti yang dirancang....

Aku biar dia terperam dulu dalam dasar akal dangkal aku ni...bagi masam sikit, bagi agak matang...


" Egois "


Oh, aku bukan tuju secara fokus ke golongan tertentu, aku nyatakan secara umum. Jadi jangan kamu terasa pulak.

Egois : manusia ego, penuh dengan diri sendiri (full of yourself)

*Kamu beri definisi kamu apa-apa pun.*


Full of yourself; bukan bermaksud kamu punya badan penuh berisi lebihan lemak-lemak tepu yang mereka panggil obesiti. Ataupun Siti yang semakin membesar semenjak berkahwin itu...


Tapi maksudnya terlalu bangga dengan diri sendiri...



Aku tahu bukan semua orang pernah berjumpa dengan encik Egois, tapi yang pernah berjumpa atau pernah menjadi encik Egois sendiri akan tahu apa rasanya tempias ego itu. Yang tempiasnya bisa kena pada orang lain...banyak dan lebat.

"........."


"Biasalah lelaki, ego sangat," cetus seseorang daripada kalangan gadis.


**dari mana pulak gadis ni datang?**(aku garu kepala yang tidak gatal)


Tapi, mungkin kamu juga familiar dengan statement ini. Aku juga familiar. Seringkali dengar kalau ada kisah-kisah cinta remaja yang sampai ke telinga aku. Kisah-kisah cinta yang biasa, sehingga sampai tahap tipikal.

Aku sedar ramai orang ada ego, mungkin bukan ramai, tapi mungkin juga semua orang. Ego yang tinggi melangit atau ego yang sekelumit. Aku tidak tahu, kamu ukur sendiri bagaimana...

Dan ya, aku faham.

Lelaki memang punya banyak ego. Tidak mahu mengalah dengan perempuan. Tidak mahu mengalah berbalah. Tidak mahu bertoleransi. Tidak mahu apa lagi yang kamu bisa list kan sendiri.


Aku bagi hierarki egois, aku reka sendiri. Kamu baca sekadar suka-suka sahaja ya.

Jangan nanti bilang aku penyebar teori.


Egois, kamu seorang pemimpin. Dabik dada, iye kamu menang jadi ketua negara, ketua negeri, ketua kawasan atau cuma ketua kumpulan kecil. Aku tahu ego kamu sangat necessary. Perlu untuk maintain kamu punya kredibiliti. Perlu untuk tunjuk kepimpinan kamu. Perlu untuk tundukkan orang-orang di bawah kamu. Bagi mereka respect.

Tapi bila ada aduan daripada rakyat. Bila ada teguran. Bila ada pendapat berlainan daripada orang bawahan, atau cuma idea atau cadangan daripada ahli kumpulan. Boleh pulak kamu melenting?

Kamu tahu itu yang benar? Kamu rasa diri tercabar ke? Kalau mungkin tidak benar pun, kamu marah.Kenapa?


"Oh, aku punya ego ketua aku perlu pertahankan," sambil dabik dada kamu.

"......." (aku termenung)


Yang pemimpin rakyat tolak cadangan rakyat. Kata macam-macam, ada yang cuba berontak. Kamu sumbat masuk penjara.

Yang pemimpin negeri, kamu sebar-sebar macam-macam dalam akhbar. Tuduh orang-orang sana-sini.

Yang pemimpin kumpulan kecil, kamu marah ahli kumpulan. Kata yang idea kamu paling bernas dan the only solution.


Pelik aku. Kamu pelik tak?
Aku faham kalau ego yang memadai. Ego yang kamu boleh toleransi lagi Ego pemimpin bagi aku masih perlu di maintain. Tapi jangan salah guna ego kamu.

Mereka bukan mahu pemimpin egois, tapi pemimpin yang sekadar maintain egonya.

dan...

Oh, aku langsung bukan fikir pasal politik. Aku cuma layankan perasaan blogging aku sahaja.

Aku punya ego aku juga.

Kamu pula?

21 comments:

Syafeeq Subhi said...

what a lovely blog!!! i like it...

NeemoNeemo™ said...

Saya baru belajar nak hormat 'secebis ego lelaki yang memadai'.

Sblm ni tak respek langsung.
Saya pun ada ego, klu saya rasa saya betul, don't argue with me tanpa rasionaliti dan dalil.I won't listen.

But i prefer kalah dalam argument, instead of menang tapi the other person still think i'm wrong.
I don't like hearing this "kalau kamu rasa macam tu, terpulang lah"

Anonymous said...

ya... EGO itu mmg perlu, dan kadang-kala mmg sgt tidak perlu.

Terpulang pada kita, bila mahu EGO. Bukankah menulis blog ni salah satu dari mempertahankan EGO kita?

Berkeras untuk menulis mengikut rasa hati kita sendiri... Sebab tidak semua EGO itu dari perspektif yang negatif.

F.E.R.Z.L.Y said...

Aku jua punya EGO...

Aku x suka orang marah aku, sebaliknya menasihati aku dengan kisah2 dan teladan yang baik..

Dan kemarahan aku berpanjang..Kadang-kadang aku confuse, samada itu kemarahan atau ketidakselesaan.

Aku x suka orang kata aku salah tanpa memberi alasan yang strong.

Itu la EGO rasanya.

shahril ramzi said...

aku waktu kecil dulu gemar bermain lego....ade kena mengena tk? hehehe..;D

afif said...

ko x cite ego dlm architecture lg ek.... haha....

Anonymous said...

semua orang ada ego. depends on how they use it je.

but honestly. lelaki tanpa ego tak cukup handsome. :D tetapi, lelaki yang ego membuta pula macam perasan handsome. D:

NeemoNeemo™ said...

Er..tepat sekali, xeem.
Lelaki perasan hensem atau bragging lebey ialah egois membuta tuli.

katunX said...

encik culprit : kamu memang kudis...

gadis suicide : ego boleh, tapi jangan emo

hadie : aku memang ego...

ferzly : hang sembang kencang...

shahril : lego itu juga salah-satu ego pembuatnya

afif : ego architecture? Ada part 2 kot?ahaha..

xeem : lelaki ego hensem? terima kasih...

gadis taman bunuh diri : lelaki perasan hensem? nasib baik aku tak terasa...

afif said...

padan la aku rs diri aku hensem... sebab aku ego melebih...

Anonymous said...

1st time bace blog katun...
sgt honest n 'ringan'
macam bace novel 'chic-licks' haha..
gud..gud...

katunX said...

kepep : ko memang ego....

*maksudnya ko memang hensem*

shaz : novel "chic-lick"? erk, saya tidak baca novel...

*terima kasih kerana sudi membaca*

Anonymous said...

Hidup Anwar!!!
Reformasi!!!!!!
-Ariff-

Anonymous said...

dude. and dudette.

chic-lit ye terminology dia. chick-licks tuh agak2nya yang ade unsur2 porno kot. hehe.

ke memang itu yang dimaksudkan?
ohohoho.

*pergi tengok boobies*

katunX said...

ariff : terima kasih, sila isi borang untuk kempen...

xeem : oh, chic-lit...

*pergi tengok boobies* siapa punya?

*sambil garu kepala*

Anonymous said...

(xxeemm) the right term chick-lit...sbb tu dlm kurungan "chick-licks" hahaha..kidding..^^
katun..gurau2 je ye..jgn marah...
neway..blog yg layan..^^

afif said...

id prefer chick licks okay...

katunX said...

shaz : apa ni chic-lit ke, chic-licks ke?

*yang penting coklat, sedap*

afif : yang ni kedengaran horny?

F.E.R.Z.L.Y said...

Assalammualaikum..

Aku buat salah kat ramai orang...
Nak mintak maaf, habis la ego aku..

Lelaki kan kena ada ego. Kalau ego aku dah habis, macam mana dengan kelakian aku?

So, kena tinggalkan sikit la..Macam buat salah kat 10org..aku mintak maaf kat 9org je..Boleh dak? Tinggal lagi seorg, so aku ada lagi ego, betul dak?

NeemoNeemo™ said...

Erk..ingat chic-flick tadi.
ke bunyi cam porno jugak?

Xeem, nak join..hehe

katunX said...

ferzly : mungkin topik ni ada sequel kot?

neem : nak join jugak? jom...