Friday, 1 August 2008

k a n ? b u k a n k e ?



" Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah "


Peribahasa lama. Kiranya orang zaman dahulu yang mencipta kata-kata tersirat ini.

Akal dangkal aku pun kurang pasti sama ada memang benar-benar pernah nenak-moyang kita yang banyak mencipta kata-kata perumpamaan atau ke-peribahasa-an ini melihat kejadian sebenar dan realistik seperti itu atau cuma tekaan impak akal mereka terhadap common sense bahawa kalau yang bersaiz besar bergaduh, yang kecil, comel, cenonet, cute pasti akan terjepit, penyek kalau mereka berada di tengah-tengah.


*Moralnya?*


Jangan duduk tengah-tengah kalau gajah bergaduh.


*kan?*


*bukan ke?*


------------------------------------

Adanya, kalau kita rujuk, kaji, dalami maksud kata-kata perumpamaan atau ke-peribahasa-an itu lebih menunjuk kepada simbolik 'gajah' bagi kuasa-kuasa besar atau orang-orang besar yang sama sekali tidak bermaksud orang itu besar tubuh fizikal ataupun cuma berbesar hati. Lebih senang merujuk kepada orang yang berkuasa.


*Pemimpin*


Malahan, 'pelanduk' itu pula merujuk kepada orang-orang kecil yang langsung tiada kaitan dengan kisah Snow White & the 7 Dwarfs tapi lebih senang merujuk kepada orang-orang yang tidak berkuasa. Watak sampingan atau picisan.


*Rakyat*


Maksudnya kamu, kamu dan kamu. Iya, aku juga.



*Pelanduk rupanya kita*


*Garu kepala yang sedikit gatal*


------------------------------------------


Hampir setiap hari saat aku melayari bahtera internet. Dua akhbar elektronik yang sering aku rujuk. Dan sekarang mungkin 3. Mungkin aku kata.

Laju jari aku menaip biji-biji huruf pada keyboard untuk mengisi ruang kosong alamat website.


*www.utusan.com.my*

*www.harakahdaily.net*


*www.sinarharian.com.my*



3 akhbar tempatan, dalam satu Malaysia. Tapi cerita sama yang berbeza-beza isinya. Aku tak perlu cerita. Kamu sendiri jalankan tanggungjawab membacanya.

Mungkin pemberita juga punya lain-lain intepretasi tulisan dan kefahaman mereka.


*aku rasa*


*mungkin*


-------------------------------------------

Aku rasa semua orang pun sedia maklum hakikat dan realistiknya Malaysia bukan semua negeri di bawah satu pimpinan parti. Bagi aku, langsung tiada masalah. Kalau nyatanya Malaysia mendokong demokrasi, kan layaknya begitu penghasilan dan pencaturannya.

Rakyat sendiri yang memilih. Bukan bergantung kepada mana-mana parti.

Jadi, hendaknya, yang diberi amanah memimpin, menunaikan amanah sepenuhnya. Itu tugas mereka walau seberat mana sekali pun. Kalau tidak, buat apa masuk bertanding bukan?


*ke bukan?*


Jadi, kalau berlainan parti sekalipun memerintah, perlu ada sepakatan. Sama-sama fikir hendak tolong rakyat. Daripada buang masa cari kesalahan sesama sendiri. Apa kata layari bahtera internet sambil memikirkan masalah rakyat. Atau lepak kedai mamak, minum teh tarik sambil memikirkan masalah rakyat dan negara.

Liwat? Angkut tilam ke sana ke mari lagi? Kan sudah membazirkan modal insan yang bernama Angkatan Polis Malaysia. Sedangkan kes cik adik Mongolia yang sudah hancur-luluh dibom pun belum tentu dapat liputan dan tangkapan seperti en.anda-sudah-dituduh-meliwat.


*kan?*


*ke aku yang silap?*


*menggaru sisi kepala yang sedikit gatal*


------------------------------------------------------


Minyak?


Mana ada orang cerita perihal minyak lagi dalam surat khabar.


Semua headline sudah berkisar mengenai kisah 'Gajah Satu' atau 'Gajah Dua' atau 'Gajah Tiga' sehingga ke nombor atau angka yang anda sukai.


Siapa nak buat cerita pasal 'pelanduk'?


*tapi*


Siapa suruh 'pelanduk' duduk seat tengah.


*ini bukan wayang*


*kan?*


*bukan ke?*







11 comments:

deynarashid said...

absolutely true. takde masalah pun 5 negeri tu parti lain yang perintah. but the problem with malaysia, tak kira la gajah ke pelanduk ke, tikus ke kucing ke, is ATTITUDE. patut la tak maju2 msia ni.

with regard to the 'gajahs', maybe dah semula jadi nature gajah kat msia ni jenis yang nak 'kenyang' je, nak selesa, nak kuasa, EGO. bukan semua la. but most of them.

masalahnye, one side (which ever party that is) is making up all the stories, putar belitkan issue, perBODOHkan rakyat (pulak tu rakyat mmg bodoh2 belaka. tak semua la..), GIPANG (gila pangkat) dan lain2 untuk kepentingan sendiri.

the other side (again, which ever party that is) is trying to do otherwise (although tak semua nye pun diorg betul) and they will keep on struggling. ye la, at least diorg nak jugak la tolong pelanduk2 tersepit ni. kalau bukan depa, siapa lagi nak bela nasib rakyat? takkan nak biarkan pihak lagi satu yang conquer.

maka terjadilah perang antara gajah2 ni.

bosan~

Anonymous said...

tp apabila pelanduk diangkat menjadi gajah sudah pasti mereke juge menjadi gajah...

kan..
bukan ke

yg penting suatu hari nanti aku ingin menjadi gajah

Anonymous said...

wei apsal nak jadi gajah..elok2 jd manusia BZ?ko biar benar?...wei tak besyukur ker...ahaha

Anonymous said...

ek eleh kamil.
ko pon nk jadi gajah gak nanti.
ngaku je la.

-Ariff Izzudin-

katunX said...

sofea rush : er, so true..

and so panjang..kan? bukan ke?

*sengih*

bz : aku first time jumpa 'gajah' hitam..

er...

mks : sebab bizi mungkin suka belalai gajah...

*eh?*

anonymous ariff : dia mana boleh mengaku..

nanti keluar newspaper...

gorie said...

ni bukan wayang, ni imax

Anonymous said...

Hello...

Kata mereka... Ini negara kita, tanggungjawab kita... betul ker???

Tapi... rasanya yang nampak konon² sibuk orang lain seperti gajah² dalam cerita kamu... :)

Apa²pun... menjadi pelanduk... penat, letih... bengang!! tapi apa boleh buat... bila pelanduk nak jadi gajah??? pelanduk tetap pelandukk... :(

Aishahtur said...

yezzah, sememangnya blog yang menarik untuk dijenguk


kan?

katunX said...

gorie : eh, sama-sama kita terkedu melihat imax ini..

love-n-hate : kalau pelanduk, mungkin lebih sedap kalau bakar cecah kuah asam..

gajah takleh makan, haram..

cato;patchi : eh, eh? mungkin penulisnya lebih menarik perhatian..

*mungkin*

Anonymous said...

malas nk layan politik malaysia dah. drpd bc sokkaba, baik aku baca blog youppe. politixx jgkk

apekate

katunX said...

dalina : eh, jangan malas..

malas-malas pun in the end masih warganegara malaysia..

jom apply PR Australia?