Sunday, 1 June 2008

- l e b i h b a i k d i a m, k a n ? -




" Kadangkala, sesuatu perkara lebih elok tidak diberitahu. "






Tetapi homosapien kan makhluk yang berakal dan akalnya senantiasa diselaputi kepala yang keras. Kebetulan simpulan bahasa Melayu sudah memendekkan huraian aku.




*Keras Kepala.*




Terima kasih Dewan Bahasa.


Lantas, kebarangkalian statement aku di atas ditolak, aku sudah sedia maklum.


Logika-nya masih ada, bagi pendapat hina-dina aku yang separa-cute ini walaupun Agnes Monica kata tiada logika. Sebab, bukan semua benda seseorang itu rasa perlu berterus-terang. Aku pasti setiap orang punya perkara yang mereka perlu disimpan untuk diri sendiri. Perkara gembira. Perkara buruk. Perkara suka. Perkara duka. Perkara memalukan. Perkara-ngan rumah.


Whatever.



Atau mungkin perkara yang lebih elok tidak diberitahu. Tidak diwar-warkan. Tidak diwacanakan. Perkara-perkara yang mungkin membentuk kemungkinan lain yang lebih buruk. Yang biasanya kita sendiri tidak tahu.



Aku juga punya benda yang aku simpan untuk diri aku.



Aku yakin kamu juga punya sesuatu.



Dan juga makcik yang berdiri di belakang kamu itu juga punya sesuatu yang tidak mahu diberitahu.



Perkara yang biasanya bila difikirkan semasak-masaknya. Yang sudah ditimbal segala consequences-nya. Lantas empunya diri membuat keputusan, "Nah, perkara ini lebih harus disimpan sahaja."


Jadi sebagai orang yang bukan empunya diri. Aku cadangkan jangan campur tangan dengan idea-idea bernas kamu.


Sebabnya, apa yang kami rasa, takkan kamu yang lebih tahu? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Tak mungkin ketua kampung yang rasa pulak kan? Ketua kampung itu pun belum tentu suka makan cili. Jadi, niat untuk tidak beritahu itu kerana kami yang pertimbangkan perkara itu. Dengan niat supaya tiada siapa yang akan merasa bahana consquences-nya.



Dengan niat ingin menjaga hati semua pihak termasuk diri sendiri.




Sebab itu aku sudah buat keputusan untuk mendiamkan diri. Simpan 'perkara' itu dalam hati.




Maaf.




Aku terpaksa rahsiakan daripada roommate aku, Suboh.



Aku berat hati untuk beritahu dia. Aku tak nak dia sakit hati. Aku tak nak in the end aku yang sakit hati. Lagipun, benda dah jadi.




*nak buat macam mana kan?*





Maaf Suboh.







Ini untuk kebaikan engkau dan aku. Jadi aku tak nak beritahu.








*Sorry beb*








Aku tak sengaja terkentut tadi.








*Sorry!*





23 comments:

shahril ramzi said...

bz hari2 kentut kt blk aku tkde hal je beb..aku ok je..

Anonymous said...

eh..aku plak yg kentut..bukan ko ke trunk...lepas kentut pastu sengih.

Anonymous said...

dem..td br je encik diatas melepas kt library..dem bau tulur..hahah

shahril ramzi said...

haha..bak kata katun, siapa mkn cili dia terasa pedasnye..kola bz..aku tk suke mkn cili pun?

Anonymous said...

sape mkn cili dia rase pedas... kalau kentut sape yg rase baunye..? huhu...

hADIE said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hadi...shuuuu

hADIE said...

aku dengan ini memohon untuk di delete komen ku di atas itu...

Anonymous said...

hadi cube bermain dgn api

Anonymous said...

eiii busuk nyeee!!

teka-teki: kentut siapa yang wangi dalam donia ni?

Anonymous said...

en.katun..sy rasa kan awak ni .........
















*ermm..rsnya diam itu lebih baik :P*

Anonymous said...

"nak buat macam mana"...



i suke sgt ayat ni...

katunX said...

shahril : sebab kita kan serumpun...kentut sama busuk, kulit lain2 warna..

bz : ..kentut sama busuk, kulit lain-lain warna..

matley : telur = kentut bz?

aku kena cari option lain untuk breakfast..

shahril : berbual-bula pula mereka ini?

cik mas : kalau kentut, "killing two bird with one gas"..

comment deleted : apa da delete?

aku yang tak bersalah : shuu? kasut ejanya s.h.o.e

hadie : kenapa? ko amik coklat aku ek?

bz : kamu kesan selepas bermain dengan api...

cibil : dua kali bau wangi..

*angkat tangan*

(^^,) : saya pun rasa apa yang awak rasa...

apa?

suboh kacak : pengalaman nampak?

katunX said...

sofea rush : ......? enam huruf? coklat?

Faisal Admar said...

Ada kajian yang mendapati kentut dapat menyembuhkan penyakit orang yang membaunya. Maaf kerana tidak memberi fakta ini berdasarkan beberapa bukti kukuh. Mungkin ada yang dah tahu pasal perkara ini?

gorie said...

Kalau ada berita Suboh masuk spital sebab terhidu gas beracun, tak perlu pergi jauh untuk mencari puncanya.

Kalau kau sayang teman sebilik kau katun, kurangkan la makan benda berangin.

deney said...

Hahaha.. Bau kentut sudah cukup untuk merungkaikan segalanya. Tiada perlu ada bicara :D

Anonymous said...

siot..ko biar btol faisal admar..ko jgn ber main api..haha.nnti golongan sprt sofea(bukan name sbnar-dan bukan sofea diatas)tidak segan silu melakukan perkare ini..aku yg sesak nafas..

moon said...

ala, nape na rahsiakan kentut? kentut itu menawan.

Anonymous said...

hoho..boleh juga dijadikan bioweapon..nescaya biru la muke sape2 yg menghidu kentut ala2 bau telur tembelang

Anonymous said...

huh, byk sunggoh komen2 diatas.. adakah topik kentut ini sunggoh memikat hati pembace?

katunX said...

faisal admar : aku suka fakta kau...suboh ready!

gorie : sebab itu aku kurang jalan-jalan makan angin sekarang..

deney : sebab itu lebih baik diam, kan?

kamu kentut ek?

mks : ke bau kentut sendiri?

moon : saya juga suka kamu...nak bau kentut saya?

(^^,): nasib baik tidak makan telur tadi..

matley : mungkin kentut saya yang memikat hati pembaca?

kentut anda bagaimana pula?

bluecrystaldude said...

haha.. tak sanggup nak komen..