"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Wednesday, 11 June 2008
s e k a d a r p e n d a p a t
"Hebat, hebat"
Aku anggukkan kepala tanda setuju. Mungkin aku lebih suka menerima pendapat daripada mengutarakannya. Mungkin aku lebih suka mengutarakan pendapat dan tidak suka menerimanya.
Kadang-kadang aku faham, setiap orang, setiap makhluk Tuhan, setiap manusia, setiap homosapien punya pendapat mereka. Sebab masing-masing punya akal. Masing-masing punya pemikiran.
Pendapat tambah fakta, jadi tepat. Mungkin 'pentepat'.
Pendapat tanpa fakta, hanya jadi pendapat. Opinion. Kosong. Yang kalau mahu diterima belum tentu benar dan belum tentu salah.
Kadang-kadang, pendapat jadi bercanggah. Tidak ngam. Tidak sehaluan. Normal.
Yang duduk dekat utara mengutarakan pendapat. Yang duduk kat selatan mengselatankan pendapat. Yang akhirannya jadi roti canai. Tapi sudah tentulah bukan. Akhirannya pasti-lah jadi perbalahan. Percanggahan pendapat.
Pendapat yang benar atau yang salah. Diri sendiri yang menilai. Kamu terima, tafsir, faham dan beri keputusan. Aku bagi satu cadangan. Tepis dulu ego. Aku ulang, tepis dulu e.g.o kamu. Sebab yang benar kamu tolak, pasti sebab tiga huruf yang dinyatakan. Yang salah kamu terima, juga sebab tiga huruf itu.
Atau kamu benar-benar tidak tahu. Jahil. Atau bodoh. Atau bengap.
*tapi itu cadangan aku sahaja. Belum tentu aku buat.*
Kenapa? Marah?
*mana-lah nak tahu kan?*
*pendapat aku sahaja.*
Pendapat yang pelbagai yang boleh memeningkan keadaan. Sebab itu kalau dalam sesebuah negara, kalau semua rakyat diberi peluang beri pendapat, satu rakyat satu pendapat. Kamu congak sendiri dengan mental arithmetic atau jari-jemari berapa banyak pendapat yang perlu diproses.
*Super-banyak-sangat.*
Jadi ada satu benda sahaja aku cuma mahu homosapien, manusia, orang, makhluk Tuhan berdarah daging ini faham.
Pendapat yang aku ceritakan ini sama sekali berlainan dengan pendapatan seseorang atau yang kita panggil 'gaji'.
Jadi jangan salah-faham.
Pendapat juga tidak ada cukai seperti cukai pendapatan.
Oh, ya...
*aku merepek*
*ya, maafkan saya*
*lalala (sambil berlalu pergi)*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
apekah motif entry ni ye encik katun?
habih kusyuk den baco.. "mendapat" jugak ekau ni kang...
jadi....... apa pendapat anda?
sambil mengurut janggut..
yang tidak mungkin ada.
gaye seorng pemikir intelektual..tan sri...camne parti kite
oh... gaduh la ni ek? haha... berdamailah...
(sekadar pendapat tanpa fakta)
??
cik mas : mendapat belaian manja ke?
cibil : pendapat ada, pendapatan yang tiada kerana masih belajar..
bz : parti kita nampak suram, mungkin kurang pendapatan...
hadie : aku semakin kurang faham dengan tafsiran mendalam kau ni?
*garu kepala*
anonymous : !!!
ko ok tak katun?
erkk... tak dapat la...
kadang2 kita rasa opinion kita tu adalah pendapat tp tak semua orang rasa pendapat kita tu adalah pendapat.
adakah ini pendapat saya? ntahla.
saya cute <-- yang ni fakta ye encik katun. sila terimanya dgn hati terbuka. hilangkan e.g.o. anda :P lol
maafkan saya kerana kurang faham..
sekian.
Saya pun kurang mengerti..wahai cik box to box...opps!cik katunx ")
box to box tu kat pipi die..jgn main2
penat aku baca
anonymous : lebih daripada ok, malah smart sekali diri saya..
cik mas : oh, takpe...
*sedikit kecewa*
sofea rush : maaf, saya menolak tanpa sedikit pun perasaan ego dan tidak langsung sambil bermain lego..
cipuding_7 : nampaknya kita tidak saling memahami...
*kecewa*
anonymous : eh, melatah pulak dia? kene geletek ke?
bz : terima kasihla "backup" aku...
*siul*
gorie : sekadar exercise, bagi penat sikit, keluar pelun dingin...
PEndapat aku, "no komen".. hurmmmm
Bkn krn d'geletek tp t'pikat....bila nmpk nama katunx tu.Sy peminat kartun.Seronok rasanya bila baca blog 'cik box'.Rasa dlm 'DUNIA KARTUN'pulak.Hilang tension jap.Tp syg...blog 'cik box' kali nie kurang sy mengerti.he.he..
(Hanya sekadar pendapat)
hep! hep! hapdet! hapdet!
*beku dalam winter ke?*
bluecrystaldude : erk? pendapat tanpa komen...?
*sambil selak kamus...*
anonymous : kurang dimengerti? ingatkan terkena geletek tadi..tu yang hairan itu..
sebab tangan ku tengah menaip lagi, tak geletek orang pun..
*gelak sendiri...*
cibil : jap, baru lepas defrost tadi..
Post a Comment