"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Friday, 20 June 2008
- f o u r m i n u t e s s t o r y -
Aku masih bersyukur aku hidup dalam dunia ni. Aku lebih bersyukur aku hidup dalam dunia ini sebab aku masih dalam dakapan nikmat Iman dan Islam dan aku tidak pernah berharap nikmat ini akan ditarik walau sedetik pun.
Walaupun aku bukan-lah hendak dikatakan pious atau alim. Tapi sekurang-kurangnya aku masih menunaikan kewajiban aku sebagai seorang Muslim.
Budayanya Melayu, ajarannya Islam penuh dengan adab dan tatasusila yang tiada kena-mengena langsung dengan susilawati dari Indonesia. Bagi aku, adab dalam Islam yang membezakan seorang Muslim dengan orang lain. Makanya, aku lagi sangat bersyukur, adab itu masih aku ingin pelihara dan masih aku fahami pengaplikasiannya.
20 Jun, 2008
Aku baru selesai pulang dari bandar Melbourne. Cadangnya mahu fotografi, tapi bateri kameranya lupa dicas secara terus membuatkan aku menyesali masa lampau.
*jahanam*
Maaf, demi menjaga adab, aku berucap dengan nada yang langsung tiada perasaan marah atau meninggi suara.
Cuaca sejuk seperti biasa, tiada harapan yang diletakkan pada winter untuk menjadi sepanas Malaysia. Ditambah pula hujan renyai-sekejap-lebat-sekejap penambah perisa kesejukan agar aku secara terus menggigil dan bermain hembus nafas untuk melihat kepulan-kepulan wap keluar daripada mulut.
Jadi aku hanya menjadi peneman mks sambil melihat dia menangkap gambar manakala hati aku masih lagi diulit kekecewaan.
Sambil cuba mencari-cari sudut-sudut indah pemandangan Melbourne, kami berada di salah-sebuah jambatan merentasi Sungai Yarra. Aku sibuk dengan Ipod mks atas dasar menjaga hati aku sebab takut aku berlari-lari anak meninggalkan dia yang sedang mengambil gambar.
*nasib baik aku manusia cool*
Aku dengar bunyi gorila. Dan dentuman tapak kaki yang kuat di atas jambatan. Mungkin king-kong. Mungkin.
Seorang perempuan berbaju merah berlari-lari anak yang persis anak gajah. Sambil mengeluarkan jeritan pekik dan lolong. Datang pula lagi seorang perempuan berbaju putih lalu mereka pun berlaga dada di hadapan aku dan mks membuatkan aku tergamam seketika sambil mendengar lagu Ingkar - Bunga Cintra Lestari.
Dua orang perempuan dianugerahkan nikmat yang sedikit berlebihan daripada segi saiz fizikal. Maaf, tiada niat langsung untuk aku mengeji cuma sekadar menghuraikan rupa fizikal mereka.
*maaf tau?*
Yang berbaju putih itu berlalu di hadapan kamera mks yang sedang bertenggek di atas pod kaki tiga.
"You better put away your f**king camera before I f**king throw it in the river"
Benar, aku ternyata mampu mendengar, memahami dan menghafal terus patah-patah perkataan yang dikeluarkannya. Aku langsung tidak faham kesalahan mks. Mungkin sebab dia terlalu kacak. Mungkin.
Kali ini.
Kali ini berlaku dengan lebih pantas.
Yang berbaju merah tadi menghalakan wajahnya ke lensa kamera mks sambil meluahkan pancutan amilase yang benar-benar tepat mengenai batang hidung kamera itu.
Iya benar, dan palitan amilase itu memang pekat berwarna putih. Nasib baik tiada tona berwarna hijau dan lendiran. Tertempek pada filter lensa.
*jahanam*
*nasib baik sabar itu ada...........................maaf*
*tetapi........selepas beberapa series and seasons of carutan*
Sebab itu aku berdoa supaya tidak ditarik nikmat adab dan tatasusila dalam diriku.
Dan juga Susilawati jikalau rupa parasnya seperti Tamara Bleszinsky.
Supaya aku langsung tidak jadi persis perempuan berdua itu. Dan semoga mereka juga sedar.
*amin...amin...ya rabb-al-amin*
Sebab kalau tidak.
Barangkali mereka akan mencium wangian dasar Sungai Yarra. Bukan aku.
Mungkin Mks.
*mungkin*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
aiseh,,nasib baik ko cool(kalau ko lawan pun belum tentu ko menang)..tp kamil pula bagaimana?
Emm...betul kata bz tu...aiseh,, nasib baik ko cool (kalau ko lawan pun belum tentu ko menang)...he...he..:P
ade cctv beb kat situ...kalo aku hempuk 2 ekor beruang tu kompem aku ngan katun kene hanta blk msia..lagipun 2ekor bruang tu takde kemere aku nak ludah..nnti aku kene tunggu die beli kamere a..dem.abroginal mmg tuttttttt.
dan lagi satu....
jgn lupe caj bateri kamere kalo mahu mengambil gamba..dan pastikan on bile di caj..wakakakakaka
aku sepatutnya bersama korang malam semalam. Tapi nasib baik x jadi ikot.heh..
jumpa ko di malaysia nanti. kita demonstrasi ramai-ramai 6 julai nih!
-Ariff Izzuddin-
Rupanya di sebalik keindahan gambar di flickr Kamil ada cerita yang mengerikan..
Apa2 pun, tahniah Katun! :)
Dan Kamil jua..
Dan simpanlah nikmat itu sebaiknya :) :)
peraturan pertama: masa nak tangkap gmbr sila bukak lens cap. Walaupon anda cool tp kalo org lain nmpk.... malas nak ckp...
peraturan kedua: rasanya anda mmg tidak belajar lagi dlm bab "mengecas bateri kamera di kala sblm kemana2..." anda telah mengulangi kesilapan lampau...lagi, dan lagi...
Peraturan yg seterusnya bergantung kpd si anu tersebut...
Macha betoi!!!
*dah kene ludah, x samak ke? muahaha... .... cool2..
samak bende,aku buang nd8 filter tu kat yarra river..ahaha. tp aku pun tak bengang sgt pun kat minah tu...apsal pun aku taktau..ko mcm maner katun?
aku sedang bayangkan wajah katun...
tergamam, mata terbeliak...
dan sedikit cuak...
aku bayangkan wajah kamil..
tergamam...
dan mencarut...
hahaha...
aih.. victims to the victims of racism. Funny circle we live in.
wah pengalaman yang menarik.. hehehe.. buat2 bersabar ye rakyat2 malaysia di luar sane...
hmmm... knape ek???
huh, sunggoh x beradab btul org2 yg xde adab tuhh..seb baik mr. cool & abg superman yg hensem tu x pukul blk,kan?
tp nape tetibe diorg marah kat korg? tanpe sbb pape ke?
bz : salah statement, kalau lawan belum tentu dia menang...
anonymous : sila copy paste komen untuk bz..
msk : betul, sila jadikan ini alasan kedua...
*on sudah, wayar tidak sambung*
anonymous ariff : kalau ikut barangkali nasib kamu seperti kamera itu..
deney : iye, selain cool dan hensem photographer pasti ada kisah di sebaliknya..
syafeeqsubhi : peraturan tambahan, photographer mestilah seorang manusia cool..
*angkat tangan*
mks : aku cool..terima kasih
ajil : kamu gay kah?
*aku terbayangkan Tamara Bleszinsky*
xeem : the funniest guy...tabizi
bluecrystaldude : sabar seperti sabariah..
mass : mungkin kerana ada 2 photgrapher yang indah paras rupa...
mungkin..
matley : don't recite my middle name in public..
mungkin sebab musabab kot?
nasib baik ko masih sabar...
"innallaha maassobiriin..."
tapi kalo aku, da lame minah 2 ekor tu kena "tendangan basikal"
aku kurang sabar...
p/s: tapi jangan samakan sabar dengan tak brani tau... haha!
tak mau bercuti kat geelong la camni. selain nama 'geelong' yang kurang tourist friendly, org2 'geelong' juga kurang adabnya.
jgn lupa pulang ke tanah air.
aku baru bercadang nak g geelong...
cancel terus laa...tukar g UK plak...heheee...mesti 2ekor beruang tu bergande2 saiz ye ngan aku kan???
heeheheee....
Wahai cik box yg sabar lg cool ehem..ehem.. (sambil terbatuk2 kecil & t'ringat aiskrim 'mat cool' nyum..nyum...)
sy tumpang tgk pic dlm flickr cik box.cantik!Klu la..suasana kl mcm tu,alangkah indahnya. :)
*my name is angela anaconda..HEY HELLO! (M'kenalkan diri)
hadie : aku dengar tendangan basikal ko paling berbisa...
kalah pelumba basikal Malaysia..
sofea rush : oh, maaf, sila baca huraian nama bandar di atas dengan berhati-hati...
afiza chu : sila copy and paste komen untuk sofea rush...
anonymous : barangkali cik angela anaconda tersalah flickr..
mungkin itu MKS yang punya..
mungkin..
*my name is katunx...hello miss, hello miss (sila sebut ikut tempo)*
oh maaf. saya kurang berhati2. tapi melbourne dan geelong berada dalam satu benua!!
Jap.tak faham.
Sbnrnya derang marah sebab mks tu hensem ke?
haha..jz kidding. nice story.
pe sebenarye yg depa marah tu...
aku rase mesti diorg ingat korg nak jual gambor depa....
heheheheeee...
sofea rush : saya juga tahu bahawa Bandar Baru Bangi satu perkataan...
neem cikgadis suicide park : mungkin, sebab itu aku masih mengkaji musabab halnya..
afiza chu : mungkin mereka gugup melihat kekacakan kamil...
mungkin..
hahaha..
cis. perli. takpe2.
Post a Comment