Wednesday, 24 June 2009

- p u k u l 1 2 . 0 5 a m -






Senyap.







Aku biarkan sahaja enjin komputer itu berbunyi. Kipas-kipas bising itu sudah cukup rutin aku santapkan pada gegendang telinga. Hari ini Rabu. Tiada apa-apa yang menarik. Cuaca sejuk sejak 2 minggu lepas, sudah biasa, tetapi gigilan aku masih sama iramanya.


Klik biasa aku pada laman-laman web. Facebook, Hotmail, Flickr dan Utusan. Iye aku masih baca Utusan. Sekadar mahu baca headlines. Laporan muka depan. Dan iye, BBC News.




Swine flu. Influenza H1N1.




Sejak kes ini naik sebulan lepas. Atau mungkin sebulan lebih. Aku tak pernah jangka akan sampai ke Malaysia. Apatah lagi ke Australia. 2 tempat yang aku hanya mampu pergi dan pulang.


Dan beberapa banyak soalan agak sedikit paranoia, sedikit concern mungkin. Pasal keadaan di Australia. Tidak apa, aku faham. Aku sendiri jarang-jarang pergi ke Melbourne. Tidak tahu situasi apa sekarang.




Tapi.




Malaysia tidak kurang teruknya sekarang. Dalam 2 hari je, ada 4 sekolah ditutup. Kalau setiap hari, 2 sekolah ditutup. Kalau sebulan sudah 30x2, 60 buah sekolah ditutup. Boleh lingkup juga generasi muda kalau institusi pendidikan ditutup dalam jangka masa lama. Tidak apa, aku tahu kerajaan boleh uruskan.


Dan aku baca berita, laku benar perniagaan topeng saat-saat bencana seperti ini. Yang aku ingat, tahun 1990an begitu, saat jerebu teruk melanda Kuala Lumpur. Aku pun perlu pakai topeng bila keluar. Sudah la seperti topeng doktor. Tidak glamer langsung sebab aku memang tidak mahu jadi doktor.




Melbourne pula antara bandar paling teruk kes Influenza ini. Tapi aku ingin ke Melbourne esok. Kerana tidak sanggup aku menatap monitor 22" ini setiap masa kerana....Aku pun tidak tahu kenapa. Aku sahaja mahu cipta sebab untuk keluar ke Melbourne esok.




Tapi.





Kalau macam itu aku perlu pakai topengkah ke Melbourne esok?






Adakah topeng doktor? Tetapi aku tidak mahu. Sebab aku rasa tidak glamer. Bukan sebab profession doktor tidak glamer. Cuma sebab aku tidak mahu jadi doktor.






Oleh kerana itu, aku nekad. Kalau hendak ber-mask pun, biarlah bergaya.



































Boleh kan?




Kan? Boleh tak?





*mata bersinar-sinar seperti rembulan*








10 comments:

Awang Kapak said...

cilakak, gua kasi 3 kapak. lu bila jadi masked rider, kena ada mata belalang.

cermin mata pun jadi

Anonymous said...

dekat uitm hari tu ade storm trooper sorang. lagi sexy dari masked rider kot.

kalau surgical mask dilukis2 kaler2 mesti cun kan?

aurikelsan said...

boleh sungguh..i like it

topeng sahaja atau complete suit?

cteemars said...

bek pakai complete suit..lg mengancam... (^^)

FarA said...

ahah. amat di alu-alukan :D sila postkan anda yang bermodelkan topeng itu.

hm. adakah universiti2 di malaysia akan cuti?
*berharap*

haha

Ms. Nuur said...

hahahahaha! pakai dan berposing depan kamera, boleh? ini cabaran :D

katunX said...

awang muda : aku nyaris-nyaris nak bertukar yang mata belalang, tapi ini pun jadi lah..

xxeemm : stormtrooper? kalau grasshopper? dan aku tahu, memang takde kena-mengena...

aurikelsan : kalau complete suit, mungkin terpaksa menyelamatkan orang awam...

ctee mars : sila ulang jawapan di atas ini...

fara : boleh,perlu tunggu raksasa muncul di KL...

p/s: ingin cuti? nanti saya datang ke sana dari Melbourne, boleh?

aqmaal : cabaran ditolak, kerana kami adalah pejuang keamanan...

balqissy said...

lebih meminati nama tajuk daripada cerita.
waah~ 12.05 (suke.suke.) =D

Cherrie Pie Sweety said...

Mesti ko rasa pelik sebab tetiba aku comment tapi sebenarnya aku rajin baca blog ko.... he he he...
aku nak bagitau, as weirs as it may sound and as lazy as ko nak wat benda ni.. tapi aku tag ko ... sila lihat blog aku yerr :)

katunX said...

balqissy : oh, mengapa? mengapa?

cherrie pie sweety : oh, mengapa? mengapa?