Wednesday, 14 May 2008

i - a m - l e g e n d




*buka mata*




Aku sudah berazam untuk menjadi manusia lagenda. Bermula daripada saat aku bangun dan membebaskan diri dari sleeping bag berhantu ini.



*berhantu*



Saat kamu menyarungkan sleeping bag ini, secara automatis dan gratis-nya akan dirasuk. Simptom-simptom seperti mata kuyu, badan lenguh-lenguh dan berat-mata -memandang-berat-lagi-bahu-memikul.



Tidur.



Yang berpanjangan dan berlarutan.




Dan kembali kepada misi aku. Menjadi manusia lagenda. Aku mahu menjadi orang yang mencipta sejarah. Selain daripada Melaka Bandaraya Bersejarah. Aku mahu menjadi ingatan pemimpin-pemimpin Malaysia.


Aku bukak utusan-Yahoo. Mana tahu di antara mereka ini mampu memberi tips-tips how-you-want-to-be-written-in-history-of-Malaysia-for-dummies.



Tapi mengecewakan.





Ini adalah salah-satu faktor yang melemahkan aku.



*Bahaya*



Aku buat-buat tak nampak. Aku tidak boleh membiarkan angka "3" itu membunuh semangat aku. Sejarah harus aku cipta.



*pasti ada something boleh membantu*



Iya!!(dalam nada separuh menjerit lagak pondan). Internet.



Maklumat tanpa batasan yang memberikan aku tindakan refleks pantas untuk click icon Mozilla Firefox yang kecil itu.




*bingo!*




Tak sampai pun beberapa minit. Aku jumpa, malah lebih mudah daripada sangkaan aku.






Nasi daripada beras dalam sejarah. Aku cuma perlu makan nasi itu.


Kalau beras itu sudah bersejarah, kalau aku yang memakannya pasti akan mencipta sejarah sebagai orang yang memakan beras subsidi pertama dalam sejarah.





*I am legend.*





*Kirim salam sama Will Smith. Sia-sia kau letupkan diri.*



Tak sabar aku nak balik Malaysia cipta sejarah.




*yes(dengan nada yang menunjukkan keazaman membara dan tona tinggi yang macho)*








*tunggu aku Malaysia*




17 comments:

Anonymous said...

betul katun..sleeping bag sungguh berhantu..membuat ku tido 10 jam sehari..mungkin penggunaan sleeping bag perlu dimansuhkan dan digantikan dgn penggunaan heater. ape2 pun ko mmg legend dr uia lg..

moon said...

nice entry. adakah kamu suka membaca novel? sungguh berbakat dalam penulisan.

hADIE said...

kau jangan terpedaya dengan taktik baru kerajaan meraih simpati rakyat...

apa subsidi beras?

kamu(kerajaan) mampu lekukan lebih baik dari itu... namun kocek kroni yang lebih penting dari kebajikan rakyat...

*harapan baru untuk Malaysia

bluecrystaldude said...

mengapakah anda sungguh suka membaca Utusan Malaysia? sepanjang mr Bluecrystaldude hidup, dia hanya dijamu dengan Utusan ini bila bertandang di rumah orang tua-tua.. Pembohongan yang dilakukan sungguh berleluasa dalam usaha menipu golongan yang dangkal (jangan terasa plak.. haha) - maksud aku, yang tidak mempunyai kebolehan melayari internet

Anonymous said...

saye bantah!!!saye sebagai pembaca tegar utusan dan malay mail tidak bersetuju dgn bluecrystaldude.bukankan kita harus mendengar cerita dr kedua belah pihak?

hadie...lekukan?haha

katunX said...

bizi : ye, jahanamkan sleeping bag, mari cari electric blanket...

moon : amalkan pembacaan komik 2 kali sehari...terima kasih sudi baca...

hadie : jangan, kalau tiada subsidi, aku tidak bisa mencipta sejarah..

encikkristalbiru : saya sudah semakin tua...hampir rindukan utusan versi jawi

bizi : eh, sila semak tahap sejuk anda..

hADIE said...

persetankan "sejarah" itu...
ketuanan rakyat bagaimana..?

isu beras diheboh2kan
kelemahan diri cuba disembunyikan...

*ah, buatpe aku mengarut kt sini plak? aiyooo, sori! sori!

Anonymous said...

tido dalam sleeping beg jugek blh mencipta sejarah..

apabila..

anda bungkus diri anda selama 44 hari tak keluar-keluar..

hihi..

kawan blek dgn shahril ramzi ek?

NeemoNeemo™ said...

Isk...isk..isk..

kasihan.


*hati-hati sket baca utusan meloya tu.

katunX said...

hadie : oh, bertenang hadi, sila nikmati secawan air cool...

nora : saya tambah lagi 20 hari daripada 44...

iye, teman tapi mesra..ah, ah, ah (sila baca dengan nada mulan jameela)

neem : utusan boleh mengakibatkan tanda-tanda hamil?

meloya?

Anonymous said...

huh, suda lama aku x baca suratkhabar dr msia.. kat cni pon suda cukup daa utk tau perkembangan kat sane..hahah

katun-penganalisa(betul ke?)utusan..

is-nanie said...

alo klasmet... dah lame xdgr citer.. (pdhal aku yg jarang bukak frenster...)

baru tau ko dah ade umah kat blogspot.. teringat kesah pisang ko dulu2 kat buletin frenster ms zaman mude2 dulu...
keep in touch.. (but no touch touch ar... hehe..)

is-nanie said...

lg satu...
leh add link?

katunX said...

matley : informasi merapu hanya daripada Box to Box..

aku lebih pengusha..


is-nanie : eh, lama tidak mendengar kabar dan membaca suratkhabar dan apa kabar sekarang?

sila lah link kalau sudi..

Anonymous said...

klassmate katun?isk...mushkil..kisas?

Anonymous said...

*tersenyum sendiri tatkala membaca blog ini*

katunX said...

bizi : kenapa? tak percaya?


nurul : *tersenyum sendiri tatkala membaca komen ini*