Saturday, 3 May 2008

- t h r e e m i n u t e s t o r y -


19/ 4/ 2008


"Awal pagi."


Match pertama F2L. Famsy League. Bola sepak.


*lokasi Melbourne Turf, Melbourne Universiti.*


Aku rasa boleh dikira berapa kali aku main bola di Australia. Belum kira di Malaysia lagi. Sedikit. Tak perlukan sempoa atau kalkulator, cukup sekadar alat serba-guna untuk mengorek hidung dan mengira.


Jari.


*sila buang di luar apa yang kamu perolehi dan yang terlekat di jari kamu itu.*


Dengan kereta Mitsubishi Nimbus, 2.4 liter dengan enjin yang tidak aku ketahui berapa lejang milikan orang; kami sampai di Melbourne. Kami.


*Aku, suboh & kamil. Kami.*


Termasuk juga encik Farhan dan isterinya serta dua orang anak kecilnya. Iya, dua orang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Masih kecil. Masih duduk atas stroller. Masih duduk atas safety seats untuk kanak-kanak itu. Masih belum mumayiz.


Mumayiz? Sila semak buku pelajaran Islam. Mungkin kurikulum sekolah rendah.



*comel*



*senyum*


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Lewat Pagi"



*Kereta?*


Parking
agak jauh dari padang turf. Kaki betis gebu ini perlu dikerahkan sedikit. Mana tahu boleh warm up sikit. Kata mahu main bola kan?


Anak lelaki en. Farhan sudah ada di luar kereta.


*menjenguk ke tingkap kereta. Atas seat bayi yang ada pemegang.*


"Tidur"



Tidak mungkin ego lelaki membenarkan ibunya mengangkut bayi itu dengan seat sekali berseorangan. Aku angkat si kecil itu. Sedikit berat.



*Masih cool*



Aku bawa si kecil itu berjalan melalui Universiti Melbourne. Aku ubah kedudukan tangan aku sekali-sekala. Lenguh. Tapi masih mengekalkan imej cool. Aku tatap wajah si kecil itu. Bergoncang-goncang kepala si kecil itu mengikut arah derapan kaki dan goyangan badan aku berjalan.



*langkah semakin perlahan*



Aku cuba meminimumkan impuls getaran. Seminimum mungkin. Aku tidak mahu si kecil terjaga. Tidurnya yang kelihatan sangat aman membuat aku yang cool bertambah sejuk. Aku pun tidak sedar saat bila aku sampai di hadapan padang turf itu.



*bangku?*



Punggung cute ini aku labuhkan di atas bangku. Penat. Tangan aku sudah lenguh-lenguh. Aku masih pangku si kecil itu atas paha aku. Masih tidur. Sedangkan matahari sudah semakin meninggi.

Aku pusingkan badanku membelakangi matahari. Meng-casting-kan bayang tubuh kurus-sedikit sasa ini.


Kesian si kecil panas. Tapi...



*aku pun panas juga*



Tidak mengapa. Cool ini harus dipelihara.


Aku
sudah nampak kelibat ibu kandungnya. Yang pasti, aku bukan ayah kandung anak itu. Maaf ya, sila rujuk entry sebelum-sebelum ini.



Saya lelaki Melayu, 23 tahun dan masih bujang dan Si kecil ini bukan anak saya.



*bangun menuju ke padang*



**bising**


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas Tengahari



Kami gerak ke kereta. Match sudah tamat sejak beberapa puluh minit lalu.


Result?



Aku sudah bersedia menerima kekalahan hari ini.



*damn*


Cuma hari ini sahaja. Harap-harapnya. Lain hari mungkin berbeza.


Kemudian, aku nampak wajah si kecil. Dia senyum. Kemudian, mengerut dahi dan memuncungkan mulut.


Tampak confuse.



Kami semua bergerak pulang ke kereta.



Si kecil tampak gembira. Happy. Tetapi masih me-maintain-kan wajah Confucianism .


*senyum*


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang


Makan di Es Teler 77. Kedai kecil milikan Indonesian di hadapan bangunan state library of Victoria.


Aku masih lagi mengangkat si kecil dari kereta ke Es Teler. Dia tidur lagi.



*Kalau aku yang tidur pasti tiada yang ingin mengangkat.Kenapa?*



Nyenyak si kecil tidur dalam restoran yang agak bising. Masih dalam seat kecilnya.



Masih lagi tidur saat aku menghabiskan Nasi Uduk.



Masih lagi tidur saat aku mengeringkan isian Teh Kotak sedolar.



Masih lagi tidur saat ingin pulang.



Sangat tenang si kecil.


Aku angkat perlahan-lahan si kecil. Berangkat pulang. Masih ringan. Masih mampu tangan kurus dengan sedikit otot pejal ini.



Aku angkat.



*senyum*



*soundless sleep*



Patutla pernah kedengaran kata-kata orang.



"Budak kecil mampu sejukkan hati orang dewasa"


Atau mungkin sekadar salah-satu daripada ayat-ayat rekaan akal mentah aku.


Buat hati bertambah dekat dengan Malaysia. Yang sudah sedia dekat jadi lebih hampir. Dekat dengan si kecil di Malaysia.


Yang masih setahun lebih saat aku meninggalkan lapangan terbang Kuala Lumpur.


Yang masih memanggil dengan pelat-pelat si anak kecil.



*sasu, sasu*



Iye, saya anak bongsu. Jadi gelarannya paksu.



Mengerti?



*Senyum*




dan....




*oh, dan cuma anak saudara sahaja*




16 comments:

Anonymous said...

demm...sikecil tu asyik tido je...macam ko plak

Anonymous said...

bz..jgn lupa..*damn* lebih brgaya jika disebut tanpa stress..hehe..damn katun..tido je

Anonymous said...

ko pernah try tidor atas kerete baby tu tak? ahaha..

Anonymous said...

si kecil...perintis katun..ahaha.tdo dimaner sajer berkesempatan...tp si kecil tu membawa fahaman confusionism..mesti bole skor dlm kertas sejarah nnti...ahaha

hADIE said...
This comment has been removed by the author.
hADIE said...

ye katun, aku dapat rasakan keserasian itu

si kecil = tidur = katun

katunX said...

bizi : dia menjadikan aku idola..

shahrilramzi : mana ada, ni aku tengah jaga...

anonymous : pernah, masa umur 1 tahun

mks : Confucianism? Ya, aku pun jadi confuse..

hadie : berdua lebih baik - acha septritiasa

Anonymous said...

katun..ko sudah boleh menjadi ayah..hahaha..demm..

NeemoNeemo™ said...

*Damn*

Kalau kamu yg tido, rasenye ada tak org yg sejuk hati bila memandang?hahah..

Nanti balik Mesia mesti dah tak kenal paksu tu..mesti dia panggil 'abang'.heh.

katunX said...

matley : nyaris menjadi ayah bila ada orang masuk meminang tempoh hari...*sigh*

neem cik adik suicide park : sejuk hati? mungkin sejuk di bahagian lain..

abang untuk gadis sunti 18 tahun ke atas sahaja..

terima kasih

Anonymous said...

timang anak orang je..
Bila pulak nak timang anak sendiri?

katunX said...

anonymous : anak sendiri? bila ada nanti...

NeemoNeemo™ said...

Tetiba panggil cik adik la pulak...

*damn*

Anonymous said...

takpe katun,,anak takde tp anai2 ade

Anonymous said...

anai2 ade dimane-mane..

katunX said...

neem : er, up dua level?

bizi : anai-anai kan comel?

mks : anai-anai kan comel?