Sunday, 19 April 2009

- p e s a n a y a h ? -




Si ayah pesan. Selalu selepas solat. Selalu selepas bacaan ayat-ayat Al-Quran, yang tersekat-sekat daripada mulut si kecil.



Si kecil sangat ingat. Padat dalam otak, tapi, akal mentahnya masih kurang mampu untuk mengingat bait-bait ayat pesanan itu.



"Jangan lupa hafal makna surah Al-Fatihah ya?"



Ayah tidak pernah pesan kenapa. Ayah cuma ucapkan lafaz singkat itu sahaja. Dia pun tidak pernah tanya kenapa. Dengan senyuman yang selalu buat si kecil sejuk, tetapi pesan itu terus mengewap keluar daripada benak akalnya. Akal anak-anak kecil sebayanya. Yang mana kehidupan seorang kanak-kanak lebih penting daripada segalanya.


Tidak mengapa. Masih punya banyak masa.


5 tahun berlalu. Yang umurnya sepuluh tahun dahulu, telah berlipat-ganda.


Si ayah masih tidak pernah putus pesanan. Masih petah mulut bicara pesanan yang sama. Kali ini pada akal yang sudah sepatutnya selipat-ganda.



"Ingat selalu makna surah Al-Fatihah ya? Ingat dan hayati."



Mungkin kali ini bait-bait ayat sudah tidak sama. Ayah masih tidak pesan kenapa. Ada jarak waktu yang bisa ubah struktur ayat yang keluar daripada mulut ayah. Tapi yang pasti, senyuman tidak pernah lekang daripada wajah ayah. Si kecil diam. Kini, bukan lagi akal anak-anak kecil. Malah sudah lebih 5 tahun dewasa daripada dahulu.


Tapi kerana awal remaja, pesanan itu menyejat keluar daripada benak fikiran. Rakan-rakan lebih penting. Mengenal bahagian seronok dunia baru bermula.


Tidak mengapa. Masih punya banyak masa.


Kali ini, 10 tahun. 10 tahun berlalu. Masa berlalu lagi berlipat-ganda.


Pesanan masih sama daripada mulut ayah. Kali ini jarang-jarang dengar. Sebab, jumpa ayah juga jarang-jarang. Maklumlah, si kecil sudah belajar jauh. Jauh daripada rumah. Walaupun masih berpijak atas tanah negara yang sama.



"Jangan lupa, jangan tinggal solat. Ingat dan hayati selalu makna surah."



Kadang tidak sempat habis, sudah perlu letak gagang. Pesanan ayah di corong telefon. Mungkin masih sambil mengukir senyuman. Tetapi, si kecil tidak ambil tahu. Terlampau ramai rakan-rakan dan hiburan-hiburan dunia yang baru dikenali. Malah, masih pula ada si gadis yang baru menjadi pengisi hati.


Tidak mengapa. Masih punya banyak masa.


1 tahun. Cuma setahun sahaja berlalu. Masa masih juga berlalu berlipat-ganda.


Pesan ayah masih sama. Walaupun saat si kecil tengah memegang botol-botol air nista, sambil tangan galak memegang gadis-gadis yang langsung bukan halal hubungannya. Walau ayah jauh cuma beberapa puluhan kilometer.



"Jangan lupa, jangan tinggal solat. Solat itu membentuk asas kita. Ingat dan hayati selalu makna surah Al-Fatihah."


Kali ini. Pesanan sangat sayup-sayup terdengar. Hanya ada tempias lagu-lagu kuat di udara. Suara ayah dalam salur telefon, antara dengar dengan tidak. Hanya ada gelak-tawa si jantung hati, memeluk erat pinggangnya. Suara ayah dalam salur telefon, antara dengar dengan tidak.


Tidak mengapa. Masih punya banyak masa.


Kali ini.


Cuma 1 bulan. 1 bulan berlalu. Masa berlalu lagi berlipat-ganda.


Atas lantai, separa hangat. Bunyi lagu masih lagi bingit. Tangan masih lagi memegang air-air nista.


Cuma kali ini. Bunyi lagu sudah semakin sayup. Air-air nista dalam gelas, sedang berlimpahan atas lantai. Si gadis, si jantung hati, menggoncang-goncang badan si kecil. Saat mata si kecil semakin redup. Saat dia sedar ajal datang walaupun dia tidak menjemput.


Kali ini pesan ayah masih sama. Cuma kali ini bukan daripada corong telefon. Bukan daripada mulut ayah saat dia pulang bercuti di kampung. Kali ini, semuanya dalam lintasan memori akalnya. Saat tubuh semakin dingin.


Kali ini dia baru teringat sebab apa pesan itu.


Kali ini baru dia terlintas maksud ayat surah Al-Fatihah yang sentiasa diingatkan oleh ayah dengan wajah tersenyum. Redup. Tapi punya ketegasan dalamnya.




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam.


Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.


Pemilik Hari Pembalasan.


Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah tempat kami meminta pertolongan.


Tunjukkan kami jalan yang lurus.


Jalan orang yang Engkau berikan nikmat kepadanya;


Bukan jalan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan-jalan mereka yang sesat.




"Hafal dan hayati. Itulah doa kita setiap hari dalam solat. Yang kita minta hampir 17 kali dalam solat 5 waktu. Kalau kita benar-benar hayati. Minta Tuhan beri kita petunjuk."


Tiba-tiba terngiang-ngiang ayat itu. Itu pesanan ayah, sejak kecil. Bukan kerana si kecil rasa ayah tidak pernah jelaskan. Cuma akalnya sentiasa ditumpangi dunia. Cuma akalnya rasa, masih punya banyak masa lagi.


Saat dia hembus nafas terakhir. Atas lantai kelab. Dikerumuni ramai insan seagamanya. Dengan basahan air nista atas pakaiannya.




Sejuk.




Saat melihat senyuman ayah.




Saat tertutup matanya.



Dalam kekeluan lidah daripada berbicara kata syahadah.



*mata terpejam*

















"Pap"



Pijar pipi si kecil. Bekas tamparan tangan ayah masih lagi terasa.


"Orang ajar mengaji, kau tidur pula!" cakap ayah sedikit keras.


Hilang senyuman ayah dalam bayangan si kecil.


Dan si kecil masih lagi berumur 10 tahun. Masih lagi dalam tersekat-sekat bacaan ayat-ayat Al-Qurannya.



*teresak-esak*


*Sambil mengesat air mata.*





Tapi, dia sedar.





Sekurang-kurangnya, dia masih punya masa untuk Al-Fatihah.







26 comments:

balqissy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bz said...

an interesting piece of story..very good moral value..nice job

katunX said...

bz : thank you...thank you...

Anonymous said...

nicely put in words. (=

ain said...

wah hebatnye..sy suke!

Anonymous said...

syabas bro,mmg pengarang terbaik.i like it!nanti boleh lah bagi tazkirah kt rumah pasal surah al-fatihah...ker dh xbuat dh?seret jer sume yg ader kt umah tueh...

aqmaal said...

*tepuk *tepuk

seriously

*tepuk *tepuk

katunX said...

anonymous : thank you...er..miss...er..mr?

ain : suka? suka siapa?

ceritalabu : sudah bagi pun...ahaha, lagipun baru mula...

aqmaal : tepuk apa? menepuk kompang?

sepigegar said...

tibe2 rase cam insaf sikit.
Terima kasih...

katunX said...

sepigegar : sama-sama insaf-menginsafi...

Anonymous said...

katunX: miss

katunX said...

anonymous : oh, ok...

anak pakcik sharipp said...

nice entry katun. aku terpana. dgn entry tu, bukan kau :P

katunX said...

anak pakcik sharipp : oh, aku juga terpanasonic kan barangan elektrik aku...

the stalker said...

Saye juga terpana dgn entry itu. Tahniah. Rupanye anda penulis berbakat. :)

Farhana bt Mohammed Isa said...

;) good one..

katunX said...

the stalker : bakat itu langsung tiada kaitan dengan saya, bakat itu anak pakcik leman di sebelah rumah...

farhana : terima kasih...*blush*

a k i r a said...

Salam'alaikum En Katun
Wah! Best sungguh cerpen ni. Dari sekolah Katun memang minat menulis ke? Dulu mesti selalu karangan terpampang dekat kolej kan? Karangan dipuji Cikgu Talib juga ^___^

Keep up the good work! Tak sabar nak baca karya Katun yang lain! (insyaAllah kalau dah habis exam saya nak minta izin recommend this in my blog bleh ke?)

'Aqilah
http://nuraqil.iluvislam.com/

katunX said...

akira :

waalaikumussalam
er, dulu tidak minat menulis langsung apatah lagi membaca buku..

silalah link kan mengikut kesesuaian anda dan had umur...

Anonymous said...

sy suke..bagus..;)

-senyap xmaksud diam-

katunX said...

anonymous : terima kasih, cik...macam pernah dengar senyap tidak bermaksud diam itu? hurm...

scraggyatt said...

hoyea!!
walo pun rs cam kena bayan ngan pak ustat yg....
but i jst love it!!
jd ustat angkat yat jela..
hahahaha!!!

katunX said...

scraggyatt : ustaz angkat? jadi ustaz jadian mungkin bulih kot? *eh?*

RahmatuSaydi said...

wahhh..bergenang mataku..best!

Anonymous said...

good entry..love it so much..part yg lain asyik bergelak ketawa..yg nie, tersedar sudah..v(^-^)v

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛