Monday 28 April 2008

- t e g a k -


Tegak.




Aku perhati betul-betul. Memang tegak. Panjang. Hampir-hampir menjadi sangat straight.
Hampir-hampir menjadi 90 darjah.



*mata terkebil-kebil*



Aku leretkan pandangan, ke atas, ke bawah. Ke atas, ke bawah.



Kaget.



*Pandang sekeliling.*



*nasib baik tiada orang*



Sleeping bag
yang tersarung sehingga paras bahu aku lurutkan ke pinggang. Bagi sedikit ruang untuk mengeluarkan tangan. Sudah puas bersalut bagaikan kepompong. Udara sedikit pekat. Pointer tetikus pada skrin monitor perlahan-lahan digerakkan pada ramalan cuaca Yahoo Messenger.



Oh, aku berkerut sedikit di dahi.



*7 degree*



*Sejuk.*



Maka deria akal aku terus mudah mentafsirkan common sense di atas peristiwa "tegak" ini. Aku tahu aku perlu lakukan sesuatu. "Tegak" ini tidak boleh dibiarkan lama-lama.


*ding*


Bagaikan bunyi microwave bila sudah selesai menjalankan tugas pemanasan mahu pun sekadar bunyi loceng meja receptionist pra-sejarah di sekolah-sekolah awam Malaysia. Idea datang.


Perlahan-lahan aku letakkan telapak tangan sejuk aku ke atas "tegak". Memberi sedikit perasaan sejuk. Memberi sedikit rasa harapan. Aku usapkan tangan aku perlahan-lahan. Ke atas ke bawah. Ke atas ke bawah. Ke atas ke bawah.



Aku tidak sedar sudah kiraan berapa.



Tapi tangan aku sudah semakin laju. Aku mula merasakan nikmatnya. Sedikit kehangatan.



Yang "tegak" itu sudah semakin menurun. Dan turun. Aku lajukan lagi. Sehingga tangan aku sudah mula menunjukkan simptom-simptom lenguh.



"Tegak" sudah turun secara total. Flat.




Yang "tegak" itu sudah tumpas.




Yang "tegak" itu tidak "tegak" lagi.




Yang "tegak" itu sudah lega....





Bulu roma aku...




*sengih.*




Sleeping bag aku sarungkan kembali sehingga ke bahu.



**winter sudah hampir**



14 comments:

Anonymous said...

damn..

Anonymous said...

APER YG KO MENGARUT NI?????

NeemoNeemo™ said...

7 darjah?

*damn*

dalam nada rendah dan tenang.

Anonymous said...

...melayu itu ade adab, ISLAM itu ade batasan. mungkin niat d sebalik cerita ni baik atau ade isi yg tersikat, tapi org yg membace mungkin kan salah memahami...yang hanye membawe kpd fitnah. sesungguhnya fitnah itu tajam padahnya. maka mari jika jauhi or cegah.

Anonymous said...

ingatkan ANU kau tegak... lain kate STIM.... hahahahaha

katunX said...

matley : *damn*, nada menggigil...

anonymous : er, sini tempat saya mengarut..

neem : oh, sekarang sudah 5 darjah

anonymous : segala benda bermula dengan niat...

megat : aku pun nyaris ingat begitu..

Syafeeq Subhi said...

ya ma teh... x 4..

Unknown said...

kelakarnya nak nasihat orang tapi anonymous.

kalau baca sampai habis, takdenye nak fitnah.

Anonymous said...

haa,,,cuak ko katun,,,ade org sound secare mendalam...

katunX said...

suboh salleh : pegi layan angan2 jepun kamu...

xeem : oh, terima kasih mu...

arup : er, *berpeluh*

*menggigil*, sejuk...

Anonymous said...

"melayu itu ade adab, ISLAM itu ade batasan. mungkin niat d sebalik cerita ni baik atau ade isi yg tersikat, tapi org yg membace mungkin kan salah memahami"

bagaimana pula jika anda seornag sahaje yg salah memahami?bagaimana dgn org lain?segalanya mungkin tapi tidak semestinya benar...

hADIE said...

wakakaka! padan muke ko Katun...

haha, tapi seb baek aku da tau awal2 ko nk wat cite ala2 double meaning...

tipikal! tipikal! tipikal!
carik idea laen.... ngahahaha!

p/s: takpe, ni tempat ko... suke ati la nk cite ape pon...

katunX said...

bizi : terima kasih dengan belanja kalau ada...

hadie : saya memang lelaki tipikal...

Anonymous said...

katun ko mesti tepengaruh ngan citer JAIS dlm mastika ni..ahahaha..ko bole keje kat mastika la wei..ahaha