"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Friday, 27 June 2008
- p a n a s , I t a k s u k a -
26 hb Jun 2008
Pagi-pagi buta lagi aku sudah bergerak ke lapangan terbang. Flight pukul 6.30 bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Winter, windy bukanlah sesuatu yang seorang manusia tipikal mahu hadapi seawal pagi.
*terima kasih kepada warga rumah Preston yang menghantar aku*
8.30 a.m
Dengan bersahaja melangkah keluar dari lapangan terbang domestik Sydney. Berbekalkan satu beg galas dan beg raksasa beroda buatan 'Unta Aktif', aku menaiki bas bertambang AUD$5.00 ke lapangan terbang antarabangsa.
Kalau lapangan terbang antarabangsa itu di sebelah saja, kan aku sudah mampu menjimatkan AUD&5.00 yang bersamaan dengan satu bar coklat Cadbury Caramello saat tiada tawaran murah.
1.30 p.m
Setelah terlewat satu jam setengah yang bersamaan dengan tidur yang sekejap, kapal terbang Jetstar berlepas ke Kuala Lumpur. Selain menunggu 4 jam lebih di lapangan terbang, aku juga menunggu satu jam setengah lagi di dalam kapal terbang kerana masalah teknikal.
Mungkin pekerja mereka sakit perut.
Aku sangka baik dalam hati.
8.30 p.m
Aku melangkah dengan bersahaja sekali lagi mengambil bagasi 'Unta Aktif', melalui lorong hijau dan tidak melalui kastam. Jangan tanya aku, aku main jalan sahaja.
Menapak keluar ke pintu ketibaan, mencari kelibat wajah yang dikenali. Tiada.
Aku baru ingat mahu membuat seperti orang lain yang melambai-lambai tangan kepada orang yang menunggu di railing stainless steel KLIA.
*tak mengapa, mungkin lain kali*
Rupa-rupanya ayah sudah lama menunggu di celahan manusia. Ternyata aku yang menepuk bahunya daripada belakang.
*maaf keterlewatan*
Balas aku berkucupan salaman tangan ayah.
*maaf keterlewatan*
Ulang aku saat berkucupan ciuman dahi emak.
Kini aku sudah berpijak di bumi Malaysia. Kenapa?
Sebab...
*panas*
*aku tak biasa*
*isk*
*gelak kecil*
Tapi aku suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Oh balik ke?
Takdelah panas sangat pun :P
welcome home. ala, rilek la brader. mcm la umah tade aircond. dok aje dlm umah la
Aloo..
wey, bagi no hp ko kat malaysia.
aku ada hal penting nak bincang ngan ko.
p/s: aku xder no hp lagi buat masa nih.
-Ariff Izzuddin-
ahhh tiada sedetik pon rasa jeles dalam diri ini apabila kamu berada di Malaya..
*damn!*
welkam bek...
selamat kembali :)
Cik box ... "seLAMAT DATAng kE MALAysia"....
~angELA ANAConda~
home sweet home..
selamat kembali...
wah, welcome back home :)
deney : tak panas sangat? tu apa peluh2 di muka itu?
moon : rumah saya cuma menggunakan kipas konvensional melekat di siling..
anonymous ariff : sila lampirkan no.telefon rumah anda di alamat surat elektronik saya...katun_2nd@hotmail.com
cibil : jeles? tak baik tau...
mass : welkam itu buat aku rasa mahu berbekam..
fara : nasib baik selamat..alhamdulillah..
anonymous Angela Anaconda : terima kasih, boleh bawa saya pusing-pusing Kuala Lumpur..(dalam loghat Australia)
anonymous : sweet home like Hansel and Gretel..
*eh, cane eja nama tu?*
bluecrystaldude : oh thank you, thank you...i mahu makan nasi lemak (sebut dalam nada Aussie)
balik tak ajak..
jom balik bz...jom
hahah terasa mcm aku baru balik dari germany... masa dlm aiport biasa je... keluar airport nak ke kereta... argh! terkejut beroks... panas nak mampus! hahaha...
*mak aku cakap... konon kulit mat salleh dan mata biru dah le tuh -- aku ketawa!*
faisaladmar : huish...
aku dengar kalau melihat gadis-gadis eropah mata pun boleh naik biru..
*aku dengar la*
Post a Comment