Saturday, 7 June 2008

- n a s i a y a m m a s y u k - s e d a p -


Petaling Jaya, Bandar Tua (Old Town)


Setahun yang lepas...
Selepas solat Jumaat. Di sebuah gerai nasi ayam-masyuk-sedap...


mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap : nak makan apa?

aku : nasi ayam satu, ayam paha dengan sirap limau ais..

mr.manager : nasi ayam, dada, dengan kopi ais...



*mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap menghafal ala-ala tahfiz, teknik-teknik lazim seorang macha*



mr.manager : bagi sup kaki ayam sekali ya? (dengan muka excited)

aku : (cuba berpura-pura membuat wajah yang tidak excited)

mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap : baik bos, sikit jam mari...



*mamak sebelah kedai nasi ayam-masyuk-sedap berlalu pergi dengan gaya yang tidak langsung masyuk-sedap seperti nasi ayam di sebelah kedainya*


15 minit kemudian...


akak nasi ayam-masyuk-sedap : nasi ayam dua, dada dengan paha..(dengan tidak memandang)

aku : terima kasih, kak. (nada ikhlas lelaki sejati)


*senyum*


mr.manager : terima kasih eh..


*aku sedar ada serba kekurangan dari hidangan tadi. nasi ada. ayam ada. sayur pun cukup.*


mr.manager : kak, sup kaki ayam ye kak...


*akak itu memandang dengan wajah yang boleh dideskripsikan sebagai wanita penghidap penyakit pra-menstrualisasi atau mungkin sekadar sembelit*



*kalau boleh aku nak kira kerut dahi dia masa tu, satu...dua...tiga...*



akak nasi ayam masyuk-sedap : DAH ORDER KAN TADI?




*terkedu*



*Akak nasi ayam-masyuk-sedap itu berlalu pergi dengan lenggokan badan yang langsung tidak sesedap nasi ayam dan sup kakinya itu.*




Kami mendapat feedback muka ketat-macam-cucuk-botox dengan kerutan di dahi dan suara yang ditinggikan ke irritating-pitching.



Malah tidak dapat pun sup kaki tersebut.





*sungguh jahanam*




*nasib baik sedap nasi ayamnya.*




*nyum...nyum...cis*



5 comments:

Anonymous said...

bagaimana pule dengan abang koboi pakapau di seksyen 17 petaling jaya

Faisal Admar said...

Susah sangat ke nak patah balik dan bawa sup kaki ayam tersebut? After all customer is always right kan? Kalau dia betul serius nak berniaga perlulah bersungguh-sungguh dan kurangkan mengeluh. Ni siap nak marah-marah pula? Eh terbalik tu, siapa yang patut marah siapa? Geram betul dengan makcik nasi ayam tu. Macam nak je ku sumbat kan paha ayam ke dalam mulut dia... btw aku juga suka paha ayam! Otot is always good yum yum.

Anonymous said...

ingat lagi kat nasi ayam ek..
rindu kat anak dia ker?

katunX said...

bz : abang koboi pakapau mengekal imej baik seorang peniaga...

faisaladmar : tapi daripada menyumbatkan paha ayam ke mulut akak itu, lebih baik menyumbatkan ke mulut sendiri..

anonymous : mungkin anak beliau yang teringat aku...

mungkin...

bluecrystaldude said...

kalu aku dah berlalu pergi tanpa bayar dah.. haha