Tuesday, 20 May 2008

- t o l o n g a k u ! ! -




Tolong.



Aku sekarang bergantung harap dengan buku-buku yang menimbun di atas meja aku ini.


Kertas-kertas maklumat research aku bertaburan atas buku-buku itu.


Cawan kosong Corelle sumbangan Suboh masih bersisa teh o yang sudah sejuk.




Tolong.




Atas komputer super-cute-2-kali-teras wujud sebijik file biru nukilan En.Guenter.


Ada file kuning baru tiba tengahari tadi dan songkok di atasnya.


Satu tabung botol berisi duit syiling dolar-dolar kapitalis Australia yang hampir kosong di tepi monitor-super-22-inci.




Tolong.




Telinga aku bertutup headphone Philips gedabak ini.


Badan aku bertutup jaket smart-sangat sebab jaket putih aku basah kehujanan tadi.


Badan aku bersarung sleeping bag dari hujung kaki ke paras pinggang.




Tolong.




Aku tampung tangan kiri aku atas buku The Marseilles Block karya En. Le Corbusier.


Tangan kiri itu, aku julurkan untuk menaip.


Tangan kanan aku berehat atas timbunan kertas-kertas research yang bertaburan tadi.




Tolong.




Helaian-helaian Microsoft Words masih kosong daripada se-empat ribu patah perkataan lagi.


Kepala aku penat memikirkan apa yang perlu di taip.


Aku bingung, stress, tertekan.






Tolong.







Tolong aku.









Tolong garu belakang aku.





*Gatal*






Tangan aku tak sampai.





12 comments:

Anonymous said...

tolong diam boleh?

Anonymous said...

loh..tangan pendek sgt rupenye...;P

FarA said...

LOL !!
xD

katunX said...

bizi : bersuara pula kamu ni?

shaz : tangan panjang suka mencuri

fara : saya bahlol?

*oh, maaf, tolol rasanya*

*oh, maaf lagi, laugh out loud*

Anonymous said...

hahah..sentiase ade mse utk mengisi helaian muka surat blog tp bkan assignment ehh..heheh

bluecrystaldude said...

Panjang tangan pun ade baiknya

FarA said...

haha.
dan daya imaginasi yg tinggi:
lol dlm aspek yg berbeza~

katunX said...

matley : 1000 patah perkataan research dipesongkan ke sini

bluecrystaldude : betul, boleh tolong garukan belakang saya?

fara : "imagination is more powerful than knowledge"

- ucap Encik Einstein saat high dengan caffeine -

Anonymous said...

(Referring to the comment above) : Einstein pernah dyslexic, sebab tu dia cakap macam tu.

katunX said...

nasib aku tak faham dyslexic tu apa...

*yes...!*

Anonymous said...

adoi..kering gusi sy..sape nak bertanggungjwb nieh?

katunX said...

(^^,) : *blush*

nak bertanggungjawab? tapi, saya bujang lagi...