"Kalau mediokre itu boleh dibuat kuih, mungkin aku dapat keluar dari bebanan maksud mediokre itu sendiri dengan menjajanya."
Tuesday, 27 May 2008
- k i t a k a n s e r u m p u n ? -
2006...
Suatu hari di Jalan Malioboro, Yogayakarta, Indonesia...
aku : "Mas, berapa harga topi ini ya?"
mas : "Yang mana mas mahu ? Yang ini ya ?"
*tanya balik pulak*
aku : ....."Ya mas, yang ini."
mas : "Ini biasanya cuma 10, 000 rupiah (RM 4) sahaja. Tapi kalau untuk mas...."
*mas itu membuat gaya mencongak berdasarkan Mental Arithmetic-nya*
mas : "....untuk mas, saya bagi 25, 000 rupiah 'saja' "
*apakah gerangan halnya?saja? memberi harga mahal secara bersahaja? *
aku : ...." Kenapa pula mas? Kan bilangnya cuma 10, 000 rupiah?"
mas : " Iya benar." ....
mas : " Mas kan dari Malaysia, jadi kena tolong-menolong orang kita. Kita kan serumpun, mas?"
*serumpun? serumpun buluh membuat lemang ke?*
aku : ..." Masakan begitu mas? "
mas : "Iya dong. Kalau orang tuurist...saya cuma bagi 10, 000 rupiah aja."
mas : " Tapi kerana mas dan saya serumpun, maka kena bisa tolong-menolong."
*rumpun lagi? lalang pulak ke?*
aku : "Saya tourist juga mas, dari Malaysia"
mas : " Tapi cuma dari Malaysia aja. Lagipun kita serumpun. Kan kita sama saja mas."....*sengih*
*damn, rumpun apa ni? rumput ke?*
aku :....."Er, mekasih ya mas. Enggak apa-apa. Enggak jadi beli. Permisi ya!"
mas : *kerut dahi*...." Apa-apaan mas. Masakan cuma 25, 000 rupiah tidak mampu? "
*mampu aja, tapi masalahnya aku tak nak rumpun, aku nak beli topi*
aku : ...." Bukan enggak mampu, enggak jadi beli. Mahu jalan-jalan duluan."
mas : *berkerut dahi*....." Mas mahu berapa harganya, beritahu saya "
aku : " 10,000 rupiah. Kan mas bilang itu harga asalnya? "
mas : " Murah banget itu mas. Bisa tinggi sikit. 20, 000 rupiah bagaimana? "
*murah? bukan memang 10, 000 rupiah ke?*
aku : ..." Kan bilangnya cuma 10, 000 rupiah harganya? "
mas : "Kan bilangnya kita serumpun. Perlu tolong sesama kita. Kan cocok-nya begitu?"
*nak cocok pulak, tadi nak rumpun?*
aku : ..." Kalau begitu, mekasih saja mas."
*aku membuka langkah untuk berambus .................*
*.........mengikut arah angin berhembus berdasarkan ramalan cuaca Indonesia*
mas : "Mas, mahu berapa mas?!!!"
*laungan sayup-sayup dari jarak 5 meter setelah aku berambus mengikut arah angin ke selatan*
mas : "Mas, ke mari semula. Mahu berapa mas?!!!"
*dan sekali lagi laungan dari jarak 8 meter*
mas : "Mas, mas !! Ke mari semula !!. Mahu berapa mas?!!!"
*juga dari jarak 10 meter sehingga laungan tadi ditenggelami hiruk-pikuk dan riuh-rendah pasar Jalan Malioboro itu*
Nasib baik dia tak kejar aku.
Nak jual topi ke nak jual rumpun? Aku nak beli topi, bukan nak beli rumpun.
*gila betui*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
hoho..jujur sungguh mas itu..bgtau dlu harga sebenar..kalo "mas" kt msia terus je bg harga menggunung Everest kt tourist.
next time jumpa mas tu bw le serumpun lemang..mungkin leh dpt 5,000 rupiah kot..ekeke
Bikin bingit aja dong ah!
Mas, coklat saya mana mas?
eh...ni cerite betul ke rekaan ni mas...
mas, tolong mas! mas, tolong! (sedutan dr entiti indon)
hahahha teori apa mas tu pakai?
(^^,) : mas itu tidak makan lemang...
*tapi mungkin coklat*...mungkin(bergema)
cik adik suicide park : ngapain kamu ni?
sudah bicara, coklatnya habis...
bizi : cerita benar yang ditokok-tambah..
matley : "Kalau takut pada risiko, jangan bicara soal 'entiti'" - Anwar -
cibil : teori micro-economic tahun kedua pengajian pertanian..
Subject : "Ekonomi Serumpun"
serumpun buluh biasanya tumbuh sama tapi bentuknya, panjangnya lain2... itu namanya survival skills..hahahah
Ko ni kejam la katun.
pesal sume pon klaka.mnyampah aku.tiba2 ada sorg mmb igt aku tgh hepi hr ni sbb tesnym2 dpn komptr.padahal br bgn tdo nih.tdo sbb tekanan prasaan.
'apa katun,kamu suda gila'
peningla. nape gtau harga asal plak? mcm tade skill penjual je. peningla. pening2
bz ko rumpun mane?wakaka.bz ko beli mesti lg mahal
rumpun bulu ketiak..
aku mane beli...takkan la bz kene tipu...katun blah tu pun sbb aku suruh usha tempat lain..kalau tak die nak baya 50 ribu..nak bg sedekah kat org tu..tak ke naya...papehalpun kamil hensem...(kem salam adik)
annenonymous : oh, nasib baik aku cuma ingin beli topi..
*anda pun patut berbuat demikian*
gorie : kejam tapi cute, terima kasih
dalina : kan sudah happy sekarang?
happy tak? happy tak?
moon : mungkin dia masih ingat subjek Pendidikan Moral..
*bersikap jujur*
mks : jangan kutuk dia, tak baik racist...
the king : sila tebas rumpun ketiak anda jika 'lebat' mata memandang
bizi : bercerita lain pula kamu ni...
kalu mas tuh jadik mbak agaknya beli tak topi tuh?
bagus kamu tidak membeli,
BZ maaf..aku tak rasist..pepandai jer cik katun ni...haha
katun mmg slalu buat2 pandai...tp kamil mmg pandai..kate anugerah dekan
sumpah blog ko klakarx xleh blah
apelah yg mas tu cube perjuangkan...
xeem : kalau dia mbak, mungkin dia yang membelikan untuk saya...
*blush*
maisarah : terima kasih maisarah..
*tunggu kamu belikan*, *blush lagi*
mks : oh, lupa, kamu pun macha...sedap sungguh maggi goreng kamu..
bizi : berbual sambil memuji pula kali ini..
farid best : sumpah belakang nama farid tu ada tulis best...
mass tapi tak jual topi : perjuangan untuk menjadikan perkataan rumpun sebagai trend semasa..
*mungkin?*
mungkin tidak
hahahahahahaahahahahahaha! aku hanya mampu gelak.
(^^,) : kenapa tidak? awak dah tak suka saya lagi ke?
*teresak-esak cute*
sofea rush : nasib baik masih mampu..
saya hanya mampu mengelak..
*takde kena-mengena?*
Kalau kena kejar lagi naya.
Post a Comment